Mee Abu

Bismillah..
Assalamualaikum..

Baru sampai ke rumah dari Sg. Petani. Actually pagi2 lagi dah keluar dengan mak aku ke Sg. Petani untuk buat health screening untuk mak. On the way balik tu singgah kat kedai mee Abu di Bedong. Dah lama x makan mee Abu ni. Tetiba rasa teringin pulak nak makan. So singgah sekejap untuk bungkus & makan kat rumah.

Apa yang menariknya dengan mee Abu ni? Haa..actually mee Abu ni agak popular kat area Kedah. Selain kat Bedong, yang aku tau ada jugak kat Alor Setar. Tapi aku x sure lokasi kedai kat Alor Setar. Ni kira mee mamak la terdiri daripada mee rebus, pasembur & mee/kueu teow/bihun goreng. Kedai nya sempoi je uols. Tapi kalau yang suka makan makanan mamak tu, kira mee Abu ni termasuk dalam kategori sedap la.

image

(Nampak x betapa sempoinya kedai mee Abu ni)

Jangan x tau ok..makanan bergorengnya (mee/bihun/kue teow goreng) digoreng di atas api daripada arang okkay!! Bukan menggunakan dapur gas biasa. Tu yang menaikkan aroma & rasa mee goreng Abu ni.

image

(Dapur tu menggunakan arang uols..)

image

image

Lokasi kedai ni betul2 di pekan Bedong. Kalau korang dari arah Sg. Petani nak ke Alor Setar, sampai di traffic light Bedong, masuk simpang ke sebelah kiri. X sampai 50 meter korang akan melalui di bawah flyover (kat atas tu adalah landasan keretapi), then selepas melalui flyover tu korang akan nampak kedai mee Abu ni kat sebelah kiri.

Aku terlupa pulak nak tanya harga makanan kat sini. Total harga untuk 2 mee rebus + 2 kueu teow goreng + 1 mee goreng = RM17.50. Kira murah la kan??

So kepada sesiapa yang melalui Bedong & teringin nak makan mee mamak tu, boleh la singgah di sini;)

harrazshi’s blog

Advertisements

‘Customer Satisfaction..’

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai uols..panas betul cuaca sejak kebelakangan ni. Berpeluh2 jugak ni sambil tunggu kereta siap di servis. Servis kereta ni memang aku buat secara berkala uols.. Kereta ni ibarat nyawa aku jugak la ye. Bayangkan kalau xde kereta or kereta tetiba rosak? Mau jugak tunggang langgang hidup. Macam mana nak pergi kerja? Macam mana nak balik kampung? Macam mana nak keluar beli barang? Actually hidup aku memang sangat bergantung dengan kereta aku ni. Kalau balik kampung pun aku lebih suka drive sendiri sebab dapat jimat masa. Bayangkan kalau drive sendiri aku boleh sampai di kampung halaman ‘terchenta’ dalam masa 4 hingga 4 jam setengah je berbanding menaiki bas yang boleh cecah sampai 6-7 jam.

So servis kereta ni adalah benda wajib yang aku akan buat ikut schedule. Ni dah masuk tahun ke 8 aku bersama kereta aku ni. Alhamdulillah..setakat ni kereta ni x pernah buat hal lagi walaupun aku just pakai kereta buatan Malaysia je. So haruslah selalu servis ikut schedule supaya dapat memanjangkan jangka hayat kereta kesayangan aku ni. Kebiasaannya orang akan servis kereta mengikut 2 rules ni: jarak perjalanan or tempoh masa. Macam aku, aku akan servis mengikut jarak perjalanan. Means aku akan servis kereta bila jarak perjalanan bakal/sudah mencecah 5000km. So time ni aku akan ke bengkel kereta untuk buat routine service (servis asas) macam tukar minyak hitam & oil filter then bersihkan air filter.

image

image

(Berpeluh2 uols sementara nak tunggu kereta siap diservis..huhu)

FYI, sejak habis servis percuma dengan EON service, aku dah mula cari bengkel kereta biasa untuk servis kereta aku. Alasan? Actually ada banyak pro & con apabila aku pilih bengkel biasa ni.
Kebaikan:
•kos lebih murah
•aku boleh lihat kat depan mata apa yang mekanik tu tukar.
•boleh tanya directly tentang condition kereta & discuss terus dengan mekanik.
Keburukan:
•maybe barangan yang digunakan bukan alat ganti tulen proton (pandai2 la discuss dengan mekanik korang untuk pastikan korang dapat alat ganti yang terbaik)
•kalau dah nak tengok dengan mata sendiri servis yang dilakukan, haruslah berdiri & berpanas-panasan di hadapan kereta korang (pengalaman di EON service sebelum2 ni, just tinggalkan kunci, beritahu apa masalah kereta & bolehlah tunggu kereta sehingga siap diservis di dalam bilik menunggu berhawa dingin).

So tepuk dada tanya selera okkay..keputusan adalah terletak di tangan korang sebagai owner kereta.

Tapi ‘main topic’ aku hari ni adalah lebih kepada ‘customer satisfaction’ apabila kita membeli sesuatu barangan atau mendapatkan sesuatu servis. Sebabnya adalah kita bayar untuk barangan or servis yang kita dapatkan tu. Actually dah hampir 3 tahun aku servis kereta di bengkel yang sama. Tempat servis ni pun kawan aku yang recommend kan. Owner kedai ni adalah Chinese. Mostly pekerja kat sini adalah dari Myanmar aku rasa. Dulu ada seorang lelaki chinese  (lebih kurang macam pembantu bos la) yang aku rasa selesa untuk berurusan dengan dia. This guy sangat peramah & senang untuk discuss tentang masalah kereta & tanya pendapat dia. Nak tanya pendapat mekanik lain agak susah sebab mostly diaorang x berapa faham Bahasa Melayu. Bos pulak agak pendiam & macam susah je nak minta pendapat. Tapi sejak akhir2 ni aku dah x nampak lelaki pembantu bos tu. Macam hari ni pun, aku rasa macam geram je. Contoh macam aku nak buat ‘alignment & balancing tyres’. Macam xde orang yang boleh bagi pendapat sama ada perlu buat atau tidak. So lastly aku decide sendiri for do it (memandangkan dah lama aku x buat alignment & balancing tyres’).

Aku memang spesies yang agak teliti &  sedikit cerewet dalam melakukan sesuatu perkara. Dan apabila aku bayar sesuatu barang/servis, then barang/servis tersebut x dapat memuaskan hati aku, aku dah mula berfikir untuk mencari bengkel lain selepas ini.

So nasihat aku kepada korang yang terlibat dalam sebarang perniagaan, x kira la dalam menjual makanan, barangan atau menawarkan sebarang servis, jagalah kualiti barangan/perkhidmatan korang. Customer zaman sekarang dah semakin bijak dalam menilai mutu sesuatu barang/perkhidmatan yang korang tawarkan. Kalau dah barang/perkhidmatan yang ditawarkan x bagus, jangan salahkan customer kalau mereka beralih arah kepada peniaga lain. Kalau yang suka memberi maklumat x tepat kepada pelanggan, korang kena ingat!! Zaman sekarang maklumat semua kat hujung jari customer je. So jangan sesuka hati nak menipu customer okkay!! Buat kerja dengan ikhlas, in shaa Allah.. Allah akan lipat gandakan rezeki korang..

Saja ja nak share dengan korang pasal isu ni. Actually aku dah sampai kat rumah dah pun time ni;)
Total kos untuk servis kereta aku hari ni ialah RM145.

image

Servis yang aku buat hari ni:
•tukar minyak hitam           -RM 75
•tukar ‘oil filter’                 -RM 18
•tukar ‘air bateri’               -RM   2
•’alignmet’ tyre                   -RM 15
•’balancing’ tyre                  -RM 20
•labour charge                     -RM 15

Last aku servis kereta adalah pada september 2013. Yang aku perasan, caj untuk oil filter dah naik dari RM 15 ke RM 18. Caj ‘labour charge’ pun dah naik dari RM 10 ke RM 15. So macam mana korang as a customer x perlu cerewet dalam hal ini??? Everything kita bayar okkay!! Fikir-fikirkan…

harrazshi’s blog

Percutian Bajet ke Jakarta & Bandung (part 3)

Bismillah..
Assalamualaikum..

DAY 3 (06/02/2014)
Hari terakhir percutian..hari ni kitaorang akan bergerak ke Jakarta untuk pulang ke Malaysia. Tiket keretapi ke Jakarta adalah pada jam 12.05 tengahari & dijangka tiba di Jakarta pada jam 3.05pm. So pagi tu masih ada sedikit masa untuk beli ole2 di Bandung. Dari Malaysia lagi kami dah aimed untuk jalan2 di Pasar Baru serta Jalan Riau & Jalan Dago yang memang sangat terkenal dengan pelbagai factory outlet (FO). Tapi disebabkan oleh kekangan masa, kami x sempat untuk melawat even ke sebuah FO pun..huhu..

Bangun sekitar jam 5.45am, lepas bersiap & breakfast di hotel, terus berjalan kaki ke Pasar Baru. Sampai kat kedai jual kerepek Pasar Baru dah hampir jam 8am (malangnya kedai yang kitaorang janji tu baru nak dibuka..smlm cakap jam 7am dah dibuka). So sementara tunggu adik tu buka kedai (kedai adik ni berada paling depan), kitaorang masuk ke dalam kedai2 kerepek yang lain. So sempat gak la beli kerepek2 lain kat dalam tu. Banyak jugak pilihan makanan ringan kat sini untuk dibuat ole2. Ada kerepek ubi, kerepek bayam, pisang salai, dodol, kerepek perisa tomyam (yang tersangaaattt pedas) & yang paling menarik ialah kerepek pisang cheese. Memandangkan kitaorang akan menaiki keretapi ke Jakarta, so aku beli ala kadar je (malas nak angkut banyak barang). Sila tanya dulu dengan peniaga kerepek ni uols..sebab certain2 peniaga akan sealed bungkusan kerepek yang dijual & certain pulak just staple je bungkusan kerepek tu (ye la..korang mesti nak jaga kualiti kerepek yang korang beli kan..).

Selesai beli kat kedai ni, kitaorang pergi pulak kedai yang kawan aku dah janji dari semalam tu. Time ni, baru aku teringat yang aku belum beli lagi fridge magnet (FM). Tak boleh jadi ni..tshirt & FM adalah benda wajib aku beli kalau ke mana2 destinasi. Aku tinggalkan kawan aku kat kedai kerepek tu dan panjat tangga Pasar Baru. Kedai banyak yang belum buka. Hari sebelum tu time shopping, ramai je yang jual FM Bandung tapi aku yang sombong konon2 x nak beli lagi. Dah mula risau sebab x nampak pun orang jual FM (ye la..masih awal sangat). X puas hati, last2 aku approached 3 orang guard ni & salah seorang tu bermurah hati tolong carikan untuk aku. Ke hulu ke hilir dia bawak aku untuk dapatkan FM tu. Last2 turun ke kedai kat basement yang baru tengah duk bukak baru jumpa (memang rezeki aku la..hehe). Harga untuk 6 pieces ialah RP40000. Mintak kurang x dapat okkay!! (Mentang2 la diaorang tahu aku nak gak benda tu last minute..sikit pun x boleh kurang..huhu).

Selesai je, terus kitaorang dapatkan teksi untuk balik ke hotel. Tambang asal RP30000 (~RM10). Bila cakap nak singgah kejap kat Kartika Sari untuk beli kek, terus tambang jadi RP50000 (padahal Kartika Sari ni dah on the way nak ke hotel kitaorang..alasan driver kena bayar parking kat Kartika Sari). Pastu tanya lagi kalau terus ambil barang kat hotel & hantar kitaorang kat stesen keretapi, berapa dicaj? Driver tu cakap total RP70000. Mak aii..nampak sangat nak kenakan kitaorang padahal jarak dekat giler. Time ni kawan aku dah mula bengang & suruh je turunkan kitaorang kat Kartika Sari. Time ni pandai pulak driver teksi ni pujuk kitaorang. Last2 dealed untuk hantar kitaorang sampai ke stesen keretapi dengan RP60000. Kalau ikutkan hati memang x ingin kitaorang suruh dia hantar, tapi sebab nak cepat punya pasal, so redha jugak la walaupun sakit hati. Kat Kartika Sari pun, kitaorang masing2 cuma beli satu jenis kek je. Konon2 nak try la rasa kek yang dikatakan oleh kebanyakan bloggers sebagai sedap. Memang sedap kek Kartika Sari ni, tapi bagi aku xde la istimewa sangat kek ni (tu mengikut taste buds aku la ye..). Tapi x salah kan kalau korang beli & rasa sendiri dengan taste buds korang. Mungkin lain orang, lain citarasanya..

image

(3 jenis kek dalam 1 bekas yang dijual pada harga RP47000 = ~ RM16.. 2 kat tepi tu adalah kek coklat & kat tengah tu adalah kek cheese)

Selesai beli, terus balik hotel untuk ambil semua barang & check out. Jam baru menunjukkan pukul 9.30am, kami berdua dah terpacak kat Stesen Keretapi Bandung. Keretapi jam 12.05 tengahari, so kami just lepak2 je kat situ tunggu keretapi. Yang kelakarnya kawan aku sempat buat lawak cakap sempat lagi ni kalau nak g shopping kat Pasar Baru. Banyak la..kang kena tinggal keretapi baru tahu. Dah la tragedi terlepas flight masih menghantui kitaorang.

Dalam jam 11am, 2 orang lelaki berpakaian seragam merah-hitam mendekati & inform kitaorang keretapi ke Jakarta dah tiba. Mula2 ingatkan diaorang ni staff stesen keretapi tapi bila diaorang terus angkat beg kitaorang, baru kitaorang terfikir sesuatu. Rupa2nya diaorang ni adalah porter yang mengambil upah mengangkat barang orang. Pakaian diaorang sangat profesional okkay..mati2 ingatkan staff stesen keretapi. Tapi actually diaorang ni agak membantu gak, sebab nak berjalan ke keretapi kitaorang agak jauh. So kitaorang just follow je diaorang sampai ke seat kitaorang. Diaorang ni xde tetapkan sebarang bayaran. So kitaorang bayar la seikhlas hati (RP5000). Ok la tu memandangkan beg kitaorang boleh tahan berat. Lepas tu kitaorang tengok sepasang suami&isteri warga Indonesia pun bayar pada kadar yang sama.

Bagi aku coach kelas eksekutif ni sangat selesa. Ruang agak luas. Siap ada plug untuk charge phone or lappy.

image

(Time ni baru jam 11am..so coach masih lengang)

image

(Ruang yang sangat luas..sangat2 selesa untuk perjalanan selama 3 jam)

image

(Kat sebelah kanan tu adalah 2 plug yang aku maksudkan..make sure korang ada international adapter ye)

image

(Siap ada nama & nombor phone customer service person in charge lagi kalau korang ada sebarang masalah)

image

image

image

image

image

image

image

image

image

(Pemandangan dari dalam keretapi)

Seperti biasa, kalau menaiki sebarang jenis pengangkutan dengan rakan travel aku ni, aku akan duduk kat tepi tingkap (rugi je bagi kawan aku duduk sebab keje dia membuto je..hehe). Aku pulak jenis suka menghayati keindahan alam, nak2 lagi kat tempat2 yang aku baru first time jejakkan kaki. Dari mula keretapi bergerak, kitaorang dah start rasa pening. So dua2 terus telan ubat tahan muntah (risau gak takut termuntah dalam keretapi kat negara orang..hehe). Kat dalam keretapi ni ada dijual makanan. Sebab takut x sempat nak makan sebelum naik flight (kitaorang x add on meals dalam flight), so kitaorang decide untuk beli nasi goreng + air mineral berharga RP34000/person (~RM11)

image

(Not so bad la sekadar nak mengenyangkan perut)

Sepanjang 3 jam, aku sempat terlelap sekejap je (tu pun gara2 telan ubat tahan muntah). Kebanyakkan masa dihabiskan untuk melihat pemandangan kat luar tingkap keretapi. Memang sangat cantik pemandangan sawah2 padi di lereng2 bukit. Rajin masyarakat Indonesia ni. Walaupun tanah tu kecil, tetapi tetap dimanfaatkan untuk bercucuk tanam. Memasuki Jakarta, keretapi ni berhenti kat 2 stesen lain terlebih dahulu sebelum mengakhiri perjalanan di Stasiun Keretapi Gambir. Time ni jam dah menunjukkan jam 3.30pm. Keluar2 je dari keretapi, kitaorang cari toilet dulu. Tetiba bila terpandang ke sebelah kanan, woww..ternampak dengan sesuatu yang kitaorang dah aimed untuk bergambar bila berada di Jakarta!! MONUMEN NASIONAL aka MONAS.. Alhamdulillah..walaupun x dapat betul2 menjejakkan kaki di MONAS, dapat bergambar dari jauh pun jadilah…

image

(MONAS)

Lepas bergambar, terus bergegas cari teksi ke airport. Mula2 ada seorang driver teksi ni offer kitaorang untuk ke airport dengan harga RP150000 (~RM50) termasuk harga tol & parking. Risau takut ditipu, so kitaorang decide untuk cari teksi bluebird yang pakai meter. Rupa2nya naik teksi bluebird lagi mahal. Jarak dari Stasiun Gambir ke airport lebih kurang sejam perjalanan. Untuk penerbangan menggunakan Airasia, sila ke Terminal 3 ye..sampai je di Terminal 3, meter teksi dah menunjukkan angka hampir2 RP160000. Ingatkan tu je kena bayar, tapi total kena bayar ialah RP175000. Aku pun xsure sangat untuk apa sebab time ni kawan aku yang tolong bayarkan dulu. Sebelum tu, harga parking di Monas bernilai RP5000 & bayaran tol RP8000+RP5500 turut dibayar oleh penumpang ye uols..so korang  kira sendiri la total kos kat situ okkay! Sampai di Terminal 3 dah hampir jam 5.30pm. Actually dari dulu lagi aku teringin sangat nak merasa macam mana rasa macet di Jakarta (hehe..aku kan suka buat kerja gila). Pemandangan kota Jakarta pun kami hanya dapat nikmati di dalam perjalanan ke airport je (sudah ditakdirkan kami xde luck untuk jalan2 di Jakarta..). Tanya dengan adik driver teksi, jam berapa biasa macet. Jawab adik tu kebiasaannya time orang balik kerja sekitar jam 5pm. Tengok jam di tangan baru menunjukkan jam 4pm. So memang xde rezeki la nak merasa macet di kota Jakarta (xde rezeki ke atau bernasib baik? Nak lagi ke beli tiket flight baru kalau terlepas flight lagi kali ni?hehehehe). Sampai di airport, terus check in luggage & terus je masuk ke departure hall. Alhamdulillah..selamat sampai di airport untuk pulang ke Malaysia. Akhirnya flight kitaorang take off jam 6.55pm waktu Indonesia & selamat mendarat di LCCT jam 10pm waktu Malaysia. Sampai LCCT supper dulu lepas tu terus ambil teksi untuk pulang ke Shah Alam (RM64)

Tamatlah percutian selama 3 hari 2 malam kitaorang ke Indonesia. Walaupun masa agak terhad, tapi happy sangat sebab dapat holiday dengan bajet yang terhad melewati Bandung & Jakarta (walaupun kitaorang just singgah Jakarta untuk ke airport). Kalau ada rezeki lebih, nak pusing2 ke Jakarta pulak. In shaa Allah…

 

harrazshi’s blog

Percutian Bajet ke Jakarta & Bandung (part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

DAY 2 (05/02/2014)
Hari ni adalah hari ke-2 percutian kami di Bandung. Bangun tidur dalam jam 6am dah terang benderang kat luar (macam kul 7am waktu Malaysia). Kawan aku mandi dulu. Keluar2 je kawan aku tu dari toilet, masing2 dah ada idea baru untuk itinerary kitaorang hari itu. Rupa2nya sama2 ligat berfikir sempat ke nak jalan2 tengok Bandung kalau tiket keretapi jam 4.15pm petang tu. So lastly dua2 setuju untuk tukar tiket tu ke tarikh 6/2/2014. So kitaorang akan ada masa sehari suntuk untuk shopping & jalan2 di Bandung. So selepas breakfast, kitaorang berjalan kaki ke stesen keretapi untuk tukar tiket. Ok..nak cerita sikit pasal breakfast kat hotel ni. Actually masa check in, xde pulak receptionist tu cakap pasal breakfast termasuk dalam harga bilik. Tapi bila aku ke kaunter receptionist pagi tu, bapak tu bilang boleh breakfast kat tingkat 1 (senyum la kitaorang, x perlu keluar duit untuk breakfast pagi tu..ingatkan hotel berharga ~RM80/night, x included dengan breakfast..). Breakfast secara hidang cuma ada 4 pilihan menu: nasi goreng, mee goreng, mee rebus & roti bakar. Simple je masakannya tapi memang sedap. Kat sini, kalau korang nak order mee goreng, bersiap sedia lah untuk makan mee segera goreng pepagi buta (hahaha..aku dah terkena..ingat mee goreng macam kat Malaysia).

Selesai breakfast, terus gerak ke stesen keretapi. Untuk tukar tiket, dikenakan caj RP10000 (~RM3). Selesai tukar tiket, kitaorang jalan kaki untuk ke Pasar Baru ikut petua yang diberikan oleh receptionist hotel. X jauh sangat pun dari hotel. Kalau dari hotel, jalan kaki then masuk simpang sebelah kiri, jalan terus & kena naik jejantas untuk melintasi landasan keretapi. Jalan terus & nanti akan tersergam bangunan Pasar Baru. Sampai sini around jam 9.30am. Kebanyakkan kedai baru dibuka & keadaan agak lengang. Kitaorang mulakan aktiviti shopping dari satu level ke satu level bermula dengan aras basement dulu.
image

image

Pendek kata..macam2 ada kat sini. Dari handbag, kasut, telekung, tudung, kain, jubah, kerepek, barang kelengkapan perkahwinan dan pelbagai lagi. So nak tau apa yang menarik kat sini, kena la datang sendiri..Aku & kawan aku yang bukan kaki shopping pun boleh berada dalam Pasar Baru ni sehari suntuk. Bayangkan dari jam 9.30am sampai 4.30pm, still x habis2 jugak pusing2 dalam ni. Kalau x salah, Pasar  Baru ni dibuka dari jam 9am sampai 5pm. Kalau datang sini kena pandai tawar-menawar ye uols..macam kitaorang yang x pandai shopping ni, dapat harga ‘so & so’ je la.
image
image
image

Kalau ikut info kebanyakkan bloggers, kat level 6 ada food court yang menyajikan pelbagai jenis masakan indonesia yang menarik. Mula2 rasa macam nak cuba (nampak memang menarik semua kedai2 makan kat sini), bila sampai je kat situ, terlalu ramai pekerja kedai makan yang mendesak untuk singgah di kedai makan diaorang, terus hilang selera kitaorang nak makan kat situ (aku paling pantang kalau ada orang desak aku untuk beli sesuatu). Last2 kitaorang cari kedai yang agak tersorok & minum je kat situ. Dah nama pun melancong ke tempat orang, harus la kena rasa minuman spesial kat Bandung. So kitaorang order 2 minuman ni:
image
(Jus alpukat & soup buah..RP30000=~RM10)

Soup buah tu memang sedap la sebab campuran buah-buahan dengan susu pekat manis kalau x salah. Jus alpukat tu pulak bukan selera aku kot. Memang cukup pekat rasa buah avocado tu tapi aku memang x suka dengan rasanya.
Selesai minum, sambung lagi shopping sampai la seorang kakak yang jual telekung tu cadangkan kitaorang untuk lunch kat restoren masakan Sunda (Restoren Ampera) kat luar Pasar Baru. Senang je nak cari restoren ni. Keluar ikut pintu utama Pasar Baru, lintas jalan & belok ke kedai2 kecil di sebelah kiri, dah boleh nampak restoren ni.
image
(Pilihan lauk kat restoren Ampera)
image
(Pilihan lauk kitaorang..ayam, daging, ikan gurame & dalam daun pisang tu ialah telur masin kukus) 
image
(Unik..nasi dibungkus dalam daun pisang)

Total harga lunch kitaorang termasuk jus buah naga & air kelapa ialah RP78000 (~RM26). Memang sedap ok makanan kat sini. Kawan aku siap cakap nak repeat makan kat sini untuk lunch keesokkan harinya (tapi xde rezeki sebab the next day nya kitaorang terpaksa rushing untuk ke Jakarta). Yang aku perasan minuman orang Bandung ni sangat2 manis. Contoh..jus buah naga & air kelapa pun still dicampur dengan susu pekat/susu cair..sangat2 manis ok;)

Selesai makan, sambung lagi shopping dalam Pasar Baru. Sempat la aku rembat sehelai sweater, sehelai telekung, handbag untuk mak, 2 helai kain cotton, 12 helai tshirt bandung untuk anak2 buah, abang, kakak serta sebiji luggage. Luggage ni pun aku beli sebagai preparation untuk percutian dengan mak aku 2 minggu lagi..heeee..kalau aku sorang..aku lagi selesa dengan backpack..lagi senang nak bergerak.
Mesti korang pelik kan? Datang jauh2 ke Bandung..tu jer yang dibeli? Maaf..awal2 lagi aku dah inform ni ialah percutian bajet & lebih kepada travel untuk tengok tempat orang. Mengikut perjanjian aku & rakan travel aku, kami akan cuba berjimat sehabis mungkin & cuba untuk elakkan dari membeli barang2 yang x perlu. Senang cakap..tujuan kami ke Bandung/Jakarta adalah untuk melihat & merasai sendiri kehidupan masyarakat setempat serta merasai makanan tempatan kat sini. Bukannya datang untuk bershopping (walaupun tu la hakikatnya yang kami lakukan sehari suntuk dalam Pasar Baru..hihihi). Sebelum pulang ke hotel, kami sempat singgah kat kedai2 kerepek & berjanji dengan adik kedai tu untuk datang beli pagi esoknya. Time nak balik ni, kitaorang try cari teksi ke hotel. Satu teksi ni nak caj RP50000 (~RM17). Lepas tu ada pulak pakcik beca ni offer naik beca dia dengan harga RP30000 (~RM10). Mula2 kami tolak memandangkan barang kami agak banyak & dengan luggage bagai. Tapi lepas pakcik tu yakinkan kitaorang & kesian dengan beliau, so kami akur (dalam hati terdetik gak..gigih sungguh diaorang ni mencari rezeki..sama macam time aku beli telekung..aku cakap aku nak beli satu je..tapi dibukanya sampai dekat 10 pasang. Aku cakap xpayah bukak..kesian pulak diaorang nak lipat balik coz aku nak beli satu je pun..huhu). Merasa gak la naik beca dalam hidup aku. Tu pun bukan kat Melaka tapi kat Bandung uolss..

Sampai hotel, hari dah hampir senja. Waktu maghrib kat sini sekitar jam 6.10pm. Balik bilik..mandi & rehat kejap. Malam ni kitaorang akan dinner dekat ‘Paskal Food Market’ (PFM). Ni pun atas cadangan rakan travel aku. Actually kitaorang x pasti lokasi tempat makan ni. So just cari teksi dan minta dihantar ke sana. Perjalanan menaiki teksi ke PFM mengambil masa hampir 15-20 minit. Tempatnya agak tersorok ke dalam, di dalam kawasan perniagaan baru. Teksi ni caj kitaorang RP30000 (~RM10). Bila memikirkan susah nak dapatkan teksi untuk pulang, kitaorang just mintak nombor phone driver teksi tu & akan call dia selepas selesai makan. Happening gak PFM ni uols..sesuai la untuk lepak2.

image

(Teh botol & es jeruk..nasi komplit & nasi satay kicap)

Ok..teh botol & es jeruk tu pun merupakan minuman yang kami dah aim untuk try kat Indonesia. Rasa teh botol tu ala2 teh jasmine yang manis. Es jeruk pulak lebih kurang jus oren tapi rasanya memang superbbb!!! Ada banyak pilihan makanan kat sini. Masa kitaorang order nasi tu, ada gak bertanya kat adik tu. Makanan yang dijual kat setiap gerai ni halal ke? Adik tu jawab ‘tidak’. So aku tanya macamana nak tau halal ke x? So adik tu cakap lebih baik tanya dulu tu sebelum beli. So kepada yang muslim tu, SILA TAKE NOTE ye..

Selesai makan, kitaorang call teksi tadi untuk pulang. Time balik driver caj kitaorang RP40000 (~RM13) sebab dia kena datang ambil kitaorang. Balik bilik kitaorang x terus tidur. Sebaliknya kitaorang packing siap2 semua barang di dalam beg. Takut kelam kabut keesokkan harinya nak bertolak ke Jakarta. Malam tu berita kat tv masih menyiarkan tentang banjir di Jakarta. Tawakal je la..

Sekian untuk entry hari ke-2 di Bandung. Semoga kita di dalam rahmatNya sentiasa;)

# untuk aktiviti shopping, ‘currency converter’ Rupiah Indonesia & Ringgit Malaysia sangat2 perlu & sangat2 membantu. Korang boleh tengok contoh ‘currency converter’ yang aku buat dalam entry khas “currency converter”.
So korang boleh analyse sama ada harga barang yang ditawarkan dalam Rupiah tu berbaloi x kalau di’convert’ dalam Ringgit.

harrazshi’s blog

Percutian Bajet ke Jakarta & Bandung (part 1)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Letih selepas pulang bercuti dari Jakarta/Bandung pun belum hilang lagi walaupun dah hampir seminggu. Maklum la, travel dalam keadaan rushing & balik2 je terus kena masuk kerja. Trip ke Jakarta/Bandung ni selama 3 hari 2 malam je iaitu dari 4-6 Feb 2014 (nampak x gila x gilanya kitaorang? Hehehe)..

Plan asal:
•Day 1:turun airport di Jakarta (sebab harga tiket murah), jalan2 di Jakarta (melawat Monas, Masjid Istiqdal, Kota Tua, cari makanan tempatan & bermalam di Jakarta)
•Day 2:bertolak ke Bandung menaiki kereta api paling awal, shopping & makan2, then bermalam di Bandung.
•Day 3:bertolak pulang ke Jakarta menaiki kereta api then terus ke airport untuk pulang ke Malaysia.
Kita hanya mampu merancang, tapi akhirnya lain yang jadi..huhu..

DAY 1 (4/2/2014)
Flight kitaorang ke Jakarta adalah pada pukul 10am. Tiket flight ditempah secara online 2 minggu sebelum tu dengan harga RM208/person (return ticket). Plan awal nak ke sebuah pulau di Thailand dengan menaiki bas (maklum la bajet ciput kan..hehe). Tapi bila saja2 masukkan date & destinasi kat website Airasia tu, ada pulak promo tiket ke Jakarta. Hello kawan aku & x sampai 15 minit, booking kitaorang dah confirm (tu yang kadang2 mak aku membebel tu, suka sangat buat kerja gila). So tiba hari yang ditunggu2, terus call teksi untuk hantar kitaorang ke LCCT (Shah Alam-LCCT=RM72). Sampai di LCCT jam baru menunjukkan pukul 8.30am. So kitaorang breakfast kat Marrybrown dulu (RM 11). Lepas breakfast cari toilet bagai pastu melepak betul2 kat hadapan gate perlepasan antarabangsa. Time ni dah hampir2 kul 9.30am iaitu boarding time flight kitaorang. Tengok kat skrin monitor xde lagi status untuk flight kitaorang. Dan akhirnya bermulalah mimpi ngeri kitaorang..huhu…

Bila dah pukul 9.30am masih x keluar status flight kitaorang, terus je kitaorang ke boarding gate tu. Officer kat gate tu cakap kena cop dulu tiket yang kitaorang check in secara online kat kaunter depan tu. Sampai kat kaunter, officer kat situ cakap lari cepat2 untuk masuk ke departure hall ke gate T8. Selepas melepasi imigresen bagai, sampai kat gate T8 tu dalam jam 9.40am, xde pun status penerbangan ke Jakarta yang bertulis ‘gate close’ (ye la..baru 10 minit lewat je pun) Yang ada cuma status ke tempat lain. Kitaorang pun xde la fikir bukan2, just fikir maybe flight delayed kot (sebab time ni tengok gate sebelah2 tu still pamerkan tujuan destinasi yang gate dah close). Tapi bila tunggu punya tunggu, xde gak apa2 progress terus kitaorang tanya adik kat gate tu. Kata adik tu flight ke Jakarta memang dah depart kul 10am. Time tu actually dah jam 10.15am. Seriously kami berdua x terfikir lansung benda camni boleh berlaku. Time ni memang rasa bengang giler & rasa macam tertipu sangat2. Memang kitaorang sentiasa check update status flight, tapi memang x keluar lansung status flight kitaorang. So sebelum keluar balik, kena la pergi ke office imigresen untuk buat cancellation.

Keluar je dari departure hall, kitaorang cuba tenangkan diri dulu. Pastu baru discuss samada nak proceed or just balik rumah. Tapi sebab kitaorang dah nekad so lastly kitaorang ke kaunter untuk beli new ticket (walaupun tau harga tiket mahal). Time beli ni pun aku dah agak berangin..cakap dengan adik kat kaunter tu pun dalam intonasi yang dah ‘lain macam’. Tapi saluted gak la kat adik tu coz dia cool je layan kitaorang. Last2 aku berjaya control percakapan aku back to normal. Next flight ke Jakarta around 1.30pm & adik tu pun x berani nak jamin kitaorang sempat kejar ke x flight tu (bagus adik ni sebab bercakap jujur). Next flightnya around 6pm (tu dah lambat sangat dah tu). Tanya flight direct ke Bandung, jam 3pm. So ambil je la dengan harga RM370/person (one way..huhu). So banyak la masa kitaorang bersiar2 ‘melancong’ di LCCT. Sempat lunch nasi ayam (RM15)

Kali ni x nak pisang berbuah 2 kali, pukul 2pm kitaorang dah terpacak kat depan gate nak masuk departure hall tu. Dan akhirnya flight take off jam 3.15pm menuju ke Bandung. Touch down di Airport Husein Satranegara, Bandung 2 jam kemudiannya around 4.15pm waktu Indonesia (time Indonesia lewat sejam dari Malaysia).
image
(Bandung dilihat dari udara)
image
(Touch down di Bandara Bandung)

Airport Bandung ni comel je uols..melepasi imigresen terus je dah pintu keluar. Kat depan tu just ada satu kaunter kecil untuk perkhidmatan teksi, sebuah mart kecil & toilet. Time ni hujan dah mula turun dengan agak lebat. Kat imigresen ni pun ada hal lagi. Lepas beg di scan, kitaorang diminta ke satu side untuk diperiksa oleh pegawai imigresen tapi yang paling disyaki kawan aku la..habis bagpack kitaorang digeledah. Kami suspek besi penyokong kat belakang bagpack kawan aku tu puncanya sebab nampak beg tebal semacam je kan. Bila ditanya kepada pegawai imigresen tu, katanya banyak kes smuggling narkotik dari Malaysia. Wallahhualam..aku pun x sure. Tapi bapak..muka kitaorang ni ada ke muka macam smuggler?? Actually kitaorang faham, mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka & jika kita x bersalah, x ada apa yang perlu dirisaukan..cuma yang penting bagi kerjasama untuk memudahkan tugas mereka..

Keluar je pintu airport terus ke kaunter untuk dapatkan teksi. Bayar terus kat kaunter (RP40000= ~RM13) then kitaorang terus di bawa ke teksi Bluebird. Kitaorang mintak dihantar ke Stesen Keretapi Bandung untuk beli tiket keretapi. Mengikut plan B kitaorang, petang esoknya kitaorang akan menaiki keretapi untuk ke Jakarta & bermalam di Jakarta sebelum pulang ke Malaysia.
Sebelum sampai stesen, sempat tanya driver teksi lokasi Hotel Kenangan. Actually dari Malaysia lagi kawan aku dah aimed untuk stay kat hotel ni. Menurut driver teksi, hotel tu dekat je dari stesen keretapi. So kitaorang decide suruh teksi tinggalkan je kitaorang kat stesen & jalan kaki je ke hotel lepas beli tiket nanti.

Besar jugak Stesen Keretapi Bandung ni. Masuk2 je kat sebelah kiri dah ada skrin LED besar yang menunjukkan tarikh, waktu perjalanan serta destinasi keretapi. So kitaorang decide untuk beli tiket ke Stesen Gambir, Jakarta the next day tu pada jam 4.15pm. Anggaran perjalanan ialah 3 jam. Tapi bila nak beli tiket agak terkial2 x pasti cara pembelian. Nampak kaunter customer service terus je tanya kat situ. Rupa2nya sebelum beli tiket kat kaunter, kena isi satu form terlebih dahulu kat kaunter sebelah kanan pintu masuk. Dalam form tu kena isi butir2 pembeli beserta tarikh, masa & destinasi perjalanan. Nanti kena serahkan form ni masa nak beli tiket kat kaunter (bagus jugak cara ni untuk mengelakkan sebarang kesilapan sebab kita sendiri yang tulis butir2 perjalanan tersebut). Lepas tu boleh la ambil ‘nomor antrian’ dan tunggu sehingga dipanggil ke ‘loket’.
image
(Skrin kat sebelah kiri tu menunjukkan info jadual perjalanan keretapi & kat belakang tu adalah kaunter customer service)
image
(“Number 582 sila ke kaunter 8”..haa..lebih kurang macam tu la maksud ‘nomor antrian’ & ‘loket’ tu)
image
(Kaunter 6)

Untuk ke Jakarta, kitaorang memilih kelas eksekutif. Ada 2 pilihan harga iaitu RP90000 & RP80000. Bila ditanya pada adik kat kaunter tu apakah perbezaannya & kitaorang x berapa faham penjelasan beliau (sebab adik ni guna satu ‘word’ Bahasa Indonesia yang sebabkan kitaorang x faham), so kitaorang decide untuk ambil tiket berharga RP80000/person (~RM27).
image
(Ni tiket keretapinya ye..tarikh dah berubah sebab kitaorang pergi tukar balik tarikh tiket coz ada perubahan last minute dalam itinerary kitaorang)

Selesai beli tiket, kitaorang terus bergegas keluar untuk cari Hotel Kenangan. Time keluar dari stesen ni hari dah mula gelap & azan maghrib dah mula berkumandang. Risau jugak time ni memandangkan kitaorang berdua perempuan (Alhamdulillah, Bandung adalah tempat yang aman..xde apa2 yang patut dirisaukan sepanjang berada di Bandung). Keluar je stesen terus belok ke kanan, jalan dalam 300meter jumpa satu simpang ke kanan. Xpayah masuk simpang ni. Jalan ke depan sikit dah boleh nampak signage ‘Hotel Kenangan’.

Kami pilih bilik twin bed dengan kipas berharga RP240000/night(~RM80). Jangan risau ye. Cuaca di Bandung agak nyaman so pakai kipas pun dah cukup. Time malam walaupun just pakai kipas tapi terasa macam ada aircond pulak dalam bilik. Biliknya kecil je tapi bagi aku dah cukup selesa. Bilik bersih, ada tv & bilik air siap ada hot water lagi. Mandi & rehat2 sekejap sambil layan siaran tv Indonesia. Tengok berita, Jakarta dilanda banjir. Agak risau jugak la time ni mengenangkan esok kitaorang akan ke Jakarta.

Around jam 8pm, kitaorang keluar semula untuk cari dinner. Time ni actually dah rasa lapar sangat. Intai2 kat area hotel x nampak pun kedai makan. So kitaorang decide untuk menuju semula ke arah stesen keretapi. X confident dengan kedai makan yang kami jumpa, lastly kami singgah kat sebuah kedai kek untuk alas perut. Pastu jalan ke hadapan sikit dari stesen keretapi, terjumpa sebuah kedai makan yang nampak agak bersih. X pasti masakan padang ke apa, tapi lauk pauk yang dipamerkan kat hadapan pintu kaca kedai sangat menarik perhatian;)(x ingat nak ambil gambar kedai..nama kedai ni Minang apa ntah..dah x ingat).
image
(Makan malam kitaorang..simple but tasty..total harga RP30000=~RM10)

image
(Masa tengah pilih lauk..air suam & air basuh tangan dah tersedia dihidangkan)

Sebelum tu kitaorang ada beli simcard simPATI (RP20000=~RM7) kat satu kedai ni, tapi adik tu x pandai nak aktifkan untuk kitaorang. So kitaorang pun mintak tolong la owner kedai makan tu untuk aktifkan simcard ni. Kebetulan owner kedai makan ni memang sangat peramah. So sempat la bertukar2 info pasal ‘kartu’ (kad pengenalan) Indonesia & Malaysia (bertambah lagi satu pengalaman..hehe). Rupa2nya, nak aktifkan simcard ni hanya perlu register nama & no. kad pengenalan je. 

Selesai je makan, dah x sanggup dah nak berjalan kaki pulang ke hotel (walaupun jarak x de la jauh sangat). So tahan je teksi & dicaj RP30000 (~RM10) untuk 2 orang (pejam mata je la bayar sebab time ni dah mengantuk sangat..huhu). Sampai hotel terus je tidur. Kena la recharge tenaga untuk aktiviti shopping di Pasar Baru keesokkan harinya;)

Tunggu next entry ye untuk cerita pasal Pasar Baru ni. Macam yang dah aku mention sebelum2 ni, aku bukanlah seorang kaki shopping. Tapi bila sampai Pasar Baru, memang ‘gelap mata’ la tengok barang2 dia. Rasa macam nak borong semua benda balik ke Malaysia..hehehe.. Dah2..ni dah lebih2 pulak bercerita..tunggu dalam next entry ok..

Moral of the story:
# make sure ringankan mulut untuk bertanya benda yang korang rasa kurang pasti..contoh macam status flight kitaorang yang x keluar2 kat skrin..naya je kena beli tiket flight baru. X salah sekali-sekala sebagai customer korang buat2 jadi fussy sikit.
# hati2 dengan tempat makan korang kat Bandung. Pilih kedai yang bersih & elakkan beli makanan di gerai2 tepi jalan untuk elakkan keracunan makanan (tapi kalau korang jenis sukakan adventure & bersedia untuk diarhea & muntah2..dipersilakan try la makanan2 kat tepi jalan..memang banyak pilihan makanan..kitaorang pun teringin nak rasa bubur ayam & bakso kat tepi jalan TAPI x sanggup nak tanggung risiko.
# sebelum menaiki teksi, pastikan korang tanya dulu harga. Try untuk tawar harga yang dirasakan berbaloi untuk pihak korang & driver teksi.
# kalau main redah je (walk in) untuk cari hotel, make sure korang mintak dulu untuk tengok condition bilik & toilet sebelum setuju untuk buat bayaran..kadang2 apa yang korang review kat website diaorang maybe x sama dengan ‘condition semasa’ bilik tersebut.
#Cuaca di Bandung agak nyaman, walaupun bilik kitaorang hanya ada kipas, tapi langsung x rasa panas malahan rasa sejuk kipas pun ala2 sejuk pakai aircond (ni pengalaman time aku pergi la ye, xpasti la kalau korang pergi time lain, lain pulak cuaca nya)
# xsalah untuk jadi sedikit fussy (tapi berpada-pada la ye..) dalam memilih benda yang akan kita bayar. Walaupun percutian tu percutian bajet, tapi kita masih mengeluarkan duit poket kita..

harrazshi’s blog

Currency Converter

Bismillah..
Assalamualaikum..

Sebelum aku story pasal percutian ke Jakarta/Bandung, kena la story sikit pasal currency converter kan. Maklum la ke Bandung uols..syurga membeli-belah kot. Harus la ada currency converter untuk semak harga dalam Ringgit Malaysia. Nak2 pulak matawang Indonesia Rupiah  (RP) kan besar2 nilainya. Kang pening pulak nak main congak2 masa nak bayar nanti. Kalau macam matawang Thailand (bath) senang sikit nak congak. Buang satu je nilai ‘0’. Contoh kalau korang beli barang harga 100bath, actually bersamaan dengan RM10 je. Kalau barang tu harga 1500bath bersamaan nilai RM150 je.

So sehari sebelum berangkat ke Indonesia, aku dah sediakan currency converter ni. Malas nak taip & print bagai…so aku tulis guna tangan je.

image

(Currency converter  versi aku..hehehe)

Bukan satu uols aku kena prepare, tapi dua. Satu lagi tu untuk rakan travel aku. Siap demand lg untuk aku laminate bagai. Xde kojo aku nak layan permintaan kawan aku. Last2 aku balut je guna silotape..hahaha..so tahan lasak sikit kalau kena hujan;p

image

(Hasil akhir…kalis air)

Yang aku buat ni pocket size je ye..so senang boleh capai anytime dari dalam poket. Ni pun bukan ikut nilai semasa sangat pun. Tapi boleh la sebagai asas rujukan. Kalau korang perasan kat atas tu nilai RP1juta = RM274 kn? Tapi sehari sebelum aku ke Indonesia iaitu pada 3 Feb 2014, rate untuk RP1juta = RM 382 (rate ni berubah setiap hari ye uols).

Ada gak rakan travel aku baca kat blog2 lain kaedah lain untuk buat anggaran nilai RP & RM ni. Kaedah ‘bahagi’ dengan 3000. So kalau korang beli barang berharga RP10000, so 10000 tu korang ‘bahagi’ dengan  3000, so harga barang tu lebih kurang dalam RM3.30 camtu (RP10000÷3000=RM3.30). Actually nilainya x la tepat tapi anggaran tu sangat membantu korang untuk tau harga barang tersebut dalam RM. Tapi kaedah ni memerlukan calculator kecil sentiasa berada di tangan macam yang dibuat oleh rakan travel aku..hehehe..

Rasanya tu je kot yang aku nak kongsi dengan korang. Nampak cam remeh je kan topik ni, tapi actually sangat membantu kot terutama untuk mereka yang ‘gila shopping’.

Selamat malam..semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah..ameen…

harrazshi’s blog

Percutian Bajet ke Jakarta & Bandung

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

(Bandung)

image

(Jakarta)

Alhamdulillah..selamat sampai ke Malaysia malam tadi dari percutian ke Jakarta & Bandung. Percutian ala2 backpackers, bajet & sangat singkat. Itu adalah tajuk asal percutian ni sebelum memulakan langkah dari rumah. Tapi selepas keluar dari rumah, lain pulak ceritanya. Sama macam ke Krabi tahun lepas, trip kali ni pun, aku & rakan travel aku main redah je. Kitaorang just booked tiket flight je.hehehe..

Trip kitaorang hanya 3 hari 2 malam untuk cover Jakarta & Bandung. Cukupkah masa??? Memang jawapannya x cukup okayy!! Yang tu kitaorang memang noted sejak sebelum booked tiket flight lagi.hehehe..Tapi memandangkan ni pengalaman pertama ke Indonesia, syukur kerana Allah tetap mengizinkan kami berdua untuk menjejakkan kaki di Jakarta & Bandung untuk melihat kehidupan masyarakat Indonesia dari ‘kaca mata’ kami sendiri.

In shaa Allah..tunggu dalam next entry ok. Nanti aku akan ceritakan pengalaman percutian 3 hari 2 malam aku ke Jakarta & Bandung, ditambah lagi dengan benda2 yang x dijangka. Tetapi percayalah..pengalaman pahit manis itulah yang aku menambahkan pengalaman hidup kita & akan mengajar kita tentang erti kehidupan;)

Percutian bajet ke Jakarta & Bandung (part 1)

harrazshi’s blog