Losmen Utar

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Dah hampir sebulan rupanya aku pulang dari percutian ke Yogjakarta. Tapi masih belum ada mood nak update entry pasal Yogjakarta..huhu..

Xnak update dulu pasal aktiviti kat sana tempoh hari. Hari ni aku nak bercerita tentang penginapan bajet kami di Jalan Malioboro iaitu di Losmen Utar. Kami ke sana memang langsung x booking apa2 melainkan booking tiket flight semata-mata (tu pun beli time promo masa bulan Februari lepas).

Losmen @ guesthouse ni terletak di Jalan Malioboro. Dari bus stop Jalan Malioboro, jalan depan sikit then lintas jalan, korang akan berjumpa dengan pintu gerbang ni – Sosrowijayan Witen.

image

Masuk je jalan ni, then kat dalam ni ada banyak pilihan hotel dari yang ada “bintang” sampai la yang x ber”bintang”. Yang menariknya..disepanjang jalan ni, ada lagi losmen2 di celah2 lorong.

image

image

Ok..masuk je pintu gerbang tu..jalan lagi dalam 200 meter, then korang akan berjumpa dengan lorong kecil (muat untuk motorsikal je) kat sebelah kanan & akan ada signboard macam kat atas ni. So segala hotel & losmen yang tertera namanya kat atas tu, memang semuanya terletak di dalam lorong ni. Nampak x sign “1001 Malam Hotel” (yang keempat dari bawah) tu? Tu antara tempat penginapan yang agak famous tapi harganya agak mahal la. Saja ja gediks singgah kat hotel ni tanya harga. Memang cantik uolss.. x dapat stay kat situ..dapat tengok surrounding dia pun jadi la..

Actually..kat lorong ni terdapat banyak guesthouse..tinggal lagi nak pilih yang berkenaan di hati & mengikut bajet masing2 je..mostly losmen yang ok sikit bermula dari harga Rp 150,000/night (room with fan) & Rp 200,000/night (room with aircond). Jangan risau..kat sini korang memang boleh view dulu bilik sebelum confirm nak stay. Macam kitaorang..ada jugak la 3 hingga 4 losmen yang kami view dulu..last2 decided untuk stay kat Losmen Utar ni selama 4 hari 3 malam..

image

image

image

image

Harga losmen di sini memang sangat berbaloi. Kitaorang ambil room with air conditioning baru berharga Rp 200,000/night..siap ada attached bathroom + free bteakfast + WiFi. Mana nak dapat kalau kat tempat lain. Siap ada free flow untuk coffee & tea.. aku kan “hantu coffee”, so aku rasa pagi petang siang malam..memang muka aku je la yang duk ngadap tempat buat coffee tu..ngeeee..

Cuma 1 je la yang ralat sikit..lepas buat payment untuk stay sini..baru perasan owner dia maybe kristian kot sebab terpandang patung salib kat pintu keluar. Dah la nak jimat punya pasal, setiap pagi kami duk order nasi goreng (bukan apa..perut Melayu kan..makan nasi goreng perut boleh la tahan sampai tengahari). Nasib baik nasi goreng dia plain je dengan telur. Kalau ada letak sebarang daging or ayam..confirm aku x sentuh punya nasi tu). Dan aku bertambah yakin yang mereka pun faham bilamana anak buah owner ni (Mas Nurdin – kami ambil pakej Borobudur-Merapi-Prambanan dengan dia), adalah seorang Muslim & dia memang sentiasa lepak kat losmen ni..tawakal je la..

Seriously..aku memang suka dengan Losmen Utar ni..very cozy..walaupun kedudukannya agak terceruk di celah2 lorong..

Kalau korang x yakin nak tinggal sini terutama bab untuk breakfast..boleh cari 1 losmen berdekatan Masjid Nurul Huda (owner dia memang Muslim..siap berserban & berpurdah lagi..mungkin bukan rezeki kami dengan diaorang..huhu..Ya Allah..ampunilah kami..)

harrazshi

Advertisements