Nasi Ulam Kedah

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

Hari ni mimpi apa entah tetiba terasa nak makan nasi ulam. Kebetulan hari ni aku cuti, so pepagi  buta dah keluar ke pasar sec 6 Shah Alam untuk beli barang untuk buat nasi ulam..

Okkay..kepada yang xde idea tentang nasi ulam style utara ni, aku terangkan sedikit ye.. nasi ulam ni merupakan makanan tradisi pada bulan Ramadhan yang agak popular di negeri2 utara Malaysia. Means pada hari2 biasa memang agak mustahil la untuk jumpa. Dan setiap kali aku pulang ke kampung di Kedah pada bulan puasa, aku akan cuba mencari nasi ulam ni di bazar2 Ramadhan. Nak buat sendiri pun boleh je..cuma penyediaannya agak leceh sebab kena menggunakan banyak ulam-ulaman. Kiranya ni menu yang sihat la. Kalau dapat makan hari2, confirm awet muda..hehehe..kebiasaannya pelengkap kepada nasi ulam ni ialah ‘asam rebus keladi’..

Asas kepada nasi ulam yang sedap ialah ulam-ulamannya..kalau kat kampung dah tentu lebih banyak ulam yang boleh ditambah. Masa aku ke pasar pagi tadi, cuma dapat 3 jenis ulam je antaranya daun pegaga & ulam raja. Kalau ada daun putat, daun sekentut, daun pucuk gajus, daun kaduk..lagi sedap..

Jom aku terangkan sikit cara2 nak buat nasi ulam ni..

Bahan2:
1 mangkuk besar nasi putih (biarkan pada suhu bilik)
1 potong ikan talang/tenggiri masin
3 sudu besar kerisik
1 sudu besar lada hitam (dikisar halus)
4 batang serai (dimayang halus)
6 biji bawang merah/kecil (dimayang halus)
Ulam-ulaman (dihiris halus)

image

(Serai, kerisik, ikan masin, lada hitam & bawang merah)

image

(Serai & bawang merah yang dimayang halus beserta ikan masin yang telah dihancurkan)

image

(Ulam-ulaman yang dihiris nipis)

Cara membuatnya:
1. Goreng ikan masin di dalam sedikit minyak hingga sedikit kekuningan. Angkat dan toskan. Hancurkan isi ikan.
2. Masukkan nasi putih ke dalam bekas, masukkan kesemua bahan yang telah disediakan dan gaul hingga rata.
3. Jika kurang masin, boleh ditambah sedikit garam.
4. Sedia untuk dihidangkan.

image

image

Selamat mencuba!!

harrazshi’s blog

Advertisements

Restoran Al-Rawsha, Shah Alam

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai uols.. Salam Syawal 1435H, maaf zahir dan batin.. sedar x sedar hari ni dah masuk 11 Syawal. Kembali sibuk dengan tugas seharian setelah bercuti raya selama seminggu di kampung. Pulang dari beraya di kampung, sekarang sibuk pulak memenuhi undangan ‘open house’..hehe..makan, makan jugak..tapi makan tu kena la berpada-pada ye..

Ok..nak cerita sikit tentang aktiviti aku Sabtu lepas. Actually Sabtu lepas aku bekerja. Disebabkan xde sebarang undangan ‘open house’, so balik kerja tu dah lapar sangat, aku pujuk kawan aku untuk makan kat luar. Tetiba teringat nak try makan makanan arab kat al-Rawsha. Kebetulan branch baru al-Rawsha baru je dibuka di Shah Alam. Lebih tepat lagi di Section 7, Shah Alam.

image

Okkay..ini total bill untuk kami berdua makan..oppss..nampak macam mahal kan? Portion yang kami ordered actually bukan untuk 2 orang makan okkay..tapi untuk 3-4 orang makan. Kalau dah seteko teh untuk 2 orang minum? Korang rasa?hehehe.. nampak x betapa tamaknya kami? macam bela saka pulak..
Hehehe..

Jom aku nak kongsi sikit picture makanan kitaorang. X sempat nak snap banyak2 sebab time ni dah lapar sangat..

image

X ingat nama teh ni..tapi teh ni dicampur dengan buah pelaga. Kitaorang order 1 pot. Sedap jugak la kecuali kalau korang jenis yang x suka rasa rempah ratus kot..

image

Nasi tu namanya ‘lamb madghut’. Sepinggan tu boleh makan 4 orang. Harga: RM25. Kitaorang yang makan berdua je ni opkos la kena tapau yang lebihnya..xbaik membazir..amalan syaitan tu..hehehe..

image

Yang ni pulak namanya ‘mix grilled’. Served dengan roti ala2 roti nan tapi xde la tawar macam roti nan. Set ni berharga RM25. Nampak x sos yang berwarna putih dalam pinggan tu? Sedap uols.. tu namanya ‘garlic sos’. Siap mintak extra lagi & kena charge RM 2.

‘Baqlawa’ & ‘Betefor’ tu pulak adalah pencuci mulut (manisan). Comel je size nya. ‘Betefor’ tu pulak ada macam2 perisa. Yang kami pilih jenis kelapa. Ada guna coklat & badam. Xberani nak order banyak2, takut x termakan.. xpe..al-Rawsha ni kat Shah Alam je..bukannya kat KL..so anytime boleh datang lagi kalau rasa teringin nak cuba..hehe..

Akhir kata (cewah..), dalam kita happy2 menyambut Syawal &  makan semua makanan yang sedap2 & lazat, jangan dilupa saudara2 kita di Palestine, Syria, Mesir, Myanmar dan negara2 lain yang kurang bernasib baik. Titipkan doa kita dalam setiap solat untuk keselamatan &  keamanan di negara mereka. Kalau berkemampuan, hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka. Bersyukurlah kerana negara kita masih dikira aman..

Alhamdulillah di atas nikmat-Mu ya Allah..

harrazshi’s blog