Air Kelapa Wangi, Simpang Empat Kangkung

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

image

Nak kongsi sedikit tentang air kelapa wangi yang super sedap ni. Bagi anda yang kerap melalui jalan raya utama menghubungkan Alor Setar-Gurun, mungkin boleh singgah mencuba air kelapa yang sedap ni. Lokasinya di Simpang Empat Kangkung. Kalau dari arah Alor Setar..hangpa (cewahh..tetiba tulis blog menggunakan bahasa Kedah piauu..hahaha) akan melalui Restoran Haji Ramli terlebih dahulu sebelum jumpa trafic light Simpang Empat Kangkung. Melepasi trafik light ni (ke arah Gurun), hangpa akan melepasi Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Hassan Itam di sebelah kiri jalan raya. Mulai dari sekolah ini, sila perlahankan kenderaan anda. Lokasi gerai air kelapa ini hanya beberapa puluh meter melepasi sekolah..betul2 di tepi jalan di sebelah kiri jalan raya.

Aku terjumpa gerai air kelapa yang super sedap ni secara tidak sengaja beberapa bulan sebelum bulan Ramadhan yang lepas. Time bulan Ramadhan punya la ‘mengidam’ nak minum air kelapa ni tapi memang xpernah bukak. Lepas raya Aidilfitri, baru kedai pakcik ni beroperasi seperti biasa.

Sebungkus berharga RM2.50 sahaja. Hasil pemerhatian aku & anak buah aku, memang pakcik ni x campurkan langsung air kelapa ni dengan air biasa. Cuma dicampur dengan air gula ja.

So kalau hangpa lalu area2 sini, boleh la singgah untuk mencuba “ayaq nyok” pakcik ni. Selain air kelapa, ada jugak laksa beras yang pakcik ni jual.

harrazshi

Advertisements

Kangkung..

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni, aku dah x sempat nak update pasal percutian ke Yogjakarta. Miahaha.. Sebabnya?? Sekarang ni aku tengah busy dengan hobi baru aku iaitu bercucuk tanam..

image

Rasanya bercucuk tanam ni sangatlah sesuai dengan jiwa aku. Sejak masuk satu group berkaitan bercucuk tanam kat facebook, macam2 benda baru aku belajar mengenai tumbuh-tumbuhan. Siap sampai ke tahap sanggup beli biji benih sayuran secara online..hihi..

Oh yaa..nak share sikit pasal penanaman kangkung tanpa menggunakan tanah..kiranya ala-ala hidroponik la.
Sejak akhir-akhir ni, viral kat Facebook tentang cara penanaman kangkung dengan kaedah sebegini. So, kita try la eksperimen sikit menjadi ke x.

Modalnya:
★ biji benih kangkung
★ larutan baja AB
★ besen untuk menakung larutan baja AB           
★ besen berjaring untuk letak biji benih kangkung

Cara penanaman (ni ikut style aku sendiri):

1. Rendam biji benih kangkung di dalam air paip semalaman sehingga biji benih mula pecah.

2. Pindahkan ke dalam besen berjaring dan letakkan air paip di dalam besen di bawahnya hingga air sedikit mengenai/mencecah biji benih. Simpan di kawasan yang teduh.

image

(Hari ke-2..benih kangkung dah mula bercambah)

image

(Hari ke-5..hoyehhh..daun2 kangkung sudah mula kelihatan membesar dengan jaya nya)

3. Bila daun kangkung dah mula kelihatan, air paip boleh la digantikan dengan larutan baja AB. Time ni dah boleh pindahkan ke kawasan yang ada sinaran matahari.

4. Tunggu sehingga kangkung membesar. Kaedah yang mudah. X perlu siram setiap hari. Hanya menghitung hari untuk menuai. Cuma 3-4 hari sekali perlu memeriksa larutan baja AB. Jika larutan baja dah berkurang, hanya perlu “top-up” sahaja.

image

Aku pun dah x ingat berapa lama masa yang diperlukan untuk menuai hasilnya. Agak2 dah besar sikit..terus je aku tuai..lepas la untuk sekali goreng..

image

harrazshi

Kayak di Sungai Baling, Kedah

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku berpeluang untuk mengikuti aktiviti kayak di Sungai Baling. Selama ni x pernah tau pun yang Sungai Baling ni adalah salah satu sungai yang dijadikan tempat untuk berkayak. Paling famous yang aku tau pun cuma di Pantai Merdeka. Ni pun dapat info dari rakan satu tempat kerja.

Permulaan kawan ajak, dah terbayangkan yang Sungai Baling ni jenis sungai besar, air warna “teh tarik” & mungkin ada buaya (hahaha..apa punya pemikiran kolot la aku ni). Tapi sebab jenis x puas hati dengan idea kolot aku tu, aku google jugak untuk review sikit pasal Sungai Baling. Ternyata, meleset.. Sungai Baling ni merupakan sungai yang ada arus dan airnya sangat jernih. Keluar pulak idea baru, sungai ada arus memudahkan kerja aku untuk kurang pakai paddle..ekekeke..

So terus confirm dengan kawan satu tempat kerja yang aku akan join. Last2 dapat dalam 8 orang. Then nanti di sana akan join dengan satu lagi group dari Penang seramai 12 orang. Kami ambil pakej di bawah kelolaan Cikgu @ Bro Jack. Time ni dapat rate RM75/pax siap makan semua..

17/10/2015 (Sabtu)
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Janji untuk berkumpul di Sungai Petani jam 6.30 am sebab perlu berkumpul di rumah Cikgu Jack pada jam 7.30 am. 4 orang tarik diri last minute sebab ada hal. Last2 tinggal kami 4 orang je. Sampai-sampai di rumah Cikgu Jack, geng dari Penang dah ada. Terus sign form untuk “tanggungan risiko” then breakfast.

Aktiviti seterusnya ialah loading kayak ke dalam lori. Then kami menaiki Hilux untuk ke starting point.

image

Tempat bermula..time ni rasa lega sebab nampak sungai yang agak lapang tanpa banyak halangan (konon..hahaha). Menurut seorang peserta yang memang orang Baling, air sungai pada hari tersebut sedikit keruh & lebih berarus sebab hari sebelumnya hujan turun agak lebat. Huhu.. Selesai sedikit taklimat dari Cikgu Jack dan bacaan doa..aktiviti pun bermula..

image

Permulaan berkayak..dengan pemandangan yang sangat “owesome”. Masa ni, semua orang masih mengasah skill masing2 untuk berkayak. Agak mencabar di sesetengah tempat sebab arus air agak deras. Dan akhirnya kami memulakan ekspedisi berkayak sejauh 18km.

image

Pemandangan di sekitar sungai..memang sangat sesuai untuk pencinta alam semulajadi macam aku..
Nampak x?? Air kelihatan sedikit keruh disebabkan hujan lebat pada hari sebelumnya..

Memasuki beberapa kilometer berikutnya, laluan agak mencabar dengan sedikit halangan seperti “gheba” (ni bahasa Kedah okkay) @ rimbunan pokok buluh, batu2 dan juga batang pokok yang merintangi sungai. Time ni memang agak banyak kayak yang terbalik. Maklum la..mostly peserta memang beginner untuk aktiviti kayak di sungai. Kayak yang dinaiki aku dengan rakan sekerja pun 2 kali terbalik sepanjang laluan 18km ni. First time kayak terbalik, aku agak panik sampai tertelan-telan air sungai. Tapi 2nd time terbalik, aku dah tau apa yang perlu dibuat (semua tu pengalaman okkay!! X rasa sendiri, sampai bila pun xtau macam mana rasanya panik dihanyutkan arus..huhu). Tapi x perlu bimbang ya, ada 4 orang “river guide” termasuk Cikgu Jack yang akan segera menolong. Mereka semua nampak agak berpengalaman dan sangat committed dengan tugas mereka.

image

image

Berhenti seketika di tepi sungai untuk berehat & mengalas perut. Untuk pakej ni x perlu risau tentang makanan. Selain dapat breakfast sebelum aktiviti, setiap orang jugak akan dibekalkan dengan makanan untuk ‘alas perut’ semasa aktiviti.

image

image

Antara cabaran yang perlu ditempuhi. Agak mencabar untuk melepasi jeram kecil ni. Kat sini pun aku agak kurang bernasib baik. Tapi disebabkan dah 2nd time kayak terbalik, aku dah boleh menenangkan diri kat dalam air bila dibawa arus..

Aktiviti kayak ni selesai lebih kurang jam 3 petang. Jangkaan awal pada jam 2 petang agak tersasar sebab team Cikgu Jack terpaksa bertungkus-lumus menyelamatkan kayak2 yang banyak terbalik sepanjang ekspedisi..hahaha..

Sampai di kawasan yang telah ditetapkan, dah sedia menanti lori & Hilux untuk loading kayak & peserta untuk pulang ke rumah Cikgu Jack. Sampai2 je kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sangat menyelerakan. Sempat mandi, tukar pakaian & solat, then semua orang pulang dengan pengalaman yang sangat owesome;)

Dan “offcourse” aku akan repeat lagi aktiviti berkayak di Sungai Baling ni bila ada kelapangan nanti. Buat masa ni, fokus semula kepada kerja..huhu..

# terdapat 3 pilihan laluan (kalau x salah aku) yang korang boleh pilih mengikut keselesaan korang. Laluan kami ni yang agak basic sebab kebanyakkan peserta memang 1st time berkayak di sungai walaupun geng2 dari Penang ni memang agak selalu berkayak di laut. Mereka sendiri mengakui memang banyak perbezaan berkayak di laut & di sungai.

# untuk keterangan lanjut, boleh ke website “kayakbaling” atau terus contact Cikgu Jack.

# mostly pic dalam ni aku ambil dari facebook Cikgu Jack iaitu “Jack Baling”. Memang sepanjang aktiviti aku x berani nak keluarkan phone untuk snap pic. Buatnya terjatuh dalam sungai..memang meraung la..huhu..dan xperlu risau..team Cikgu Jack sentiasa akan snap pic korang sepanjang aktiviti. Malamnya, Cikgu Jack dah siap upload dalam Facebook nya..so boleh la review muka semua peserta sepanjang aktivii berkayak ni..hehehe..

harrazshi