Percutian ke Koh Lipe (Part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

Dari ‘Pak Bara Viewpoint’ (tempat lepak & santai2 tepi pantai), kami meneruskan perjalanan menuju ke Jeti Pak Bara. Baru je parking di tepi jalan, dah ada ‘amoi’ Thai approach kami untuk tiket speedboat ke Koh Lipe. So hanya deals dengan dia dari dalam kereta. Pakej return speedboat ialah 1200baht per person (total 2400baht untuk kami 2 orang) then percuma parking (dalam kes kami sebab kami berada 2 malam di Koh Lipe, so percuma parking untuk 2 malam). Dia ingat kami x study sebelum datang. Kalau beli sendiri tiket boat utk 2 orang baru 2000baht. Parking standard memang 100baht per night which mean 2 malam baru 200baht. So apa yang dia offer tu actually 200baht lebih mahal dari harga standard. Aku memang species cakap ‘lepas’ je. Kalau xdapat harga 2200baht untuk 2 orang aku cakap dia better aku beli sendiri je kat kaunter. Terus dia setuju dengan 2200baht untuk 2 orang. So dia suruh kami pergi parking di hadapan kedai dia untuk urusan pembayaran.

image

(Jeti Pak Bara..ni pic aku snap pada pagi sebelum bertolak ke Koh Lipe..nampak macam lengang je..kebetulan time aku snap ni xde kereta & orang lalu..padahal boleh tahan sibuk jugak area depan jeti ni..)

image

(Kawasan parking di hadapan jeti Pak Bara)

Selesai pembayaran, terus kami bergerak untuk cari tempat penginapan. Kami akan menginap di Pak Bara malam ini memandangakan akan menaiki speedboat paling awal ke Koh Lipe keesokan harinya iaitu pada jam 9.30am.
Sampai di hadapan ‘Pak Bara Viewpoint’, kami membuat u-turn. Selepas u-turn ni dah boleh nampak deretan bangunan2 terdiri daripada restoran, kedai runcit dan hotel2 bajet. Setelah membuat survey, akhirnya kami bersetuju untuk menginap di sebuah hotel bajet dengan kadar bayaran 600baht per night (memang sengaja cari yang bajet2 je..banyak lagi weiii perbelanjaan nak dikeluarkan kat Koh Lipe nanti). Bilik berpintu kaca dan betul2 mengadap pantai.

image

(View dari dalam bilik..pintu kaca..baring atas katil, buka aircond kuat2 sambil layan view pantai..what a wonderful life..hahahah)

Check in bilik, rehat2 sekejap. Sempat mandi, solat & baring2 kejap sebelum kami keluar semula lewat petang untuk cari makan. Kami ke ‘Pak Bara Viewpoint’ sekali lago. Kat tepi2 jalan tu ada gerai2 jualan. Just tapau kerabu meggi, ayam panggang (dicucuk ala2 satay) & ice cream kelapa. Makan dengan penuh nikmat sambil melayan view pantai dan angin yang sepoi2 bahasa.

image

(Kerabu meggi super sedap..rasa masam, manis, pedas secukup rasa..50baht..
ayam panggang tu 1 cucuk 10baht..
memang layan habis makan tepi pantai)

image

image

(Area Pak Bara Viewpoint menjelang senja)

Menjelang Maghrib kami mula beransur bergerak dari situ. Seterusnya kami ke area Jeti Pak Bara. Masuk ke 7E just untuk cuci2 mata & membeli sedikit keperluan. Sebab dah terlalu letih, kami decided untuk pulang ke bilik. Sempat bungkus sebungkus nasi goreng tomyam & teh ais. Balik bilik, makan, solat dan terus tidur.

Bersambung entry seterusnya..
Sesungguhnya nikmat yang Allah berikan kepada kita terlalu banyak..

harrazshi

Percutian ke Koh Lipe (Part 1)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Aku skip dulu pasal percutian ke Sabah. Bagi aku xde apa yang menarik sangat tentang trip tu melainkan mengulangi semula itinerary yang hampir sama macam aku pergi 4 tahun lepas. Sebab lainnya adalah aku kecewa kerana cita-cita aku nak ke Tips of Borneo x kesampaian disebabkan sikap xde tolak ansur daripada rakan travel aku..lepas ni kena beringat untuk cari rakan travel yang boleh ‘in’. Nasihat yang sama aku nak berikan kepada korang..huhu..

Okkay..settle dengan trip ke Sabah on February, rehat sekejap on March. Latest trip sudah tentunya aku ke Koh Lipe. Serik dengan pengalaman lepas, kali ni trip hanya melibatkan aku bersama rakan travel yang aku percaya je.

24/4/2017 (Isnin)
Seperti biasa, kami lebih selesa berjalan on weekdays berbanding on weekends. Tak perasan pulak 24hb tu public holiday ‘Israk & Mikraj’ untuk sesetengah negeri dan tetiba di isytiharkan sebagai Hari Pertabalan Agung. Jadi 24hb & 25hb adalah hari cuti bagi sesetengah negeri seperti Kedah. Aku bergerak dari rumah jam 7.15am, memandu menuju airport di Alor Setar. Flight kawan aku touch down kat Lapangan Terbang Alor Setar tepat jam 8.05am. Time yang sama aku sedang elok sampai di airport. Around jam 8.30am kami dah mula bergerak dari airport menuju ke Wang Kelian melalui highway. Singgah sebentar di Petronas Changlun untuk mengisi minyak kereta full tank sebelum bergerak menuju ke Kangar. Singgah brunch di Kangar, seterusnya kami bergerak menuju ke Imigresen Wang Kelian menggunakan aplikasi ‘maps’ dalam phone . Agak berdebar-debar sebab ini kali pertama aku akan melalui imigresen Thailand secara sendiri menggunakan kereta aku sendiri. Sampai di Wang Kelian dalam jam 11.30am. Melalui Imigresen Malaysia dengan mudah, hanya perlu hulurkan passport di kaunter tanpa perlu keluar dari kereta. Selesai di Imigresen Malaysia, bergerak sedikit ke hadapan, perlu parking kereta di ruangan yang agak terhad bersebelahan Imigresen Thai. Kat sini perlu selesaikan beberapa hal sebelum dapat masuk ke Thailand.

Apa yang perlu ada untuk membawa kereta sendiri memasuki Thai?
1. Geran kereta atau salinan geran kereta yang telah disahkan.
Geran kereta diperlukan untuk membuat insurans basic. Insurans ini boleh dibuat di mana2 kedai yang menawarkan servis. Paling banyak boleh didapati di sepanjang jalan di Changlun. Aku sendiri buat insurans ni di Caltex RNR Gurun sebab dekat dengan rumah aku. Setahu aku, caj untuk buat insurans ni bagi tempoh 9 hari memasuki Thailand ialah rm16. Tapi di Caltex RNR Gurun, aku kena bayar rm17. Kalau korang x prepare buat di sini, korang boleh jugak buat di kaunter informasi Imigresen Thai tapi caj yang dikenakan ialah rm36 (ni apa yang aku dengar dari percakapan seorang lelaki dengan staff kaunter informasi tersebut). Harga double okkay. So better korang bersedia buat awal2 di Changlun. Insurans tu x perlu bagi kat Imigresen Thai. Just korang simpan je.

2. Borang TM2 dan Borang TM3.
Jangan panik. Kedua2 borang ini korang boleh dapatkan di kaunter informasi Imigresen Thai secara percuma. Jangan confuse. Borang TM2 dan TM3 ni berada di atas helaian kertas bersaiz A4 yang sama. Kalau satu page tu borang TM2, korang pusing je page belakang, confirm2 tu ialah borang TM3. Perlu ada 2 salinan borang ye. Isi je mengikut contoh di bawah ni. Ni pun aku snap contoh dari kedai kat RNR Gurun tu.

image

image

Haaa..follow je contoh di atas untuk fill-up kedua-dua form tu.

3. Arrival Card @ “White card”
Haaa..yang ni memang benda wajib ada lerrr kalau korang nak memasuki Thailand x kisah la samada korang naik kereta sendiri ke atau naik public transport. Ni pun boleh ambil di kaunter informasi Imigresen Thai secara percuma. Make sure jugak korang ada membawa passport yang masih valid (expired date x melebihi 6 bulan).

Selesai mengisi semua borang, beratur di kaunter imigresen untuk cop passport. Time ni hanya perlu menyerahkan passport beserta white card + rm2 (duit kopi sejak zaman berzaman katanya, sekarang rm1 dah x diterima katanya). Selesai di sini, perlu berjalan ke hadapan sedikit melalui lorong laluan kereta (disebelah kiri korang) ke bahagian kaunter Kastam Thai (masih di dalam bangunan yang sama ye) untuk menyerahkan borang TM2 dan TM3. 1 borang je dia ambil, 1 borang lagi korang perlu simpan dan serahkan time balik nanti. Kat sini, korang perlu tunggu sebentar untuk dia print satu surat kebenaran membawa masuk kereta dan perlu bayar rm10 untuk setiap kereta. Surat tu korang kena tandatangan, ada salinan yang dia simpan dan ada salinan yang akan diberikan untuk simpanan korang. Jangan buang atau hilangkan yee..Masa balik nanti, korang kena serahkan semula kat kaunter kastam tu. Kalau x serahkan semula, memang problem la kalau nak masuk Thai lagi pada masa akan datang dan memang akan dikenakan denda.

Dapat je surat tu, bermaksud korang dah berjaya masuk ke Thai. Hanya perlu kembali mendapatkan kereta korang dan masuklah ke Wang Prachan (Thailand) dengan penuh bergaya dan bangganya..
ececece…

Melepasi je Imigresen Thailand, aku berhenti di sebuah kedai runcit di sebelah kanan untuk membeli sim card Thai. Senang nak on data internet untuk guna waze dan whassap family & kawan2. Kami beli 1 je simcard ‘Tourist’ dengan harga 200baht, pastu kongsi pakai hotspot.

Perjalanan diteruskan. Perasaan gementar untuk melalui proses di Imigresen Thai mula hilang diganti dengan rasa teruja dapat memandu kereta sendiri di Thailand. 1st time kot..destinasi kami tentunya Jeti Pak Bara. Masih menggunakan aplikasi ‘maps’ bagi memastikan kami di laluan yang betul. Perjalanan yang agak santai tanpa banyak kereta. Cuma perlu berhati-hati dengan speed limit 90km/hour. Kami sampai di Pak Bara Viewpoint lebih kurang 1jam 30minit kemudian.

image

Cuaca panas terik. Turun untuk bergambar sebentar sebab ni je time yang clear xde manusia. Kalau datang petang2 sikit, confirm xde peluang nak ambil gambar macam kat atas ni..hihihi..

Seterusnya kami bergerak menuju ke Jeti Pak Bara untuk mencari tiket speed boat untuk ke Koh Lipe keesokkan harinya..

Sambung next entry okkay..

harrazshi

Pucuk Paku Goreng Belacan

image

Bismillah..
Assalamualaikum..
############################
*entry ni dah dibuat pada hari Jumaat lepas tapi terlupa nak publish..
haisshh..semakin meningkat usia ni makin pelupa jadinya..huhu
############################

Hari ini hari Jumaat. Hari yang penuh barakah. Kebetulan hari ni aku dapat cuti. Bukan senang uuiiii nak dapat cuti hari Jumaat. Bila dah cuti, mula la langkah panjang. Tetiba teringat nak try pergi pasar pagi @ pasar tani berdekatan Pendang, Kedah (nama tempat tu ‘Kilang Kecil’ kalau x salah). Actually x la dekat sangat pun dengan rumah aku. Tapi kalau dah dasar kaki merayap..sampai je aku ni..hihihi..

Sampai kat pasar tani tu pun dah agak lewat around jam 11 pagi. Nasib baik cuaca mendung. So x la panas sangat. ‘Simpan’ kulit gebu untuk sunburn kat Koh Lipe lagi 2 minggu (x sabaarrrr okkayyy!!).

Pasar tani ni agak meriah. Macam2 ada. Pilihan barangan mentah terutamanya ikan, udang & sotong memang banyak dan murah. So aku beli la serba sedikit untuk bekalan di rumah. Jalan punya jalan ternampak orang jual pucuk paku (paku pakis). Teringin la pulak. So beli la seikat dengan harga rm2.

Balik rumah terus decide untuk buat goreng belacan. Simple je resipi pucuk paku goreng belacan versi aku.

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili padi
Sedikit belacan
Seikat pucuk paku (dipotong dlm anggaran 1-1.5 inci)
Sotong/ikan bilis/udang
Minyak masak untuk menumis
Garam
Serbuk perasa
Sedikit gula (optional – aku suka ada sedikit rasa manis)

Cara membuatnya:
1. Tumbuk bawang putih, cili merah, cili padi & belacan (x perlu terlalu lumat). Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, tumis hingga naik bau. Masukkan sotong/ikan bilis/ udang.
3. Kemudian masukkan pucuk paku. Goreng menggunakan api yang kuat. Masukkan garam (gula & serbuk perasa adalah optional). Apabila pucuk paku dah mula layu, boleh angkat untuk dihidangkan.

Resipi aku hari ini terlebih minyak pulak. Tapi sebab sendiri nak makan, memang x de masalah lah..kalau nak jamu tetamu tu haruslah tersipu-sipu malu sebab aku memang species yang x berapa pandai memasak..hihihi..

Tetiba teringat sayur midin kat Topspot, Kuching. Yang tu memang sedap bangattt. Bila la hai boleh naik belon pergi Sarawak lagiii..huuuu…

harrazshi

Pewangi Semulajadi di dalam Rumah & Kereta

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Okay..kita stop sekejap pasal traveling. Rasa dah letih sangat. Baru habis trip Miri-Brunei-Labuan, sambung dengan trip Sabah pulak. So aku malas lagi nak buat entry pasal Sabah. Kita rileks2 and chills dulu ye.

Kali ni aku nak bercerita tentang pokok bunga melur yang aku beli beberapa lama dulu dengan harga rm8. Aku beli ni opkos la di Kedah. Kalau tempat korang aku x sure harganya berapa. Beli pun sebab mak aku yang request. Balik rumah, keluarkan dari polibeg then terus tanam dalam pasu. Sekali sekala je aku letak baja.

Yang bestnya pokok melur ni penjagaan dia x rumit. Tapi setiap kali aku letak baja, mesti bunga blooming dengan sangat meriah. Sangat wangi uolss. Dan memandangkan jumlahnya yang banyak, setiap hari aku kutip untuk diletakkan di atas sofa di ruang tamu dan di atas tilam di bilik tidur. MashaAllah..bau harum semerbaknya ruang tamu dan bilik tidur aku.

Frankly speaking, sejak ada pokok bunga melur ni, aku dah x beli pewangi untuk ruang tamu dan bilik tidur. Dalam kereta pun aku dah xpakai pewangi yang beli di kedai. Semuanya aku just gunakan bunga melur sebagai pewangi semulajadi. Selain menjimatkan wang, confirm la bebas dari bahan kimia. Aku rasa zaman sekarang ni kita terlalu terdedah dengan bahan kimia dalam makanan dan bahan2 yang kita gunakan setiap hari. Sebab tu la aku rasa zaman sekarang ni banyak sangat kes cancer. Wallahualam..

Tapi x salah kan kita cuba usahakan untuk dapatkan barangan yang lebih bersifat ‘alami’ atau semulajadi. Pilihan di tangan kita..ehhhh..entah apa2 dah aku melalut ni. So guys..boleh la ke mana2 nursery terdekat untuk cari pokok melur ni ye;)

Cuma baunya mungkin x kekal lama..means setiap 2-3 hari sekali bila bunganya dah kering, perlulah untuk ganti dengan bunga baru. Bau bunga yang masih segar tersangatlah wangi. Berbanding dengan bunga kenanga yang baunya agak keras & tengit (pada pendapat aku la), aku lebih sukakan aroma bunga melur ni. Apa pun..pilihan di tangan anda;)

harrazshi

Backpacking Miri-Brunei-Labuan (Part 5)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Fuhhh..sampai part 5 la aku karang cerita pasal trip Miri-Brunei-Labuan aku ni..dah macam karang novel..okkay..ni kira last part la ekkk..pasni aku boleh la relaks. Cepat-cepat buat entry ni bukannya apa. Risau peram lama-lama, takut dah x boleh nak recall..

Okkay sambung cerita di Labuan. Sampai di Labuan, lebih kurang jam 2.15pm. Perlu melalui imigresen Labuan dahulu. Keluar je dah ada kiosk untuk sewa kereta. Aku survey-survey dahulu. Lepak minum nescafe dari mesin ‘gedegannggg’ dulu lepas tu baru approach kiosk kereta sewa. Dapat kereta Saga FLX (auto) dengan kadar sewaan rm60 per day. Sempat minta map Labuan. Masuk kereta, tengok map Labuan tetiba rasa lost..huhu..target aku nak ke Pantai Layang-Layangan. Buka phone untuk on waze tetiba bateri kong..demmmm..aku memang x stanby power bank (terlebih bijak kannn). USB ada, tapi kereta saga x ada direct untuk charge dengan USB. Terpaksa beli ‘kepala’ charger untuk sambung dengan USB di dalam kereta. Terus set waze untuk ke Pantai Layang-Layangan.

image

Pemandangan lautan yang padat dengan kapal-kapal..gambar ni diambil dari dalam feri dari Brunei menuju ke Labuan..

Time ni rasa happy gila..rasa macam x percaya dapat menjejakkan kaki di Labuan. Beberapa minggu sebelum tu, target aku cuma nak pusing Miri & Brunei je. Last minute baru terfikir untuk sambung trip hingga ke Labuan. Tetiba je Labuan menjadi sebahagian daripada itinerary travel aku kali ni.

Perjalanan dari jeti ke Pantai Layang-Layangan mengambil masa x sampai setengah jam. Pada pendapat aku, Labuan mempunyai pantai-pantai yang cantik dan landai. Sampai di Pantai Layang-Layangan, terus aku parking kereta & sempat aku berjalan-jalan di tepi pantai. Aku kalau bab-bab pantai ni memang layan habis. Entah la..dari dulu lagi memang aku sangat sukakan pantai.

Seterusnya aku lepak kat sebuah gerai, order bihun soto & teh o ais dari gerai sebelahnya..teh o ais kat sini berharga rm2.50 uolsss..mahalnya..aku siap tapau burger daging..konon-konon stanby nak makan kat dalam bilik hotel lepas check in nanti..

image

image

image

image

Berbekalkan peta & waze aku drive melalui beberapa pantai seperti Pantai Pancur Hitam, Pantai Pohon Batu & Pantai Batu Manikar sebelum aku singgah di Muzium Chimney. Sampai di sini, jam dah menunjukkan pukul 5.20pm. Muzium dah tutup. Tak kena sangat..huhu..so aku just bergambar berlatar-belakangkan sebuah menara yang terdapat di situ.

image

image

image

Seterusnya aku meneruskan perjalanan ke arah Tanjung Aru. Kat sini pun view dia agak cantik. Time ni dah nak masuk waktu senja. Bayangkan drive kereta melalui kawasan pantai. View memang owesome. Tetiba nampak signage “Restoran Anjung Ketam”. Sebab tempat ni agak famous di dalam beberapa blog, so aku mengambil keputusan untuk melihat apa yang best kat situ. So aku buat u-turn untuk ke Restoran Anjung Ketam. Sampai kat tempat parking, rasa ragu-ragu untuk masuk mencuba seafood kat situ. Sebabnya?? Perut aku masih kenyang makan bihun soto sekejap tadi. Fikir punya fikir. Tak boleh jadi ni. Kena jugak try seafood kat Labuan ni. Terdapat 4 buah kedai di sini. So aku ambil kedai yang paling kiri. Sebab aku seorang, siap tanya la minimum kuantiti yang boleh aku ambil. Kata adik kat situ, minimum kuantiti 300gm. So apa lagii.. aku order la udang buttermilk & sotong goreng tepung. Actually aku duk perati je ketam kat situ..tapi mana mungkin aku nak makan sorang-sorang. Sampai je udang buttermilk aku. Mak aiiii..memang x boleh habis ni. Perut still kenyang. Terus aku cakap kat adik tu untuk tapau je sotong goreng tepung aku. Udang buttermilk tu pun aku meratah 3-4 ekor, selebihnya aku tapau. Total untuk 300gm udang & 300gm sotong beserta teh o ais hanya rm42 je uolss..Time aku keluar dari restoran ni, azan maghrib dah mula berkumandang.

image

image

Aku terus drive pulang ke bandar Labuan berbekalkan waze. Pusing-pusing cari hotel yang aku rasa ok. Malam ni aku tidur seorang. So kena la cari lokasi hotel yang kurang menyeramkan. Aku pun dah x ingat nama hotel tu. Single room no window berharga rm89. Tapi aku request yang ada tingkap berharga rm99. Time ni memang terasa sangat letih. Keluarkan beg dari dalam kereta & cepat-cepat masuk ke bilik. Lega rasa bila dapat check in kat hotel yang agak baru & bersih. Selesai mandi & solat, landing jap atas katil sambil menonton tv. Ada burger daging & udang buttermilk yang perlu dihabiskan malam ni jugak sebelum basi..matilanakk nak habiskan sorang-sorang. Akhirnya berjaya jugak aku habiskan. Sotong celup tepung tu kira simpan, carry forward untuk breakfast pagi esok..muahaha.. Owh yaa..sebelum tu aku dah ada wassap dengan seorang kenalan orang Labuan untuk berjumpa keesokan harinya. Dia dah berjanji untuk jadi host untuk bawa aku jalan-jalan sekitar Labuan. First time nak jumpa esok..segan la jugak walaupun aku level-level ‘hakak’ dengan dia.

16/2/2016
Hari terakhir aku di Labuan. Rasa letih & malas menguasai diri. Akhirnya aku wassap kenalan aku untuk berjumpa lewat sedikit iaitu pada jam 11am. So sempat la aku berehat lama sikit pagi ni.
Jam 10am, aku dah mula packing barang, bersiap & check out hotel. Time ni, S dah siap tunggu aku. Dia suruh aku simpan backpack aku dalam kereta sewa aku & dia offer naik kereta dia untuk pusing-pusing Labuan. Tempat pertama kami melawat ialah War World II Memorial. Kemudian kami singgah di Muzium Marin Labuan.

image

View pagi bandar Labuan dari bilik penginapan aku..

image

image

World War II Memorial..

Seterusnya kami ke pantai (x sure pantai apa) yang ada signage ‘Labuan’ untuk bergambar. Then kami lunch berdekatan jeti. Seterusnya, S bawak aku ke UTC Labuan. Tujuannya untuk mencari benda wajib aku iaitu fridge magnet ‘Labuan’. Selesai kat sini, S ajak aku pergi minum ABC kelapa kat tepi pantai. Sampai-sampai rupanya kedai still tutup. S lupa yang hari ni ialah hari Isnin. Bukannya weekends..huhu..
kecewa x dapat makan ABC kelapa, S bawak aku lepak tepi pantai sebuah resort (kalau x salah nama resort tu Palm Beach Resort & Spa). Baru jam 2.30pm, panas terik lagi. So kami x lama di situ. Sebab kereta kena pulangkan di airport jam 3pm. Aku terus suruh S hantar aku pulang ke hotel tempat aku inap untuk ambil kereta. Thanks S bawak akak jalan-jalan Labuan.

image

image

image

Masuk je dalam kereta sewa aku, baru perasan tengok petrol banyak lagi. Aku isi rm20. Semalam dah pusing satu Labuan tapi petrol still x luak-luak lagi. Aku ambil keputusan untuk ke Pantai Layang-Layangan sekali lagi. Saja nak kurangkan sikit petrol kenkonon..hihi..x lama pun kat situ. Saja ambil angin pantai kat Labuan sekejap sebelum aku drive ke airport. Aku sampai airport lebih kurang jam 4pm (terlewat sejam hantar kereta..huhu). Sampai je terus aku melepak sekejap. Perut lapar terus cari mcD. Lepas makan, terus cari surau untuk solat.

Flight aku ke KL ialah pada jam 7.05pm. Tapi flight delay sampai jam 7.45pm. So xdapat la nak menghayati keindahan Labuan dari udara. Kalau jam 7.05pm tu mungkin sempat lagi nak tengok keindahan Wilayah Persekutuan Labuan dari udara dalam keadaan samar-samar senja. Nasib lah labuuu..

Perjalanan ke KL mengambil masa 2jam 30minit. Sampai di KLIA2 aku lepak kat Quizinn caj phone. Dalam jam 1am aku menuju ke surau untuk tidur. Masuk ke surau, terkedu kejap. Penuh dengan manusia. Kebanyakkannya ialah jemaah umrah dari Indonesia yang transit di KLIA2. X pe lah bukan rezeki aku nak tidur kat situ. Sebab dah x tahan sangat mengantuk dan letih, aku campak beg kat tepi dinding berhampiran international departure hall, baring & terus tertidur x ingat dunia. Tersedar jam 4am, terus cari toilet untuk cuci muka bagai, then terus tunggu flight untuk pulang ke Kedah jam 7.05am. Sampai di Kedah sejam kemudian, disambut dengan kereta aku x boleh nak start sebab bateri kong..alaaahaiiii..huhu..

Sekian story aku pasal trip Miri-Brunei-Labuan..alhamdulillah..aku berjaya menjejakkan ke ketiga-tiga tempat tersebut seperti dirancang. Terima kasih ya Allah;)

harrazshi

Backpacking Miri-Brunei-Labuan (Part 4)

Bismillah..
Assalamualaikum..

15/2/2017 (Ahad)
############################
Sedikit selingan sebelum aku meninggalkan negara Brunei Darussalam..

Semasa aku menyatakan hasrat aku untuk bercuti di Brunei, ramai yang bertanya..ADA APA DI BRUNEI??? Susah bagi aku nak bagi explanation untuk soalan seperti ini. Bagi aku, aku tak perlukan satu alasan mahupun seribu alasan untuk aku pergi ke sesuatu tempat. Bagi aku, setiap tempat mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Keunikan sesuatu tempat sudah tentu tidak boleh dibandingkan dengan keunikan tempat lain. Paling aku nak tengok di Brunei ialah Perkampungan Ayer. Alhamdulillah..aku dapat menjejakkan kaki sendiri di atas Perkampungan Ayer tersebut.
############################

Okkay..hari terakhir di Brunei. Hari ini aku akan meneruskan perjalanan ke Labuan. Disebabkan masa yang terhad dan aku belum melawat Masjid Sultan Omar & Brunei Royal Regalia, selepas Subuh, aku terus ucapkan selamat berpisah dengan Naz & Cik Tim. Sementara mereka bersiap untuk menaiki penerbangan jam 9am untuk pulang ke Malaysia, aku ambil keputusan untuk keluar awal pagi menuju ke Masjid Sultan Omar. Kalau aku x nekad macamni, mungkin aku x ada peluang lagi untuk melawat di lain masa. So berjalan la aku seorang diri. Setiap hari Ahad di bandar BSB agak meriah kerana ada event gaya hidup sihat di mana terdapat acara jogathon (something like that) di tengah-tengah bandar. Mostly semua orang berpakaian sukan. Sementara rakyat Brunei sibuk memanaskan diri untuk acara tersebut, aku pulak sibuk mengambil gambar Masjid Sultan Omar. Selesai di Masjid Sultan Omar, aku sempat mencelah-celah melihat kemeriahan gerai-gerai yang terdapat di sekitar padang @ dataran (x ingat nama dataran ini) yang berhadapan dengan Masjid Sultan Omar.

image
image
Masjid Omar Ali Sarifuddin..berdiri megah di tengah-tengah Bandar Seri Begawan..
image
image
image
image
Suasana awal pagi Ahad di Bandar Seri Begawan..jalan ditutup dari sebarang kenderaan..

Selesai mengambil gambar Masjid Sultan Omar, aku ke dataran bertentangan dengan Perkampungan Air. Lama berdiri di situ. Akhirnya aku membuat keputusan untuk ke Perkampungan Ayer. Dah alang-alang sampai di BSB, tak kan aku nak melepaskan peluang menjejakkan kaki di atas perkampungan atas air yang unik ini? So aku menaiki bot menyeberangi sungai dengan bayaran BND1.

image

image

image

image

image

image

Oleh kerana kesuntukan masa, aku hanya mengambil masa yang singkat untuk berjalan-jalan di sini. Seterusnya, aku terus mengambil bot untuk kembali ke BSB, juga dengan bayaran BND1.

Seterusnya, aku berjalan kaki menuju ke Brunei Royal Regalia. Jam baru menunjukkan pukul 8.50am. Actually, aku agak terdesak di antara mengejar bas jam 10am untuk ke Jeti Pulau Serasa dengan keinginan untuk melawat Brunei Royal Regalia. Akhirnya, tepat jam 9am, pintu Royal Regalia dibuka. Disebabkan kesuntukan masa, aku terpaksa membuat rushing tour. Tak sampai 15 minit, aku dah habis pusing Royal Regalia. Memang aku akui tak sempat untuk menghayati setiap yang ada di dalam bangunan tersebut. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat menjejakkan kaki di situ dan melihat sendiri segala barangan peribadi milik Sultan Brunei.

image

image

image

image

Keluar dari Brunei Royal Regalia, aku terus rushing berjalan kaki ke Pusat Belia Brunei untuk check out. Okkay..kat sini aku nak buat pengakuan yang sebenarnya aku boleh dikatakan tinggal di Pusat Belia Brunei secara haram..sebabnya??

Actually, sebelum kami ke Brunei, Naz dah booking bed untuk kami bertiga di Pusat Belia Brunei dengan Encik Firdaus yang menguruskan hostel tersebut. Pada hari Naz & Cik Tim sampai, mereka berdua dah daftar masuk dengan mengisi borang. Aku kan sampai di Brunei pada waktu malam. So kaunter pendaftaran dah tutup. So aku just masuk ke hostel tanpa check in. Hari ke-2 kami keluar pula, dari awal pagi dan  pulang lewat malam. So memang xsempat nak daftar untuk check in.

Pada hari terakhir ni, nak x nak aku terpaksa mengadap Encik Firdaus untuk memohon maaf. Sampai di kaunter pendaftaran, masih kosong. Akhirnya aku terpaksa call Encik Firdaus. Aku memohon maaf di atas apa yang berlaku. Untuk check out, Encik Firdaus meminta aku untuk tinggalkan kunci di dalam drop box key beserta dengan bayaran BND 20 (untuk 2 malam) beserta nama penuh & no. passport aku. Katanya nanti dia akan register untuk aku..huhu..tetiba rasa bersalah sebab aku buat benda x mengikut prosedur yang betul..huuuuu..sorry sangat-sangat kepada Encik Firdaus & Pusat Belia Brunei..

image

Pusat Belia Brunei..kemudahan hostel kat sini agak baik. Kat tingkat bawah ada ‘water cooler’. So boleh refill plain water percuma. Kalau nak buat meggi pun senang nak cari hot water..hihi…

Settle urusan tersebut, terus bergegas berjalan kaki ke stesen bas. Jam dah menunjukkan hampir jam 10am. Kalau terlepas bas jam 10am ada bas ekpress jam 11am. Tapi malas nak tunggu. Memang dah aimed untuk naik bas jam 10am ke Jeti Pulau Serasa. Sebabnya bas jam 10am ni ialah bas mini yang comel. Bas henti-henti dan bas ini akan berhenti di pekan Muara (saja nak melihat pekan Muara). Berbanding bas jam 11am di mana bas ekpress ni kalau x silap akan direct sampai ke Jeti Pulau Serasa.

Alhamdulillah..aku sampai ngam-ngam jam 10am. Pemandu bas no. 39 yang akan menuju ke Pekan Muara ni (seorang uncle India) sedang mengutip bayaran dari penumpang. Dengan tercungap-cungap, terus aku bertanya untuk kepastian. Siap ada seorang penumpang tolong inform aku, bas tu akan ke pekan Muara & kat sana nanti kena tukar bas no. 33 (so info sebelum ni yang aku dapat dari blog lain adalah benar). Perjalanan mengambil masa x sampai 1 jam untuk ke pekan Muara. Tu pun sebab bas banyak berhenti menurunkan penumpang. Bas berhenti di pekan Muara. Turun dari bas, aku lepak kat tepi kedai runcit. Tak sampai 5 minit, bas no. 33 dah sampai. Terus naik. Bas ni mula-mula menuju ke sebuah pantai (tak ingat nama pantai ni). Destinasi seterusnya ialah Jeti Pulau Serasa. Aku diturunkan di tepi jalan berhadapan jeti. Sampai di jeti, suasana memang lengang. Cuma ada seorang penumpang, kakak berusia 40-an sedang duduk menunggu. Aku terus beli tiket feri untuk ke Labuan dengan bayaran BND18. Perut dah mula berkeroncong. Aku ke cafeteria jeti. Order teh o suam dan nasi goreng ayam (BND5 ~ RM15..fuhhh). Time ni duit brunei dollar aku berbaki beberapa dollar…licinnnn uolsss..(wang saku aku untuk perbelanjaan di Brunei berjumlah BND150).

image

Menaiki bas mini menuju ke pekan Muara..

image

Jeti Pulau Serasa..

image

Menghabiskan sisa-sisa wang Brunei Dollar di cafeteria jeti..

Sementara menantikan feri, aku ada berbual dengan kakak yang dari awal menunggu feri. Rupa-rupanya dia adalah warganegara Indonesia. Dari Pulau Selosor (kalau x silap) di Nusajaya Timur. Datang melawat saudaranya di Labuan dengan melalui jalan darat & laut selama 6 hari untuk sampai ke Kota Kinabalu..telan air liur aku dengar cerita dia.

Akhirnya, jam 1.30pm, pengumuman dibuat untuk feri berlepas ke Labuan. Selepas melepasi imigresen Brunei, kami menaiki feri selama 1 jam menuju ke Labuan. Seumur hidup aku, x pernah termimpi pun untuk menjejakkan kaki di Labuan. Sekarang dalam realiti aku dah sampai Labuan..HELLO LABUAN!!!

Bersambung next entry..

harrazshi

Backpacking Miri-Brunei-Labuan (Part 3)

Bismillah..
Assalamualaikum..

14/2/2017 (Sabtu)
Aktiviti hari ke-2 di Brunei diteruskan. Kali ini kami bersama Fizah (rakyat Brunei) sebagai tourist guide kami. Tempat 1st dituju ialah tempat untuk breakfast. Request daripada Naz nak breakfast dekat satu kopitiam ni yang katanya sangat famous di BSB. Namanya ialah Chop Jing Chew. Kedai ini dikendalikan oleh rakyat Brunei berbangsa Tiong Hwa. Paling famous di sini ialah roti kahwin.

image

Antara pilihan menu yang ada..

image

Terdapat 2 kedai yang terletak berhampiran. Satu dikendalikan oleh si abang dan 1 lagi dikendalikan oleh si adik. Yang pasti, semasa kami sampai di kedai, kedua-duanya full house..huhu..so terpaksa menunggu sehingga meja kosong baru boleh duduk dan order makanan.

Selesai makan kat sini, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Tutong. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Kuala Belait. Kuala Belait adalah bersempadan dengan Miri. Kami ke sini untuk melihat daerah di Brunei yang kaya dengan minyak. Sebab kami dibawa oleh tourist guide, rasanya x banyak info yang aku boleh kongsi pasal perjalanan ke Kuala Belait. Jadi, biar gambar yang berbicara..

image

Sungai Tutong..

image

Negara yang kaya dengan hasil minyak..

image

image

Di mana adanya minyak, di situ akan adanya struktur ini..

image

image

image

Oil & Gas Discovery Centre..tak ada rezeki nak masuk..time kami sampai ni x ada orang sebab lunch time..huhu

image

Pantai Jerudong..

image

image

image

image

image

image

Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah..

image

image

Istana Nurul Iman..

image

image

Selesai tour, Fizah cakap Cik Li jemput pergi ke rumah dia untuk dinner. So sebelum ke rumah Cik Li, kami singgah di pasar malam untuk membeli sedikit makanan ke rumah Cik Li. Cik Li & wife sangat ramah. Kaki travel jugak Cik Li ni rupanya. Seronok mendengar cerita tentang trip mereka sekeluarga ke Monggolia..Cik Li juga merupakan seorang diver di Brunei.

Lebih kurang jam 11pm, kami bertiga minta diri dulu dengan family Cik Li. Hari yang sangat meletihkan sebab seharian berjalan. Tapi sangat berpuas hati sebab kami dapat melihat sendiri keindahan 3 daripada 4 daerah yang terdapat di Brunei.

Sampai di dorm Pusat Belia Brunei, bilik kami dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah dari Brunei. Okkay..malam ni kami berkongsi bilik dengan adik-adik student pulak:)

Malam ni rasanya kena cukup rehat. Esok, flight Naz & Cik Tim untuk pulang ke KL adalah pada jam 9am. Sementara aku akan meneruskan perjalanan ke Labuan secara solo..

harrazshi

Backpacking Miri-Brunei-Labuan (Part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

14/2/2017 (Sabtu)
Hari ke-2 di Brunei. Jam 3.30am aku dah tersedar disebabkan sejuk aircond yang melampau..demmmm..dengan batuk & selsema yang agak teruk..redha je la. Sebab tak boleh tidur semula, aku just baring menanti subuh. Jam 5.30am aku dah bangun. Time ni students dari IPTA tengah sibuk-sibuk mengemas untuk pulang ke Malaysia. Flight diaorang ke KL pada jam 9am.

Hari ke-2 di Brunei..aku, Naz & Cik Tim dah setuju untuk menyewa kereta bersama driver bernama Fizah (BND 50). Naz dapat contact Fizah ni melalui seorang rakyat Malaysia yang berkerja di Brunei iaitu Cik Li (juga cari melalui FB). Sementara menunggu Fizah, kami sempat merayap ke Tamu Kianggeh dan dataran yang berhadapan dengan Kampung Air.

image

Morning..view Bandar Seri Begawan (BSB) dari hadapan Pusat Belia Brunei..tempat aku menginap..

image

Tamu Kianggeh..bagi aku tak ada apa yang menarik..sekadar pasar biasa tempat rakyat tempatan membeli barang harian. Tapi adalah port yang baik untuk mencari makanan @ kuih-muih tradisional Brunei..

Lepas diskusi bersama, kami setuju untuk mengambil bot untuk  mengelilingi Kampung Air dengan bayaran BND 20 per boat. Naik je atas bot, pakcik bot offer kami untuk mengelilingi Kampung Air serta melihat buaya & monyet berhidung merah (prosboski) dengan bayaran BND 30 (berbaloi kot..add on BND 10 je lagi). Aku sebenarnya kurang setuju dengan idea tersebut atas sebab-sebab keselamatan. Pertama apabila dengar nama buaya dah membuatkan aku kecut perut. Kedua, bot di sini tidak dilengkapi dengan jaket keselamatan. Aku tak kisah sekadar untuk mengelilingi Kampung Air kerana kawasan tu sibuk dengan manusia. Kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, potensi untuk diselamatkan adalah tinggi. Tetapi bila ambil pakej untuk melihat buaya & monyet hidung merah, bermakna kami akan masuk jauh ke dalam kawasan paya hulu Sungai Brunei. Jauh dari manusia. Diulang..menaiki bot TANPA LIFE JACKET. Tapi disebabkan aku jenis yang hormat dengan suara majoriti, aku terpaksa setuju..huhu..tawakal je la..

Melepasi sedikit dari perkampungan air yang agak sibuk, pemandu bot dah mula memperlahankan bot untuk melihat buaya yang duduk bersidaian di tebing sungai. Time ni aku memang dah cuak gila..hahaha..dalam hati tak henti-henti duk baca ayat Kursi. Duk berdoa supaya pemandu bot cepat-cepat bergerak dari situ. Nasib baik doa aku dimakbulkan. Kemudian kami melalui sebuah batu menyerupai bentuk sebuah kapal yang senget di tengah-tengah sungai. Katanya kapal itu adalah kapal Si Tanggang. Itu adalah apa yang diceritakan oleh pemandu bot. Aku yakin itu adalah cerita dongeng.

image

View Kampung Air dari kejauhan dengan bot-bot yang sedang menunggu penumpang..serius..aku rindu gila BSB..bandar yang tenang bagi aku..

image

Struktur berwarna putih itu ialah Istana Nurul Iman..view ni semasa kami pulang dari melihat monyet hidung merah menuju ke Kampung Air..

image

Okkay..gambar ini diambil oleh Naz..aku sedikit pun x sudi nak tengok buaya tu..time ni sibuk duk baca doa bagai..huuuu..

image

Damai..

image

Mendamaikan..

image

Sangat-sangat mendamaikan..

image

Kawasan di mana kami dapat melihat kawanan monyet berhidung merah..pakai phone cap ayam bermaksud dapat nampak daun-daun je la..muahaha..

Seterusnya kami memasuki jauh ke dalam kawasan paya bakau untuk mencari monyet berhidung merah. Time ni memang kami satu-satunya bot yang berada di atas sungai tersebut. Perasaan takut & cuak mulai hilang bila dapat menikmati keindahan hutan paya bakau yang cukup mendamaikan jiwa.

Sampai di kawasan monyet berhidung merah, barulah kami berjumpa dengan sebuah lagi bot yang membawa pelancong asing. Lega rasa. Menurut pemandu bot, kebanyakan pelancong asing memang suka datang untuk melihat monyet di sini. Nasib kami agak baik kerana dapat melihat sekawanan monyet. Secara jujur, aku tak berapa pasti itu adalah monyet prosboski atau tidak. Sebab setahu aku prosboski adalah sejenis monyet berhidung panjang & hidungnya berwarna merah. Yang aku lihat ni memang bukan dari kalangan monyet biasa, kalau x silap memang bahagian hidungnya berwarna sedikit merah, tetapi tak pulak kelihatan hidungnya panjang. Aku x berani nak komen lebih sebab jarak kami yang agak jauh dari kawanan monyet tersebut. Kalau ada kamera DSLR tu boleh la nak zoom. Ni pakai kamera phone cap ayam je..sendiri mau ingat la..

Selesai melihat monyet, kami di bawa mengelilingi Kampung Air. Aku memang sangat teruja sebab x pernah melihat kawasan perkampungan atas air sebesar ini. Terdapat sekolah rendah, sekolah menengah, balai bomba, balai polis & surau di atas Perkampungan Air ni. Kawasannya memang luas. Sayangnya, pemandu bot xdapat nak turunkan kami di atas perkampungan ini sebab air sungai tengah surut. Kecewanya aku sebab x dapat nak jalan-jalan di sini. Naz & Cik Tim rileks je sebab diaorang dah habis pusing kat kampung air ni sebelum aku sampai Brunei hari sebelumnya.

image

Menuju ke Kampung Air..

image

Di sebelah kiri..kelihatan sebuah masjid yang tersergam indah..

image

Balai polis..

image

Sekolah..

Selesai aktiviti touring Kampung Air ni around jam 10am, Fizah dah siap menunggu untuk membawa kami jalan-jalan di Brunei. Okkay..dah panjang sangat entry kali ni..sambung next entry okkay..Gudnite;)

harrazshi

Backpacking Miri-Brunei-Labuan (Part 1)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..aku berjaya menjejakkan kaki ke Miri-Brunei-Labuan dalam masa 4 hari 3 malam. Yaaa..masa yang terlalu singkat untuk menjelajah ke ketiga-tiga tempat tersebut tetapi apakan daya, dengan cuti yang terhad. Plan je apa yang termampu. Keinginan untuk melihat negara Brunei memang sudah lama ada. Perasaan itu semakin membuak-buak sejak dua menjak ni. Masa ada promosi AirAsia ke Miri tempoh hari, tanpa berfikir panjang aku terus booking tiket flight seorang diri (KL-Miri-KL : rm122). Planning awal memang nak turun di Miri kemudian ke Brunei, kemudian balik semula ke Miri untuk pulang ke KL. Time ni booking tiket flight dengan harapan rakan travel aku akan follow. Tapi dia pergi umrah 2 minggu sebelum tu. Dah sah2 tak akan dapat cuti lagi untuk tarikh travel aku pada 13-16 Januari 2017.

So sibuk la aku mencari rakan travel dalam group travel. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan. Kebetulan terjumpa seseorang yang juga ke Brunei pada tarikh 13-15hb. Sekurang-kurangnya aku ada kawan untuk jalan2 di Brunei nanti. Disebabkan flight mereka direct dari KL ke Brunei sementara aku turun di Miri, kami berjanji untuk berjumpa di Pusat Belia Brunei pada malam 13hb tu.

Plan awal aku hanya ingin jalan-jalan di Miri dan Brunei sahaja. Entah macamana, lepas membaca beberapa blog untuk info, dapat idea pulak untuk sambung trip ni hingga ke Labuan. Beberapa minggu sebelum trip, terpaksa beli tiket flight baru untuk pulang melalui Labuan (Labuan-KL: Rm105). Lantak la rugi sikit..janji puas hati boleh jalan-jalan tengok tempat orang memandangkan jarak antara Miri-Brunei-Labuan yang bagi aku agak dekat. Aku kan ‘tukang ukur jalan tak bertauliah’..

12/1/2017 (Khamis)
Aku menaiki penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke KLIA2. Sampai di KLIA2 around jam 11pm, lepak sambil makan-makan dulu kat Quizinn, kemudian terus cari surau untuk tidur. Flight aku ke Miri keesokan harinya pada jam 7am.

13/1/2017 (Jumaat)
Bangun dengan penuh semangat (padahal malam tu aku x boleh tidur pun). Aku memang ada sejenis penyakit @ sawan, terlajak excited/eager kalau nak ke sesuatu tempat yang aku x pernah sampai. Flight ke Miri pada jam 7am mengambil masa hampir 2 jam 30 minit. Owhh yaa..lupa nak story. Actually aku ada kawan semasa matrikulasi dulu yang bekerja di Miri. Nama dia Yus. Last minute sebelum aku ke Miri, aku ada inform Yus. Punya la excited nak jumpa kawan lama, Yus siap ambil cuti pada hari Jumaat 13hb tu untuk bawa aku jalan-jalan di bandar Miri. Kebetulan sehari sebelum tu iaitu pada 12hb, Sarawak diisytihar cuti sempena kematian Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Sri Adenan Satem..takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat negeri Sarawak.
Aku touchdown around jam 9.30am. Yus dah berjanji untuk ambil aku di Airport Miri. Around jam 10am, Yus datang menjemput aku. Sebelum adanya plan untuk bertemu Yus di Miri, aku dah memang stanby info untuk menaiki teksi dari airport ke bandar Miri dengan bayaran rm25.

Tempat pertama kami tuju ialah stesen bas untuk mencari tiket untuk aku ke Bandar Seri Begawan pada petang tu. Yus dah nampak sedikit risau takut tiket habis. Tapi aku chill je sebab dah buat study yang kebiasaannya bilangan penumpang bas adalah dalam jumlah yang kecil dalam setiap trip perjalanan. Dalam aku duk study bagai pasal bas nak ke Brunei ni, still ada kesilapan dalam lokasi sebenar untuk beli tiket. Maklumat dari beberapa blog menyatakan bahawa lokasi pembelian tiket bas ke Miri ialah di stesen bas Jalan Padang berhampiran dengan Tamu Muhibbah (lokasi ni kalau tak salah aku untuk bas dalam bandar je kot). Rupa-rupanya, kaunter tiket bas ke Brunei terletak di stesen bas ekpress Jalan Pujut Padang Kerbau. Orang tempatan panggil stesen tu Stesen Bas Pujut. Nasib baik ada Yus, kalau aku seorang mesti dah kelam-kabut dah sebab jarak antara kedua-dua stesen ini agak jauh. Selesai dengan pembelian tiket berharga rm50, Yus bawa aku jalan-jalan melihat bandar Miri. Tempat first aku request kat Yus ialah The Grand Old Lady dan Muzeum Petroleum. Kedua-dua tempat ni berada di atas bukit bernama Canada Hill. Dari atas bukit ni, boleh nampak keseluruhan bandar Miri yang terletak berhampiran dengan laut. View dia memang owesome.
Selesai di sini, Yus bawa aku untuk lunch nasi lalapan di Restoran Muara yang sangat famous di bandar Miri. Kemudian Yus bawa aku meronda sampai ke Luak Esplanade dan Pantai Lobang. Around jam 2.30pm, kami pulang ke bandar Miri. Singgah solat di Masjid Miri. Time ni aku memang dah x tahan dah. Badan sangat letih dengan x tidur & mandi dari Kedah lagi..hahaha.. Terus decide untuk mandi & tukar pakaian kat masjid. Yus ada ajak balik mandi & rehat kat rumah dia, tapi aku yakin yang aku dah kesuntukan masa. Lagipun xnak menyusahkan Yus. Nanti rushing plak dia nak kena hantar aku semula ke stesen bas.

image

   View bandar Miri dari atas Canada Hill

image

image

                   The Grand Old Lady

image
Nasi lalapan di Restoran Muara, Miri, Sarawak..

Selesai solat, mandi & tukar pakaian, terus Yus hantar aku ke stesen bas. Bas aku ke Brunei adalah pada jam 3.30pm. Ingatkan bas nak ke Brunei bas express standard size. Rupa-rupanya hanya lah bas express mini yang aku rasa hanya boleh memuatkan dalam belasan penumpang je. Bas bergerak dalam jam 3.45pm. Time tu penumpangnya hanya aku dan seorang lagi kakak/abang (aku x berapa sure sebab nampak macam tomboy..huhu). Sebab xde orang, sebelum bas bergerak, aku ada bersembang dengan driver bas. Driver bas & pembantunya pun rupa-rupanya orang Indonesia. Beberapa minit lepas bas bergerak, bas ni berhenti mengambil 4 orang lagi penumpang. Mereka ni anak muda dari Pontianak, Indonesia, sedang backpack dari Pontianak-Kuching-Miri-Brunei. 3 orang lelaki & seorang perempuan. Lepas tu ada 2 orang lagi perempuan Indonesia menaiki bas itu. Bas terus bergerak menuju ke border Brunei. Sampai di border, proses imigresen memasuki Brunei berjalan lancar. Tapi bagi group 4 sekawan tadi, aku dapat dengar jugak macam-macam soalan yang ditanya kepada mereka. Settle cop passport, aku terus tunggu di dalam bas menantikan penumpang lain. Bas kemudiannya mula bergerak ke Bandar Seri Begawan. Tak ada apa yang menarik sepanjang perjalanan. Aku tetap tak boleh nak melelapkan mata. Akhirnya, sampai di Bandar Seri Begawan dalam jam 7.30pm. Dari awal driver bas dah tau yang aku nak ke Pusat Belia Brunei sebab kawan aku dah booking penginapan aku dengan encik Firdaus. Bas akhirnya berhenti di hentian terakhir di Bandar Seri Begawan. Masa bangun dari seat nak turun, driver bas siap offer untuk turunkan aku kat depan Pusat Belia Brunei. Apa lagi..syok la aku sebab kalau nak berjalan mau 10minit, dengan beg yang agak berat & badan yang agak letih. Makasih yaa mas driver. Time ni 4 orang anak muda dari Pontianak tadi pun follow aku sebab diaorang pun belum booking apa-apa penginapan.

Sampai di Pusat Belia Brunei, kaunter pendaftaran tak de orang (dah malam kan..setahu aku waktu pendaftaran time office hour je). Try contact kawan aku, rupa-rupanya dia & kawan dia keluar dinner. Tapi time tu katanya dah on the way nak datang kepada aku. First time jumpa Tecer Naz. Sebelum ni kami contact melalui FB & Whatsapp je. Naz dengan seorang kenalan dia rakyat Brunei. Rupa-rupanya mereka baru nak order makan kat kedai. So seorang lagi kawan Naz iaitu Cik Tim memang terpaksa tunggu order di kedai makan. 4 orang kenalan baru dari Pontianak dapat contact dengan encik Firdaus. Means diaorang ada tempat penginapan untuk malam ni..alhamdulillah..

Aku dibawa menaiki kereta ke kedai makan. Rupa-rupanya mereka order ambuyat untuk dinner. Pengalaman pertama makan ambuyat. Okkay tekak aku tak boleh nak terima sangat. Last-last semua order nasi goreng & bihun soto.hahaha..total makan malam tu bnd30. Aku, Naz & Cik Tim belanja kenalan dari Brunei iaitu Azimah. So sorang kena bayar bnd 10 (fuhhhh..dah terasa kehangatan pengaliran wang di negara yang rate dia pada kadar 3.14 berbanding 1 ringgit Malaysia..
hahaha..hadap je la).

Lepas makan, kami pusing-pusing jap Bandar Seri Begawan. Melawat 1 masjid (tak ingat nama dia tapi memang cantik) then terus balik ke hostel. Balik tu lepas mandi, solat then terus tidur. Dorm kat situ ada 10 bed. Full sebab berkongsi dengan sekumpulan student dari sebuah IPTA di ibu negara Malaysia. Agak stress sebab lepas jam 12midnight diorang still tak tutup lampu & bersembang tak hengatttt..adoiiii la..last-last aku terlelap jugak dalam keletihan..

harrazshi

Penutup tahun 2016

Bismillah..
Assalamualaikum..

HAPPY NEW YEAR 2017 guys!! Mesti banyak azam tahun baru yang dah korang tanam kan? Nak travel, nak bertunang atau nak menamatkan zaman bujang kan? Aku pulak still hidup dengan prinsip ‘go with the flow’..hahaha..bunyi ayat macam redha je kan..hahaha..bagi aku Allah adalah sebaik-baik perancang..

Okkay..nak cerita sikit aktiviti yang aku buat pada hari terakhir 2016. Penutup 2016 ni, aku join trip sehari ke Pulau Payar. Actually aku kiranya lone ranger. Just join je dgn group ni. Tak kenal seorang pun dalam group tu. Mostly diaorang ni semua muda2 berbanding aku..

Actually dah lama aku mencari trip ke Pulau Payar dari Kuala Kedah. Selalunya orang ke Pulau Payar melalui Jeti Kuah di Langkawi macam yang aku buat masa bulan April lepas. Xde keje nya aku nak kena pergi ke Langkawi dahulu semata-mata untuk ke Pulau Payar. Tetiba dapat info ada group buat trip & naik bot dari Kuala Kedah je. So apa lagi..awal2 lagi aku dah booking seat la untuk myself..hehe..bot berlepas dari jeti milik myDC (mydivecentre) milik encik Fuad Osman (kalau x salah info la kan..kalau salah tolong betulkan ye..). Harga pakej ni rm130 termasuk bot transfer ke Pulau Payar, breakfast, lunch & hi-tea beserta alatan untuk snorkeling. Selain untuk aktiviti snorkeling, actually diaorang ni jugak handle untuk aktiviti scuba diving di pulau sekitar.

Trip terakhir 2016 ni dah malas nak snap2 pic semua. So memang aku x bawak camera. Phone aku pun langsung aku x sentuh sepanjang trip ni. Memang aku keep dlm waterproof bag aku je.

Kebetulan, 31/12/2016 semasa trip ni berlangsung, cuaca sepanjang hari  mendung. Best untuk snorkeling sepanjang hari tanpa sunburn yang teruk tapi xbest untuk mendapatkan gambar Pulau Payar yang cantik..hahaha..so redha je la.

Sorry guys..pic memang xde untuk entry kali ni. Banyak jugak pic yang geng2 trip ni ambil sepanjang hari. Malas la nak upload sebab bukan dari phone or camera aku sendiri..

Anyway..happy new year sekali lagi.. Semoga apa yang kita impikan untuk tahun 2017 ini inshaAllah akan dimakbulkan oleh Allah..amiinn..

harrazshi