Backpacking Miri-Brunei-Labuan (Part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

14/2/2017 (Sabtu)
Hari ke-2 di Brunei. Jam 3.30am aku dah tersedar disebabkan sejuk aircond yang melampau..demmmm..dengan batuk & selsema yang agak teruk..redha je la. Sebab tak boleh tidur semula, aku just baring menanti subuh. Jam 5.30am aku dah bangun. Time ni students dari IPTA tengah sibuk-sibuk mengemas untuk pulang ke Malaysia. Flight diaorang ke KL pada jam 9am.

Hari ke-2 di Brunei..aku, Naz & Cik Tim dah setuju untuk menyewa kereta bersama driver bernama Fizah (BND 50). Naz dapat contact Fizah ni melalui seorang rakyat Malaysia yang berkerja di Brunei iaitu Cik Li (juga cari melalui FB). Sementara menunggu Fizah, kami sempat merayap ke Tamu Kianggeh dan dataran yang berhadapan dengan Kampung Air.

image

Morning..view Bandar Seri Begawan (BSB) dari hadapan Pusat Belia Brunei..tempat aku menginap..

image

Tamu Kianggeh..bagi aku tak ada apa yang menarik..sekadar pasar biasa tempat rakyat tempatan membeli barang harian. Tapi adalah port yang baik untuk mencari makanan @ kuih-muih tradisional Brunei..

Lepas diskusi bersama, kami setuju untuk mengambil bot untuk  mengelilingi Kampung Air dengan bayaran BND 20 per boat. Naik je atas bot, pakcik bot offer kami untuk mengelilingi Kampung Air serta melihat buaya & monyet berhidung merah (prosboski) dengan bayaran BND 30 (berbaloi kot..add on BND 10 je lagi). Aku sebenarnya kurang setuju dengan idea tersebut atas sebab-sebab keselamatan. Pertama apabila dengar nama buaya dah membuatkan aku kecut perut. Kedua, bot di sini tidak dilengkapi dengan jaket keselamatan. Aku tak kisah sekadar untuk mengelilingi Kampung Air kerana kawasan tu sibuk dengan manusia. Kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, potensi untuk diselamatkan adalah tinggi. Tetapi bila ambil pakej untuk melihat buaya & monyet hidung merah, bermakna kami akan masuk jauh ke dalam kawasan paya hulu Sungai Brunei. Jauh dari manusia. Diulang..menaiki bot TANPA LIFE JACKET. Tapi disebabkan aku jenis yang hormat dengan suara majoriti, aku terpaksa setuju..huhu..tawakal je la..

Melepasi sedikit dari perkampungan air yang agak sibuk, pemandu bot dah mula memperlahankan bot untuk melihat buaya yang duduk bersidaian di tebing sungai. Time ni aku memang dah cuak gila..hahaha..dalam hati tak henti-henti duk baca ayat Kursi. Duk berdoa supaya pemandu bot cepat-cepat bergerak dari situ. Nasib baik doa aku dimakbulkan. Kemudian kami melalui sebuah batu menyerupai bentuk sebuah kapal yang senget di tengah-tengah sungai. Katanya kapal itu adalah kapal Si Tanggang. Itu adalah apa yang diceritakan oleh pemandu bot. Aku yakin itu adalah cerita dongeng.

image

View Kampung Air dari kejauhan dengan bot-bot yang sedang menunggu penumpang..serius..aku rindu gila BSB..bandar yang tenang bagi aku..

image

Struktur berwarna putih itu ialah Istana Nurul Iman..view ni semasa kami pulang dari melihat monyet hidung merah menuju ke Kampung Air..

image

Okkay..gambar ini diambil oleh Naz..aku sedikit pun x sudi nak tengok buaya tu..time ni sibuk duk baca doa bagai..huuuu..

image

Damai..

image

Mendamaikan..

image

Sangat-sangat mendamaikan..

image

Kawasan di mana kami dapat melihat kawanan monyet berhidung merah..pakai phone cap ayam bermaksud dapat nampak daun-daun je la..muahaha..

Seterusnya kami memasuki jauh ke dalam kawasan paya bakau untuk mencari monyet berhidung merah. Time ni memang kami satu-satunya bot yang berada di atas sungai tersebut. Perasaan takut & cuak mulai hilang bila dapat menikmati keindahan hutan paya bakau yang cukup mendamaikan jiwa.

Sampai di kawasan monyet berhidung merah, barulah kami berjumpa dengan sebuah lagi bot yang membawa pelancong asing. Lega rasa. Menurut pemandu bot, kebanyakan pelancong asing memang suka datang untuk melihat monyet di sini. Nasib kami agak baik kerana dapat melihat sekawanan monyet. Secara jujur, aku tak berapa pasti itu adalah monyet prosboski atau tidak. Sebab setahu aku prosboski adalah sejenis monyet berhidung panjang & hidungnya berwarna merah. Yang aku lihat ni memang bukan dari kalangan monyet biasa, kalau x silap memang bahagian hidungnya berwarna sedikit merah, tetapi tak pulak kelihatan hidungnya panjang. Aku x berani nak komen lebih sebab jarak kami yang agak jauh dari kawanan monyet tersebut. Kalau ada kamera DSLR tu boleh la nak zoom. Ni pakai kamera phone cap ayam je..sendiri mau ingat la..

Selesai melihat monyet, kami di bawa mengelilingi Kampung Air. Aku memang sangat teruja sebab x pernah melihat kawasan perkampungan atas air sebesar ini. Terdapat sekolah rendah, sekolah menengah, balai bomba, balai polis & surau di atas Perkampungan Air ni. Kawasannya memang luas. Sayangnya, pemandu bot xdapat nak turunkan kami di atas perkampungan ini sebab air sungai tengah surut. Kecewanya aku sebab x dapat nak jalan-jalan di sini. Naz & Cik Tim rileks je sebab diaorang dah habis pusing kat kampung air ni sebelum aku sampai Brunei hari sebelumnya.

image

Menuju ke Kampung Air..

image

Di sebelah kiri..kelihatan sebuah masjid yang tersergam indah..

image

Balai polis..

image

Sekolah..

Selesai aktiviti touring Kampung Air ni around jam 10am, Fizah dah siap menunggu untuk membawa kami jalan-jalan di Brunei. Okkay..dah panjang sangat entry kali ni..sambung next entry okkay..Gudnite;)

harrazshi

Advertisements

Backpacking Miri-Brunei-Labuan (Part 1)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..aku berjaya menjejakkan kaki ke Miri-Brunei-Labuan dalam masa 4 hari 3 malam. Yaaa..masa yang terlalu singkat untuk menjelajah ke ketiga-tiga tempat tersebut tetapi apakan daya, dengan cuti yang terhad. Plan je apa yang termampu. Keinginan untuk melihat negara Brunei memang sudah lama ada. Perasaan itu semakin membuak-buak sejak dua menjak ni. Masa ada promosi AirAsia ke Miri tempoh hari, tanpa berfikir panjang aku terus booking tiket flight seorang diri (KL-Miri-KL : rm122). Planning awal memang nak turun di Miri kemudian ke Brunei, kemudian balik semula ke Miri untuk pulang ke KL. Time ni booking tiket flight dengan harapan rakan travel aku akan follow. Tapi dia pergi umrah 2 minggu sebelum tu. Dah sah2 tak akan dapat cuti lagi untuk tarikh travel aku pada 13-16 Januari 2017.

So sibuk la aku mencari rakan travel dalam group travel. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan. Kebetulan terjumpa seseorang yang juga ke Brunei pada tarikh 13-15hb. Sekurang-kurangnya aku ada kawan untuk jalan2 di Brunei nanti. Disebabkan flight mereka direct dari KL ke Brunei sementara aku turun di Miri, kami berjanji untuk berjumpa di Pusat Belia Brunei pada malam 13hb tu.

Plan awal aku hanya ingin jalan-jalan di Miri dan Brunei sahaja. Entah macamana, lepas membaca beberapa blog untuk info, dapat idea pulak untuk sambung trip ni hingga ke Labuan. Beberapa minggu sebelum trip, terpaksa beli tiket flight baru untuk pulang melalui Labuan (Labuan-KL: Rm105). Lantak la rugi sikit..janji puas hati boleh jalan-jalan tengok tempat orang memandangkan jarak antara Miri-Brunei-Labuan yang bagi aku agak dekat. Aku kan ‘tukang ukur jalan tak bertauliah’..

12/1/2017 (Khamis)
Aku menaiki penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke KLIA2. Sampai di KLIA2 around jam 11pm, lepak sambil makan-makan dulu kat Quizinn, kemudian terus cari surau untuk tidur. Flight aku ke Miri keesokan harinya pada jam 7am.

13/1/2017 (Jumaat)
Bangun dengan penuh semangat (padahal malam tu aku x boleh tidur pun). Aku memang ada sejenis penyakit @ sawan, terlajak excited/eager kalau nak ke sesuatu tempat yang aku x pernah sampai. Flight ke Miri pada jam 7am mengambil masa hampir 2 jam 30 minit. Owhh yaa..lupa nak story. Actually aku ada kawan semasa matrikulasi dulu yang bekerja di Miri. Nama dia Yus. Last minute sebelum aku ke Miri, aku ada inform Yus. Punya la excited nak jumpa kawan lama, Yus siap ambil cuti pada hari Jumaat 13hb tu untuk bawa aku jalan-jalan di bandar Miri. Kebetulan sehari sebelum tu iaitu pada 12hb, Sarawak diisytihar cuti sempena kematian Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Sri Adenan Satem..takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat negeri Sarawak.
Aku touchdown around jam 9.30am. Yus dah berjanji untuk ambil aku di Airport Miri. Around jam 10am, Yus datang menjemput aku. Sebelum adanya plan untuk bertemu Yus di Miri, aku dah memang stanby info untuk menaiki teksi dari airport ke bandar Miri dengan bayaran rm25.

Tempat pertama kami tuju ialah stesen bas untuk mencari tiket untuk aku ke Bandar Seri Begawan pada petang tu. Yus dah nampak sedikit risau takut tiket habis. Tapi aku chill je sebab dah buat study yang kebiasaannya bilangan penumpang bas adalah dalam jumlah yang kecil dalam setiap trip perjalanan. Dalam aku duk study bagai pasal bas nak ke Brunei ni, still ada kesilapan dalam lokasi sebenar untuk beli tiket. Maklumat dari beberapa blog menyatakan bahawa lokasi pembelian tiket bas ke Miri ialah di stesen bas Jalan Padang berhampiran dengan Tamu Muhibbah (lokasi ni kalau tak salah aku untuk bas dalam bandar je kot). Rupa-rupanya, kaunter tiket bas ke Brunei terletak di stesen bas ekpress Jalan Pujut Padang Kerbau. Orang tempatan panggil stesen tu Stesen Bas Pujut. Nasib baik ada Yus, kalau aku seorang mesti dah kelam-kabut dah sebab jarak antara kedua-dua stesen ini agak jauh. Selesai dengan pembelian tiket berharga rm50, Yus bawa aku jalan-jalan melihat bandar Miri. Tempat first aku request kat Yus ialah The Grand Old Lady dan Muzeum Petroleum. Kedua-dua tempat ni berada di atas bukit bernama Canada Hill. Dari atas bukit ni, boleh nampak keseluruhan bandar Miri yang terletak berhampiran dengan laut. View dia memang owesome.
Selesai di sini, Yus bawa aku untuk lunch nasi lalapan di Restoran Muara yang sangat famous di bandar Miri. Kemudian Yus bawa aku meronda sampai ke Luak Esplanade dan Pantai Lobang. Around jam 2.30pm, kami pulang ke bandar Miri. Singgah solat di Masjid Miri. Time ni aku memang dah x tahan dah. Badan sangat letih dengan x tidur & mandi dari Kedah lagi..hahaha.. Terus decide untuk mandi & tukar pakaian kat masjid. Yus ada ajak balik mandi & rehat kat rumah dia, tapi aku yakin yang aku dah kesuntukan masa. Lagipun xnak menyusahkan Yus. Nanti rushing plak dia nak kena hantar aku semula ke stesen bas.

image

   View bandar Miri dari atas Canada Hill

image

image

                   The Grand Old Lady

image
Nasi lalapan di Restoran Muara, Miri, Sarawak..

Selesai solat, mandi & tukar pakaian, terus Yus hantar aku ke stesen bas. Bas aku ke Brunei adalah pada jam 3.30pm. Ingatkan bas nak ke Brunei bas express standard size. Rupa-rupanya hanya lah bas express mini yang aku rasa hanya boleh memuatkan dalam belasan penumpang je. Bas bergerak dalam jam 3.45pm. Time tu penumpangnya hanya aku dan seorang lagi kakak/abang (aku x berapa sure sebab nampak macam tomboy..huhu). Sebab xde orang, sebelum bas bergerak, aku ada bersembang dengan driver bas. Driver bas & pembantunya pun rupa-rupanya orang Indonesia. Beberapa minit lepas bas bergerak, bas ni berhenti mengambil 4 orang lagi penumpang. Mereka ni anak muda dari Pontianak, Indonesia, sedang backpack dari Pontianak-Kuching-Miri-Brunei. 3 orang lelaki & seorang perempuan. Lepas tu ada 2 orang lagi perempuan Indonesia menaiki bas itu. Bas terus bergerak menuju ke border Brunei. Sampai di border, proses imigresen memasuki Brunei berjalan lancar. Tapi bagi group 4 sekawan tadi, aku dapat dengar jugak macam-macam soalan yang ditanya kepada mereka. Settle cop passport, aku terus tunggu di dalam bas menantikan penumpang lain. Bas kemudiannya mula bergerak ke Bandar Seri Begawan. Tak ada apa yang menarik sepanjang perjalanan. Aku tetap tak boleh nak melelapkan mata. Akhirnya, sampai di Bandar Seri Begawan dalam jam 7.30pm. Dari awal driver bas dah tau yang aku nak ke Pusat Belia Brunei sebab kawan aku dah booking penginapan aku dengan encik Firdaus. Bas akhirnya berhenti di hentian terakhir di Bandar Seri Begawan. Masa bangun dari seat nak turun, driver bas siap offer untuk turunkan aku kat depan Pusat Belia Brunei. Apa lagi..syok la aku sebab kalau nak berjalan mau 10minit, dengan beg yang agak berat & badan yang agak letih. Makasih yaa mas driver. Time ni 4 orang anak muda dari Pontianak tadi pun follow aku sebab diaorang pun belum booking apa-apa penginapan.

Sampai di Pusat Belia Brunei, kaunter pendaftaran tak de orang (dah malam kan..setahu aku waktu pendaftaran time office hour je). Try contact kawan aku, rupa-rupanya dia & kawan dia keluar dinner. Tapi time tu katanya dah on the way nak datang kepada aku. First time jumpa Tecer Naz. Sebelum ni kami contact melalui FB & Whatsapp je. Naz dengan seorang kenalan dia rakyat Brunei. Rupa-rupanya mereka baru nak order makan kat kedai. So seorang lagi kawan Naz iaitu Cik Tim memang terpaksa tunggu order di kedai makan. 4 orang kenalan baru dari Pontianak dapat contact dengan encik Firdaus. Means diaorang ada tempat penginapan untuk malam ni..alhamdulillah..

Aku dibawa menaiki kereta ke kedai makan. Rupa-rupanya mereka order ambuyat untuk dinner. Pengalaman pertama makan ambuyat. Okkay tekak aku tak boleh nak terima sangat. Last-last semua order nasi goreng & bihun soto.hahaha..total makan malam tu bnd30. Aku, Naz & Cik Tim belanja kenalan dari Brunei iaitu Azimah. So sorang kena bayar bnd 10 (fuhhhh..dah terasa kehangatan pengaliran wang di negara yang rate dia pada kadar 3.14 berbanding 1 ringgit Malaysia..
hahaha..hadap je la).

Lepas makan, kami pusing-pusing jap Bandar Seri Begawan. Melawat 1 masjid (tak ingat nama dia tapi memang cantik) then terus balik ke hostel. Balik tu lepas mandi, solat then terus tidur. Dorm kat situ ada 10 bed. Full sebab berkongsi dengan sekumpulan student dari sebuah IPTA di ibu negara Malaysia. Agak stress sebab lepas jam 12midnight diorang still tak tutup lampu & bersembang tak hengatttt..adoiiii la..last-last aku terlelap jugak dalam keletihan..

harrazshi

Penutup tahun 2016

Bismillah..
Assalamualaikum..

HAPPY NEW YEAR 2017 guys!! Mesti banyak azam tahun baru yang dah korang tanam kan? Nak travel, nak bertunang atau nak menamatkan zaman bujang kan? Aku pulak still hidup dengan prinsip ‘go with the flow’..hahaha..bunyi ayat macam redha je kan..hahaha..bagi aku Allah adalah sebaik-baik perancang..

Okkay..nak cerita sikit aktiviti yang aku buat pada hari terakhir 2016. Penutup 2016 ni, aku join trip sehari ke Pulau Payar. Actually aku kiranya lone ranger. Just join je dgn group ni. Tak kenal seorang pun dalam group tu. Mostly diaorang ni semua muda2 berbanding aku..

Actually dah lama aku mencari trip ke Pulau Payar dari Kuala Kedah. Selalunya orang ke Pulau Payar melalui Jeti Kuah di Langkawi macam yang aku buat masa bulan April lepas. Xde keje nya aku nak kena pergi ke Langkawi dahulu semata-mata untuk ke Pulau Payar. Tetiba dapat info ada group buat trip & naik bot dari Kuala Kedah je. So apa lagi..awal2 lagi aku dah booking seat la untuk myself..hehe..bot berlepas dari jeti milik myDC (mydivecentre) milik encik Fuad Osman (kalau x salah info la kan..kalau salah tolong betulkan ye..). Harga pakej ni rm130 termasuk bot transfer ke Pulau Payar, breakfast, lunch & hi-tea beserta alatan untuk snorkeling. Selain untuk aktiviti snorkeling, actually diaorang ni jugak handle untuk aktiviti scuba diving di pulau sekitar.

Trip terakhir 2016 ni dah malas nak snap2 pic semua. So memang aku x bawak camera. Phone aku pun langsung aku x sentuh sepanjang trip ni. Memang aku keep dlm waterproof bag aku je.

Kebetulan, 31/12/2016 semasa trip ni berlangsung, cuaca sepanjang hari  mendung. Best untuk snorkeling sepanjang hari tanpa sunburn yang teruk tapi xbest untuk mendapatkan gambar Pulau Payar yang cantik..hahaha..so redha je la.

Sorry guys..pic memang xde untuk entry kali ni. Banyak jugak pic yang geng2 trip ni ambil sepanjang hari. Malas la nak upload sebab bukan dari phone or camera aku sendiri..

Anyway..happy new year sekali lagi.. Semoga apa yang kita impikan untuk tahun 2017 ini inshaAllah akan dimakbulkan oleh Allah..amiinn..

harrazshi

Percutian bajet ke Ho Chi Minh & Mui Ne (part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

25/10/2016 (Selasa) – Day 2
Bangun jam 4am, sempat mandi & berwudhuk siap2 sebab jeep yang akan membawa kami untuk tour hari ni akan pick up kami jam 4.30am. Jeep sampai seperti dijanjikan. Dah ada 2 orang awek dari Beijing, China dalam jeep ni. Lepas tu terpaksa menunggu 2 orang lelaki (x pasti dari mana..muka ala2 macam Japanese pun ada tapi tengok rileks je bersembang dengan driver jeep dalam bahasa tempatan la kot). Mungkin pelancong tempatan kot. Geram pulak sebab dua2 ekor lambat. Overslept la tu..
Terpaksa solat Subuh hormat waktu dalam jeep yang sedang bergerak.

image

Pakej tour ke Mui Ne ni kami booking dari awal lagi dengan Mrs Khanh. Pakej merangkumi tour ke ‘red sand dune’, ‘white sand dune’, ‘fairy stream’ & ‘fishermen village’. Harga pakej ni kami dapat dengan harga 35 usd per person merangkumi return ticket sleeper bus, motel & tour by jeep di Mui Ne. Walaupun nama percutian ni percutian bajet, tapi jadi x berapa nak bajet bila kami decided untuk ke Mui Ne. Banyak wang yang dilaburkan untuk ke sini walaupun masa di Mui Ne sangat singkat.

Okkay..berbalik kepada tour di Mui Ne. Tempat pertama kami lawati ialah ‘white sand dune’ untuk melihat sunrise. Sunrise apa nya entah bila kami sampai matahari memang dah terbit. Memang awesome tempat dia. Rasa macam berada kat Australia (jadi la dapat view ala2 Australia pun..nak g sana x mampu lagi..huhu).

Untuk mendapatkan view yang awesome ni haruslah ke puncak white sand dune..nak sampai ke situ jaraknya boleh tahan. Sebab masa yang diperuntukkan di sini hanya sejam, kami mengambil keputusan untuk ke puncak sand dune ni menggunakan ATV dengan caj 250k VND per person (~ rm45). Aku rasa mau cramp kaki kalau nak berjalan untuk sampai ke sini.

image

image

Destinasi seterusnya ialah red sand dune. Kat sini pun viewnya sangat awesome. Tapi time ni kami dah memang xde tenaga. Kaki pun dah start sakit. So kami x panjat sampai ke atas. Just bergambar kat kawasan2 bawah je.

image

image

Kat sini pun masa yang diberi cuma 30 minit. Korang boleh sewa slide dengan local people kat sini dengan harga 5k VND (~ rm1) untuk try sliding kat atas pasir ni.

Seterusnya kami dibawa melawat ‘fisherman village’. Actually lebih kepada kawasan tepian pantai tempat pendaratan ikan. Kat sini pun xde apa2 yang menarik. Pantai nya agak kotor. Cuma mungkin dapat menikmati view tepian pantai yang awesome dengan pemandangan orang tempatan yang memakai topi tradisional berbentuk kon & melihat sampan berbentuk bulat yang comel. Kat sini, makanan laut yang masih hidup dijual di tepi pantai & diletak di dalam besen beserta tiub (kalau x salah aku tu adalah tiub utk oxygen supply). Dasyat jugak cara diorang menjaga kualiti barangan niagaan diaorang (pic aku x sempat nak snap..huhu).

image

image

image

Destinasi terakhir ialah ‘fairy stream’. Okkay..bagi aku tempat ni xde apa2 pun yang best. X seperti ‘fairy stream’ yang aku imagine. Kalau korang nak skip untuk melawat ‘fairy stream’ ni pun aku rasa x rugi apa2 pun. Tapi dah alang2 sampai Mui Ne ni & termasuk dalam pakej, xsalah pun untuk cuba melihat dengan mata sendiri kawasan ini. kawas

image

image

Selesai dengan ‘fairy stream ni’ bermakna tamatlah tour by jeep kami di Mui Ne. Kami dihantar pulang ke hotel. Sampai2 di hotel baru kami sedar yang hari masih awal. Baru jam 9am. Sepatutnya waktu tour adalah dari jam 4.30am sampai jam 10am. Pandai pulak driver jeep ni. Nak balik awal la tu. Tapi xpe la..actually kami pun dah kepenatan sebenarnya. Sampai di bilik, lepas siap mandi terus selongkar beg cari makanan. Mana x nya, sepanjang tour kami hanya makan roti gardenia berinti coklat. Sebiji tu je roti so share sorang separuh, cloud 9 & 2 sachet horlick yang dikocak dengan air mineral..hahaha..
lapar punya pasal bedal je la;)

Untuk ke Mui Ne ni, dari Malaysia lagi kami memang dah spare dengan bekalan makanan segera Brahims & Khadijah sebagai persediaan sebab maklumat awal yang kami dapat, susah untuk mendapatkan makanan halal di Mui Ne ni. Perut memang dah sangat lapar time ni. Sebab dalam bilik hotel xde kemudahan jug heater untuk rendam makanan segera ni dengan air panas, just koyak sachet nasi goreng kampung brand Brahims & Khadijah ni, terus je telan. Sedap pulak berlaukkan sambal sotong segera (pun brand Khadijah jugak). Tengah2 melayan makan makanan Malaysia kat Mui Ne ni, tetiba hujan turun dengan selebat2nya. Alhamdulillah..ada hikmah disebalik driver jeep hantar kami pulang awal sejam. Kalau x, confirm kami basah kuyup berada dalam jeep yang ‘open air’ tu. Selesai makan, ada masa beberapa jam lagi sebelum menaiki bas untuk pulang ke HCM. Plan asal kami nak jalan2 di kawasan pantai berhadapan hotel ni. Sebab hujan lebat, perut pun dah kenyang..apa lagi..sambung tidur je la. Bangun jam 1pm, mandi & solat jamak siap2 terus check out untuk tunggu bas di hadapan hotel. Bas hanya sampai jam 1.40pm sebab hujan katanya..naik2 sleeper bus je, seat kami dapat yang sebelah atas..alamak..jenuh la nak memanjat..mintak tukar seat bawah..driver x benarkan dengan muka yang kerek. Kebetulan kat belakang kami ada 3 orang mat salleh. So terpaksa la panjat seat atas dengan penuh gaya & confidentnya..hahaha.. mula2 tu rasa gayat la jugak. Tapi lepas tu okkay je. Aku macam biasa memang xble nak lelapkan mata dalam bas. Walaupun ada wifi dalam bas, tapi aku rasa sepanjang perjalanan tu x boleh connect pun dengan wifi dia..hampeh..so bertabah je la layan view sepanjang perjalanan. Sampai di HCM hampir jam 8pm. Mrs Khanh dah ingatkan awal2 lagi sebelum sampai inform dia, so dia boleh tunggu & hantar terus kami ke hotel. Tapi sebab wifi bas x ok & kami xde plan data. Redha je la masa turun bas tu. Turun2 bas je..tetiba rasa macam ada orang memanggil-manggil kami dari jauh. Rupa2nya Mrs Khanh dah siap tunggu kitaorang sebab risau xdapat apa2 wassap dari kami (actually ni 1st time we meet..sebelum2 ni hanya melalui wassap & payment semua hanya melalui ‘cyclo men’ dia). Sebab dia datang naik motorsikal, terus dia dapatkan grabcar untuk kami pulang ke hotel. Sampai di depan hotel, kami x terus masuk bilik. Menapak pulak ke Malaysian Street untuk dinner. Lepas dinner, ingat nak jalan2 survey barang2 yang nak dibeli. Mana yang berkenan, terus beli je terus. Sempat rembat tudung Neelofar (rm10-12 sehelai), telekung Siti Khadijah (rm75 sepasang) & jubah english cotton (rm35 sepasang). Badan dah terlampau letih. Decide balik rehat kat bilik dulu untuk keluar semula jam 8.30pm. Lagipun time ni, night market kat sebelah Ben Thanh Market tu baru je nak bukak.

Balik bilik, rehat then baru keluar semula. Menu wajib kat Malaysian street ialah kopi ais vietnam & roti ayam. Memang sangat sedap. Nak rasa makanan tempatan, setiap kali beli kami akan tukar2 peniaga yang berlainan untuk merasa yang mana paling best. Cuma pho (mee sup daging) je yang bagi aku xde la sedap mana pun..rasa plain je..sedap lagi rasa mee sup utara yang ada sambal merah tu (opss..sorry..aku orang utara memang cari makanan negeri sendiri gak la..hahaha). Paling x boleh terima dek tekak ialah spring roll vietnam. Inti di dalamnya ialah bihun, udang & sejenis ulaman yang digulung didalam paper rice. Euwww..rasa ulamnya memang x kena dengan tekak kitaorang. Sekali tu je kami makan, lepas tu memang dah x pernah order lagi dah. Tapi kalau roti ayam & kopi ais tu memang makanan kegilaan kami la..sedap gila tau x??hahaha..

image

(Spring roll..nampak macam sedap..tapi rasa ulaman dalam tu memang potong steam betul lahhh..lolll)

Selsesai shopping apa yang patut, terus balik bilik. Tidur malam tu memang xsedar diri sebab dah tersangat letih.

Okkay sambung next entry..bye2;)

harrazshi

Percutian Bajet ke Ho Chi Minh & Mui Ne, Vietnam (part 1)

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

Alhamdulillah..selesai percutian singkat selama 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh (HCM). Beli tiket Airasia awal tahun lalu. Dapat harga return around rm180 per person (x termasuk luggage & inflight meals). Dari Kedah ke KLIA2 menaiki pesawat Airasia (rm120 return ticket).

23/10/2016 (Ahad)
Ambil last flight dari Alor Setar. Touchdown KLIA2 around jam 11pm. Sampai2 terus melepak kat food court tunggu kawan aku dari Shah Alam. Dia sampai around jam 1am. Sebab dah lama x jumpa, borak punya borak x sedar dah hampir jam 3am. Perut lapar. Terus cari makan. Perut aku tetiba rasa nak telan nasi. Last2 makan nasi lemak kat Marrybrown jam 3am (huhu..jeemmmmm). Habis je makan terus cari port untuk tidur. Tempat standard adalah di surau. Sempat lelapkan mata sekejap sebelum bangun jam 5am. Terus siap ala kadar dan terus masuk ke international departure hall. Selesai solat Subuh just tunggu masa untuk boarding.

24/10/2016 (Isnin) – Day 1
Flight ke HCM depart jam 7.05am. Touchdown HCM 2 jam kemudian. Waktu di HCM lewat sejam dari Malaysia. So sampai di HCM (Tan Son Nhat Airport), jam dia baru pukul 8am. Keluar je dari arrival hall, dah ada banyak kiosk untuk transport ke town & pelan data internet. Tapi kami x ambil pun. Beli air mineral seorang 1 semata2 nak pecahkan duit Dong (VND) bernilai 200k VND untuk buat modal nak naik bas ke Ben Thanh Market. Tiket bas 5k VND. Masa ni dah ada bas yang menunggu. X sampai 10 minit tunggu bas terus bergerak. Bas ni berhawa dingin okkay. Sepanjang perjalanan, aku agak terkesima melihat aliran trafik di HCM. Kota yang penuh sesak dengan motorsikal. Bilangannya sangat banyak. Turun je di bus stop berdekatan Ben Thanh Market, terus bukak apps ‘Maps.me’ untuk check lokasi hotel penginapan kami iaitu Ha My 3. Lokasi hotel berada di belakang Ben Thanh Market. Hanya perlu jalan kaki 5 minit untuk sampai ke Ben Thanh Market. Hotel dah ditempah secara online melalui booking.com. Sampai je hotel, terus inform nama then receptionist dia minta masa 10 minute sebab kami sampai terlalu awal. Alhamdulillah..dia benarkan check in awal. So naik bilik, rehat sekejap then turun semula untuk jalan2.

image

Menggunakan apps ‘maps.me’, kami berjalan kaki untuk ke Independance Palace & War Remnant Museum. Berjalan baru separuh jalan, tergerak hati nak tanya 2 orang pegawai beruniform (x pasti tentera ke polis ke), beliau cakap kedua2 tempat ni buka semula selepas jam 1pm (maybe lunch time kot..padahal time tu awal lagi around jam 11am). Alamak..biar betul. Nak kena patah balik ke hotel dengan masa yang sangat terhad. Discuss kat tepi jalan, akhirnya dua2 setuju untuk pulang semula ke hotel semata2 nak dapatkan Wifi..hehe..sampai je lobby hotel terus wassap Mrs Khanh tanya pasal pakej ‘HCM city tour by cyclo’ berharga Usd 10 untuk tour selama 3jam (pejam mata je la untuk bayar sebab kami memang kesuntukan masa). Plan awal kami memang untuk habiskan city tour hari ni jugak. Kalau berjalan kaki & nak explore sendiri memang rasanya dah x sempat. Nasib baik pakej tu available untuk tempahan on the spot. So Mrs Khanh janji cyclo akan pick up kami depan hotel jam 1pm. Ada masa around 1 jam, kami berjalan kaki ke Malaysian Street untuk lunch. Order nasi ayam & nasi goreng tanpa minuman uols..nak jimat punya pasal..hahaha (air mineral dah beli siap2 kat K mart berhadapan dengan hotel kami..katanya air mineral kat situ je boleh dapat dengan harga paling murah).

Selesai makan, terus berjalan semula ke hotel. Cyclo men 2 orang dah sedia menunggu dengan cyclo masing2. Terus memulakan city tour untuk ke 10 main attraction kat bandar HCM ni. Agak seronok & mendebarkan menaiki cyclo di atas jalan raya yang sesak dengan motorsikal. Kenderaan bersimpang siur. Antara yang kami lawati ialah War Remnant Museum (entrance fee 15k VND), Independence Palace (entrance fee 30k VND), Central Post Office, Ho Chi Minh Statue..

Selesai tour jam 4pm, terus ke Malaysian Street untuk cuci mata & cari makanan. Time ni badan dah agak letih sebab dari malam semalam x cukup tidur kat KLIA2. Terpaksa pantas sebab kami dah booking pakej dengan Mrs Khanh untuk ke Mui Ne. Janji dengan cyclo men tu dia akan datang pick up kami around jam 7.30pm sebab sleeper bus ke Mui Ne bertolak jam 8.30pm. Selesai membeli sedikit bekalan makanan, terus balik ke bilik. Mandi, solat jamak & terus bersiap untuk ke Mui Ne malam nanti. Baring2 atas katil sambil tengok tv, mata aku memang dah x larat nak bukak. Sempat cakap kat kawan aku mintak tolong dia set kan alarm dalam jam 7pm takut2 dua2 terlelap.

Mimpi ngeri!!!!! Tetiba tersedar apabila dapat phone call dari receptionist mengatakan dah ada orang tunggu kami kat lobby hotel. Tengok jam dah pukul 7.30pm. Rupa2 nya dua2 kami tertidur kepenatan dan yang paling win kawan aku x set alarm..huhu..apa lagi?? Kelam kabut la..nasib baik tinggal nak pakai tudung je. Bag nak bawak ke Mui Ne pun nasib baik dah siap packing dari awal. Turun kat lobby hotel dah jam 7.40pm. Terus ambil passport kat receptionist. Kesian kat cyclo men kitaorang. Nampak diorang pun kelam kabut mengayuh cyclo dengan laju. Mungkin takut kami tertinggal bas. Sampai2 di stesen bas,  terus cyclo men carikan sleeper bus kitaorang.

Alhamdulillah..selamat sempat sampai. Terus dapatkan seat yang dah ditetapkan. Nasib baik dapat seat bahagian bawah..xpayah nak panjat bagai. Kat sini, sleeper bus kena naik dengan ‘berkaki ayam’ (barefoot). Kat pintu bas nanti korang akan diberi bag plastic untuk masukkan kasut/sliper korang. Laluan dalam bas ni agak sempit, aku yang bersaiz sederhana ni pun rasa rimas nak berjalan masuk sampai ke seat aku. Dengan backpack yang aku galas lagi (walaupun begpack aku x banyak barang pun). Bas mula bergerak. As usual, aku memang species yang susah nak lelapkan mata dalam bas. Terlelap2 camtu je la. Sampai di Mui Ne around jam 1am. Driver bas sepatutnya turunkan kitaorang betul2 di hadapan hotel kitaorang. Tapi dia dah terlajak ke depan sedikit. Turun dari bas..alamakkk!!!jalan agak gelap & sunyi sepi. Dari jauh, nampak kawasan yang agak cerah dengan sinaran lampu iaitu di hadapan hotel tempat penginapan kami. Rupa2nya, kat tepi jalan ni, ada sekumpulan mat salleh duk melepak dalam kegelapan menunggu siang kot. Ramai gak..around 10-15 orang. Nasib baik kitaorang ambil pakej sekali dengan hotel. Kalau nak ikutkan memang agak rugi. Tapi dari awal kami lebih memikirkan faktor keselamatan memandangkan kami berdua adalah perempuan dan sampai kat Mui Ne ni dah hampir awal pagi. Bahagian depan hotel ni (lebih layak dipanggil motel rasanya) merupakan sebuah kedai optometry.  So kami ke bahagian belakang. Pengawal motel ni seorang pakcik yang agak berumur sedang tidur. Terus dia kejutkan receptonist untuk dapatkan kunci bilik kitaorang. Masuk bilik, cuci muka & gosok gigi then terus tidur..letih ya’amaattt…hahaha..

image

Panjang sangat entry kali ni..dah macam karangan SPM..hehehe..so nanti aku sambung entry part 2 ye..

harrazshi

Gertak Sanggul, Penang

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

GERTAK SANGGUL..xtau kenapa..sejak 1st time aku dengar nama tempat ni..aku dah jatuh cinta dengan namanya yang unik..jatuh cinta pandang pertama agaknya..hahaha..

Mengetahui lokasi tempat ini berada di dalam kawasan pulau di Penang, tapi aku xsure di mana kedudukannya yang tepat. So Ahad lepas aku decide untuk try meredah mencari nama tempat yang unik ni. Plan asal aku Ahad lepas nak explore Pulau Aman di Penang. Bangun jam 5am, tetiba mulut laju pulak bertanya mak, nak ikut x p Penang? Opkos la mak nak. Alamak..dah memang rezeki mak kot untuk join aku aritu. So terpaksa la cancel plan ke Pulau Aman..hahaha..Mak iolss umuq dah 70-an okkay.. so rasa2 korang sesuai ke nak naik bot bagai nak ke Pulau Aman? Opkos la takkk kannn..

So lepas subuh, dalam jam 6.30am kami dah bergerak keluar dari rumah. Masuk highway dari tol Gurun, just rileks2 je bawak kereta. Aku memang suka spend time dengan mak aku dalam kereta sambil drive sebab time ni ja quality time yang ada untuk bersembang & bercakap hati ke hati (bohong sangattt) dengan mak. Kalau kat rumah, sambil sembang sambil tengok tv..sambil tgk handphone..so bagi aku xde kualiti kat situ..kadang2 mak aku terpaksa bertanya sampai 2 3 kali baru aku jawab..huhuhu..derhaka sungguh..

Okkay..berbalik kepada Gertak Sanggul..sebab x sure lokasi tempat ni..aku just guna maps je untuk tunjuk jalan. Aku main redah je memasuki jalan sampai ke hujung. Okkay..akhirnya aku berjumpa dengan perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya masyarakat Chinese. Aku x berapa sure apa nama pantai tersebut. Tapi tempatnya agak cantik dan mendamaikan. Aku sampai kat pantai tu around dalam jam 8am. Kebetulan pada hari tersebut cuaca agak mendung. Xde apa2 yang menarik pun di sini kecuali nampak 2 3 orang anak2 muda berbangsa Melayu dengan joran mereka sedang menunggu kawan2 mungkin untuk memancing. Selain itu, ada jugak masyarakat Chinese yang sedang beriadah sambil mengayuh basikal dan berjogging.

image

image

image

image

Lokasi secara kasar kedudukan Gertak Sanggul di Pulau Pinang ada kat atas tu ye. Kalau dari arah Bayan Lepas, korang akan melalui Lexis Suites Penang dulu sebelum ada simpang di sebelah kiri untuk memasuki Jalan Gertak Sanggul. Dari situ, aku meneruskan perjalanan sampai ke hujung jalan perkampungan nelayan.

Bagi aku xde apa2 pun yang menarik di sini..tapi bagi penggemar pantai dan laut macam aku..okkay la port ni untuk santai2.

Sebelum sampai ke kawasan perkampungan nelayan ni, kita akan melalui jalan yang di kiri kanannya hanya pokok2 dan semak samun je. Ada jugak ternampak signage di sebelah kiri jalan untuk chalet dan restoran makanan laut mungkin. Xdapat nak tengok betul2 sebab aku tengah drive. Lagipun laluan kecilnya adalah menuruni bukit kalau xsilap. Ada jugak aku google pasal Pantai Tanjung Asam yang berdekatan. Mungkin kat situ pantainya..aku pun xpasti. Maybe korang yang tau tentang tempat ni boleh menambah sedikit info untuk makluman semua.

Selesai pusing2 kat sini, kami bergerak pula ke Telok Tempoyak. Balik tu sengaja melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang dan pergi melawat kawasan Jeti Batu Musang (jeti untuk ke Pulau Aman). Next trip maybe. Huhu..

Selamat mengembara walaupun hanya di kawasan berdekatan rumah anda!!!
hahaha;)
Sa

image

kawa

image

image

image

image

ebut. ka

harrazshi

Jungle Trekking ke Monkey Beach

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai guys..just nak share sikit experience aku dengan aktiviti jungle trekking ke Monkey Beach. Monkey Beach ni terletak di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang iaitu di Teluk Bahang. Actually, ini adalah 2nd time aku trekking ke Monkey Beach dalam tempoh 2 minggu. X tau la kenapa aku suka sangat dengan trek Monkey Beach ni. Sanggup bersusah payah drive dari Kedah ke Teluk Bahang, Penang semata2 nak trekking kat sini. Padahal rumah aku lagi dekat dengan Gunung Jerai kot untuk aktiviti sebegini. Firstly, mungkin sebab aku peminat tegar untuk pantai & laut.

Pada pendapat aku, trek kat sini sangat sesuai untuk beginner seperti aku. Laluannya agak landai. Paling best, dapat berjalan di atas denai yang redup dilitupi dengan pokok2 dan korang tidak akan merasa bosan sebab trek nya berada di sepanjang pantai. So korang boleh  mendengar bunyi deruan ombak di sepanjang laluan ni.

image

image

image

image

image

image

(View di sepanjang trek..bersatu dengan alam..cewahhhhh;p)

Paling best, selepas berpeluh2 merentasi trek sejauh lebih kurang 4km, korang akan sampai ke Monkey Beach. Boleh terus terjun tiruk la di dalam air laut..hahaha.. Di sepanjang pantai ni pun terdapat banyak gerai2 yang menjual makanan & minuman. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, boleh mencuba sukan ATV, menaiki jet ski ataupun menunggang kuda.

Estimate time untuk trekking ke Monkey Beach ni ialah 1 jam 15 minit. Tapi aku sendiri ambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai. Kalau korang lebih fit, selain melepak di Monkey Beach, korang boleh meneruskan trekking sehingga ke Muka Head Lighthouse. Macam aku ni memang x terdaya la nak panjat sampai lighthouse. Menurut kata kawan aku, laluannya agak mencabar.

1st time aku pergi siap mandi2 kat pantai ni..2nd time pergi, sampai2 je terus landing di atas hammock dengan kawan aku (landing la kat atas mana2 hammock pun..xde sapa nak marah & tiada sebarang bayaran dikenakan). Bayangkan dari jam 10.30am kami sampai di Monkey Beach sehingga jam 2pm kitaorang just baring atas hammock tu tanpa sebarang aktiviti lain. Memang layan habis..dengan angin laut yang sepoi2 bahasa. Just lunch dengan bekalan nasi lemak yang dah dibeli awal2 lagi di market (pasar) berdekatan Teluk Bahang. Lepas makan, sambung layan perasaan lagi di atas hammock..hahaha..
sedar2 dah dekat jam 2pm..memang feel habis…lepas kawan aku siap solat..terus kitaorang memulakan trekking untuk balik ke car park. Ingat time petang ni xramai la yang trekking ke Monkey Beach. Ternyata salah. Dala perjalanan pulang, kami berselisih dengan ramai orang yang baru nak ke Monkey Beach. Maybe diaorang nak tengok sunset kot.

u

image

image

image

image

image

Jangan risau jika korang x cukup fit untuk trekking sejauh 4km ke Monkey Beach & 4km lagi untuk perjalanan pulang. Selain dari melalui trek/denai ini untuk ke Monkey Beach, korang jugak boleh menyewa bot untuk ke sini. Rate yang aku tanya aritu, rm40 per way untuk 1 bot. So xkisah la, ko sorang je ke or maximum 10 orang..tetap kena bayar rm40.

Aku still dalam planning untuk ke Monkey Beach & Kerachut Beach lagi ni. Still cannot move on dengan tempat ni. Sangat mendamaikan jiwa dan rasa;)

harrazshi