Last day bekerja di Shah Alam..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..baru selesai iron baju untuk pergi kerja esok..esok, Ahad (26 April 2015), merupakan hari terakhir aku bekerja di tempat kerja aku di Shah Alam ni. Actually..officially aku tamat kerja adalah pada 19 April 2015 lepas. Tapi memandangkan x cukup staff, so aku terpaksa “cover” sampai esok. Macam2 perasaan bercampur baur. Gembira sebab dapat balik kampung untuk menjaga mak aku, gembira jugak untuk meninggalkan beberapa orang manusia kat sini yang memang aku x suka. Sedih untuk meninggalkan kawan2 sekerja yang memang best giler. Susah senang sama2 harungi. Juga perasaan takut untuk memulakan tugas di tempat baru di Kedah. Bos baru & kawan2 baru..aku pun x pasti macam mana penerimaan diorang terhadap staff baru yakni aku. Cuma aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Barang2 pun x habis packing lagi.

Actually, aku pun agak terkejut sebab aku tamat perkhidmatan dalam masa x sampai 2 minggu dari tarikh aku hantar resignation letter kepada HR company. Notis 3 bulan kot. Tapi memandangkan cuti aku yang masih berbaki 69 hari, lepas aku hantar resignation letter pada 10 April 2015, HR officer beritahu last day aku kat tempat kerja aku adalah pada 19 April 2015.

Doakan yang terbaik untuk aku. 1 bab dah settle bila aku di offer kerja di Kedah. 1 bab juga settle bila aku berjaya menghantar resignation letter walaupun time tu perasaan masih berbelah bagi. Tinggal lagi nak mengemas barang2,  berpindah ke Kedah serta memulakan tugas di tempat baru. 

Tawakal je la pada Allah..
Robbiyassir wala tu’assir..

Selamat malam;)

04082008-26042015..in memory;)

harrazshi’s blog

Advertisements

The Sumbs, Shah Alam

image

(Harga yang agak affordable)

image

(Churros dip with chocolate..bagi aku agak berminyak..ntah ler..aku memang x berapa gemar dengan benda2 manis)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Baru balik dari menonton “Fast & Furious 7” kat MBO Space U8. Memang layan habis la..memang best movie ni. Tapi tu bukan topik utama aku nak story. Sebelum tengok movie, aku sempat singgah kat The Sumbs untuk dinner. Actually dah lama tau tentang kewujudan tempat makan ni. Cuma x pernah berkesempatan untuk pergi. Bagi aku The Sumbs ni ok la. Harga pun x terlalu mahal & ada pelbagai variety makanan. Menu dinner kitaorang ialah “chicken parmigiana”, “dendeng daging with rice” & “churos”.

# tetiba x boleh upload pulak pic “chicken parmigiana” & “dendeng daging”. Haisshhh…stress..dah la merajuk..jom tido..huhu..
“bismikallah humma ahya waamut”..

harrazshi’s blog

Percutian ke Sabah 2012 (part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

26 September 2012
Memasuki hari ke-3 di Sabah. Bangun seawal jam 6 pagi, setelah bersiap terus turun ke cafe hotel untuk breakfast. Aktiviti hari ini adalah melawat ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Selesai breakfast, kami terus dijemput untuk ke Jeti Jesselton. Jeti ni masih di dalam kawasan bandar KK. Dekat je pun dengan hotel tempat kami menginap. Dari sini kami akan dibawa menaiki bot untuk melawat Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Pulau yang kami akan lawati ialah Pulau Manukan & Pulau Sapi. First pulau yang kami singgah ialah Pulau Manukan untuk aktiviti snorkeling. Snorkeling hanya di tepi2 pantai je pun. So dapat la tengok ikan-ikan ala2 ikan nemo yang sangat colorfull tu. Time ni x nampak pulak coral yang cantik-cantik. Mungkin kitaorang salah pilih “port” kot..hahaha.. seterusnya kami di bawa menaiki bot ke Pulau Sapi. Pulau Sapi lebih “happening” dengan manusia. Siap ada khemah-khemah yang dibawahnya ada meja & kerusi untuk pengunjung. Rupa2nya kami akan lunch dekat sini nanti. Package kami hari ini merangkumi lawatan ke pulau, snorkeling & lunch di Pulau Sapi. Time ni langsung tak rasa macam berada di Malaysia. Tempat ni hanya dipenuhi oleh pelancong-pelancong luar. Mostly mat saleh & mungkin pelancong dari China. Sempat jugak berbual dengan 1 group aunty & uncle yang sangat peramah ni..mereka dari Hong Kong. Exclusive kot lunch kat sini. Sampai2 je, tour guide suruh pilih meja mana yang kami suka. Rupa-rupanya, meja tu memang akan menjadi milik kita dari sampai hingga la kita pulang. So segala beg & barang kita boleh je longgok kat situ. Time ni rasa macam “mem” besar yang ada bodyguard. Maklum la..tour guide tolong jaga barang-barang kami sementara kami sibuk jalan-jalan di sekitar pulau & melakukan aktiviti snorkeling. Dah x perlu risau tentang beg & barang berharga semua. Tapi aku rasa tempat ni memang selamat kot. Mat saleh sebelah meja kitaorang selamba je siap tinggalkan camera DLSR dia atas meja lagi tanpa ada sesiapa yang tengokkan. Tuannya time tu xtau lesap ke mana. Sampai time lunch, so kena la beratur untuk ambil makanan secara buffet. Memang meriah jugak menu dia. Ada ikan bakar, nasi, bihun.. kambing golek pun ada..selesai makan, kami teruskan aktiviti snorkeling. Time ni kebetulan kami dapat “port” yang betul. So memang best boleh tengok coral yang sangat cantik. Sejuk giler air laut sampai lupa yang kami tengah snorkeling kat tengah2 laut time tengahari buta..huhu..masak la..memang confirm sunburn teruk..

image

(Bergerak dari Jeti Jesselton ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman)

image

image

(Pantai di Pulau Manukan..kelihatan sedikit kotor sebab malam sebelumnya hujan turun dengan agak lebat)

image

image

image

(Lunch di Pulau Sapi..)

Kami meninggalkan Taman Tunku Abdul Rahman around jam 3 petang untuk pulang semula ke hotel. Sampai di hotel, mandi, solat & rehat kejap, then keluar balik untuk jalan2 di sekitar KK. Misi kami untuk ke area waterfront & pasar Filipina. Sebab xsure arah jalan, just tanya kat receptionist hotel je. Memandangkan esok dah nak balik ke Semenanjung, so kitaorang terus je decide untuk start membeli apa2 yang patut (opkos la ole2 dari Sabah..heeeee). Aku siap borong kuih cincin & amplang sebagai ole2 untuk kawan2 & family aku. Total semua rm120. Suruh pakcik tu packing cantik2 (senang nak campak masuk flight), kitaorang tinggalkan dulu kat kedai tu. Jalan2 dulu sekitar pasar Filipina. Dinner malam tu kitaorang makan soto di pasar malam berdekatan pasar Filipina. Time ni, badan dah rasa letih..so makan pun main sumbat je dalam mulut..huhu.. Actually rambang gak mata tengok pelbagai jenis makanan laut yang dah siap dibakar dijual di sini. Tambahan lagi orang cakap Sabah kaya dengan pelbagai jenis seafood yang murah. Hajat hati memang nak cuba. Memandangkan awal2 lagi tour guide dah pesan supaya hati2, so kitaorang xberani nak cuba. Katanya tour guide, mostly seafood ni yang x habis untuk jualan hari tersebut, akan disimpan & dibakar semula pada hari2 berikutnya (aku x nak la buat spekulasi kat sini..cuma korang kena berwaspada la..kalau yakin..xde masalah untuk mencuba..aku yakin ramai lagi peniaga yang jujur dalam dunia ni..mungkin segelintir je yang x jujur & “membusukkan” nama peniaga2 lain).

image

(Pasar Malam Sinsuran..time malam, tempat ni sangat meriah dengan pelbagai hasil jualan)

image

(Kami beli kuih cincin & amplang kat bangunan hijau ni, atas sikit tu ialah Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan)

Malam tu jugak kami sempat terjah ke satu pasar malam (dah x ingat namanya..huhu). Sempat la rembat t-shirt Sabah, kain batik, dan kerongsang mutiara Sabah. Time ni aku beli kerongsang mutiara yang fake je. Habis membeli kat sini, jalan2 pulak kat depan waterfront. Sempat pulak tu singgah massage kaki kat tempat open tepi waterfront. Siap ada skrin besar kat depan kitaorang yang memainkan klip video lagu2 yang mendayu2..sambil2 baring2, kaki diurut2, layan lagu2 yang best..sampai terlelap-lelap la dibuatnya..hahaha..

Habis je urut kaki, kitaorang decide untuk pulang je ke hotel. Time ni rasa ngantuk & letih sangat. Tu pun berani mati lagi, decide untuk angkut kotak berisi amplang & kuih cincin tu sendiri. Konon2 x nak naik teksi..jimat la konon. Dah macam pendatang Filipina dah gaya kitaorang..hahaha..balik je terus tidur x ingat dunia..huhuhu..

27 September 2012
Hari terakhir di Sabah. Hari ni aktiviti “free & easy”. Tour guide hanya akan datang jemput kitaorang untuk ke airport je petang nanti. Selesai breakfast kat hotel, terus keluar untuk menamatkan misi di Sabah. Pagi tu terus je terjah pasar Filipina.  Sempat la beli dompet comel untuk mak aku, kain batik basah untuk abang2 aku, keychain untuk anak2 buah & fridge magnet untuk koleksi diri sendiri. Next destination, kami nak cari kedai Jamilah’s Jewellery yang menjual pelbagai jenis kerongsang, cincin, rantai berasaskan mutiara Sabah. Memang giler duk tengok pearl dalam kedai ni. Bermacam2 jenis warna & harga. Aku hanya beli 3 set kerongsang untuk mak, kakak & kakak ipar aku. Untuk diri sendiri pun xbeli, aku memang x suka dengan aksesori2 perempuan ni..membazir je kalau aku beli tapi x pakai.

Selesai beli semua, hari dah tengahari, tapau makanan dan balik makan kat hotel. Disebabkan flight kitaorang around jam 5.30pm, dan kami pun agak kelam-kabut dengan barang yang belum habis packing, so kami decide untuk buat late check-out dari hotel. Akhirnya, dalam jam 2 petang, baru kami check-out. Siap tour guide offer datang ambil untuk jalan2 last minute. Sempat la dia bawak kami ke sebuah kedai menjual pelbagai jenis coklat. Lepas tu dia cakap, dia kena ambil tourist yang baru sampai di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Kami ok je. Maklum la, kitaorang kan naik Airasia je..turun pun kat terminal 2 je..so sekurang2nya..dapat la tengok macamana rupanya KKIA. Lepas ambil tourist tu, tour guide kitaorang kena hantar diaorang ke resort area Tanjung Aru. Walaupun x mampu nak stay kat resort mahal camtu, dapat masuk area resort tu pun kira okkay la kan..Akhirnya..kami di hantar ke Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk pulang ke Semenanjung. Flight kitaorang lebih kurang jam 6.30pm.

Seriously..percutian ke Sabah ni sangat best & sangat berbaloi..dapat menikmati keindahan Gunung Kinabalu & merasa suasana nyaman di Kundasang. Dapat juga melakukan snorkeling & mandi-manda di pulau2 Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Seterusnya dapat shopping di Jamilah’s Jewellery & Pasar Filipina di KK.. inshaa Allah..kalau ada rezeki lebih, aku nak repeat lagi pergi bercuti ke Sabah;)

Terima kasih ya Allah di atas kesempatan & rezeki yang Engkau berikan untuk menerokai bumi ciptaanMu;)

Akhirnya, tamat jugak entry pasal percutian ke Sabah ni. Huhh!! setelah hampir 2 tahun setengah ke Sabah, baru berjaya siapkan entry pasal Sabah. Lepas ni kena kuatkan semangat nak tulis entry pasal percutian ke Medan pulak. Dah hampir 4 bulan berlalu..masih xde mood nak menaip pasal percutian ke Medan..huhuhu..

harrazshi’s blog

Percutian ke Sabah 2012 (part 1)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Entah kenapa tetiba terasa nak story tentang percutian aku ke Sabah lebih kurang 2 setengah tahun yang lepas. Tetiba terasa nak abadikan momen2 indah tersebut kat dalam blog (a.k.a diari peribadi aku) ni..hehehe.. Aku bukannya orang kaya yang selalu boleh pergi bercuti ke Sabah. Maybe ni je pengalaman sekali seumur hidup aku menjejakkan kaki ke Sabah. Kalau ada rezeki lebih..dah tentu aku akan explore ke tempat lain pulak.

Percutian aku ke Sabah adalah pada 24-27 September 2012. Pergi berdua dengan rakan travel aku. Kitaorang pakai travel agent memandangkan time ni malas nak kacau kawan2 di Sabah. Konsepnya..kalau nak buat sesuatu..x payah la nak menyusahkan orang lain. Package kitaorag adalah rm800++/pax untuk percutian 4 hari 3 malam. Package ni merangkumi pengangkutan termasuk tour guide cum driver (cum bodyguard..hehehe), penginapan 1 malam di Kundasang dan 2 malam di Kota Kinabalu (KK). Flight ticket Airasia pun ditempah melalui travel agent (around rm300++/pax). Aku pun dah x ingat exact amount. Yang aku ingat..total kos untuk package & flight ticket memang mencecah rm1200/pax.

24 September 2012
Flight kitaorang adalah pada awal pagi 24 September 2012. Sengaja pilih hari Ahad semata-mata nak merasai kemeriahan pasar Gaya di KK.. Sampai di Terminal 2, Airport KK, dah sedia menanti tour guide kitaorang. Kalau ikut itinerary hari pertama, kitaorang akan melawat beberapa tempat menarik di KK sebelum bertolak ke Kundasang. So sempat la melawat ke Muzium Sabah & bergambar di hadapan bangunan Menara Tun Mustapha, Likas. Ada beberapa lagi tempat menarik yang kitaorang terpaksa skip semata-mata nak ke pasar Gaya yang hanya dibuka pada setiap hari Ahad. Actually lawatan ke pasar Gaya ni x termasuk pun dalam itinerary. Tapi disebabkan teringin sangat nak datang ke pasar ni, so kami buat la special request kat tour guide kami (lagipun pasar ni di tengah2 bandar KK..mustahil tour guide kami ada alasan untuk x nak bawak kami kot..hehehe..). Macam2 yang dijual di sini. Dari cenderahati, kraftangan, makanan, pakaian hingga la ke binatang peliharaan seperti arnab, burung & kucing, semua ada dijual di sini. Aku just sempat rembat keychain & biji kopi Sabah (siap dikisar di depan mata lagi uols..memang fresh dari ladang..hihihi). Masa kami sampai, hujan dah mula turun renyai2..so kami x lama kat situ.

Habis je jalan2 kat pasar Gaya, terus tour guide kami memecut untuk ke Kundasang. Time ni hati berbunga-bunga riang. Tak sabar nak tengok keindahan Gunung Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih lebih dari 2 jam. Perjalanan yang agak lama menyebabkan mata semakin mengecik. Tengok kawan aku kat sebelah dah start tidur dengan nyenyaknya (memang mengantuk kot..bangun dari jam 4am coz flight kami around jam 6.45am). Aku macam biasa la, mana2 tempat yang aku belum pernah sampai, aku memang akan perhatikan keadaan sekeliling..giler ko nak tidur pergi jalan tempat orang. Bukan hari2 pun ko boleh lalu tempat tu..biar la kiri kanan jalan tu xde apa pun melainkan hutan..muahaha..

On the way tu, tour guide saja je berentikan kitaorang kat Jambatan Gantung Tamparuli. Wahhh..excited giler time ni. First time kot naik jambatan gantung yang merentasi sungai yang besar. Tour guide siap suruh kitaorang seberang sungai  tu melalui jambatan gantung then dia tunggu kitaorang dengan van kat seberang sana. Sampai je kat seberang sungai tu, kami berhenti untuk makan tengahari. Makan kat kedai sempoi2 je. Ni own expend lagi. Perjalanan diteruskan. Memang jalannya mendaki je la.

Akhirnya kami sampai di pekan Kundasang. Best giler kot cuaca di Kundasang ni..nyaman giler ala2 Cameron Highland. Sempat juga singgah di gerai2 tepi jalan yang banyak menjual buah-buahan & sayur-sayuran. Sempat gak la membeli sedikit buah-buahan yang dah siap dipotong untuk di makan malam nanti.

image

(Pemandangan di Kundasang..belakang tu adalah Gunung Kinabalu..nasib x menyebelahi kami, sepanjang masa memang Gunung Kinabalu terlindung dengan kabus).

image

image

(Gerai yang menjual pelbagai jenis sayuran, buah-buahan & bunga..ada jugak dijual padi bukit, madu & tuhau)

Sampai di hotel pun, hari dah agak lewat. Excited giler bila dapat tau bilik kami di upgrade ke mountain view. Balconi kitaorang mengadap Gunung Kinabalu uols..Ambil kunci, masuk bilik untuk rehat dan solat kejap, then keluar balik untuk jalan2 di sekitar resort. Then terus je dinner kat restoran. Dinner kat sini memang mewah dengan sayur-sayuran segar. Paling x boleh lupa ialah buah betik kundasang. Memang sangat manis..sangat sedap hingga menjilat jari. Habis je dinner, hujan turun dengan lebatnya. Memang menggigil2 kesejukan kitaorang. Malam tu sebelum tidur siap mintak extra blanket lagi. Sejuk sangat-sangat. Tapi yang paling best, staff2 kat situ sangat peramah & baik hati (Nora bagi 10 bintang..hihihi).
Malam tu tidur sambil gigil2 kesejukan.
Next day bangun pagi sempat la jalan2 & bergambar di sekitar resort.

image

image

(Bilik kami yang menghadap Gunung Kinabalu)

image

image

(View di sekitar resort)

image

(View Gunung Kinabalu dari balconi bilik kami..ni view gunung yang paling jelas kami boleh lihat..most of the time, dilitupi kabus yang tebal..huhu)

Time breakfast makan dengan lahapnya.. maklum la sejuk kan..confirm la lapar..hehehe..tour guide janji nak ambil kami around jam 9am, tapi dekat jam 10am baru sampai. Terus je la check out & menuju ke Poring Hotspring. Perjalanan ke Poring Hotpsring melalui pekan Ranau. Ranau lebih hidup berbanding Kundasang. Bandarnya agak besar. Ada restoran makanan segera & pelbagai bank dan pejabat kerajaan.

Destinasi seterusnya ialah hotspring Poring yang terletak dalam daerah Ranau. Sebelum memulakan kuak lentang kat dalam kolam air panas, kitaorang terlebih dahulu dibawa merentasi ‘canopy walk’. First time merasai pengalaman menaiki ‘canopy walk’. Memang tinggi uols..gayat kot..tapi memang terbaikk!!! Turun je dari ‘canopy walk’, terus menuju ke kolam air panas. Mula2 decide nak mandi kat open pool je, last2 kitaorang pilih untuk mandi dalam private pool. Untuk private pool dikenakan sedikit bayaran (aku dah x ingat berapa..tapi kalau x salah bayarannya mengikut per hour & xde la mahal sangat).

image

(Canopy walk..sangat tinggi di atas pokok..gigil2 lutut nak merentasinya..nak sampai sini pun satu hal jugak, nak kena rentas laluan yang agak mendaki..semput kitaorang yang memang xde stamina ni)

image

(Private pool kitaorang..sangat selesa kerana berada di dalam bilik bertutup..korang boleh control tahap kepanasan air tu)

Selesai mandi, kami dibawa untuk lunch di sebuah restoran berdekatan hotspring ni. Selesai lunch, kitaorang akan dibawa untuk melawat Kinabalu Park. On the way nak ke Kinabalu Park ni la kitaorang mula ‘mengatur kata membuka bicara’ kat tour guide untuk singgah di Desa Dairy Farm, Mesilau yang ala2 macam kat New Zealand tu. Mula2 tu dia bagi gak alasan xnak singgah, tapi pandai2 la kitaorang psiko kan tour guide kitaorang sampai akhirnya dia terpaksa mengalah…muahaha.. masa kitaorang sampai, xde seekor pun lembu yang kelihatan kat padang ragut. Rupa-rupanya, time kitaorang sampai tu adalah time untuk pemerahan susu. So dapat la kitaorang tengok kekdahnya (kaedahnya) cara2 pemerahan susu secara moden. X lama pun kat sini.. singgah pun just untuk sesi bergambar. Ohh ya..jangan lupa mencuba susu segar kat sini..memang sedap sangat uols..sampai sekarang pun masih teringat-ingat lagi rasa susunya yang owesome..

image

image

image

Keluar je dari dairy farm ni, terus tour guide memecut untuk ke Kinabalu Park. Kat sini pun x lama, just pusing 1 round keliling Kinabalu Park, bergambar then terus memecut untuk pulang semula ke KK. Time ni hari dah agak lewat petang. Sampai je di KK, hari dah gelap. Hujan lebat menyambut ketibaan kami di KK. Terus kami di hantar ke hotel tempat penginapan. Time sampai ni, perut dah mula berkeroncong minta diisi. Lepas check in  & rehat sekejap, terus keluar semula untuk dinner (dinner not provided kalau ikut dalam itinerary). Lepas dinner, terus tidur tergolek keletihan..
*errkkk..xde pulak gambar kat Kinabalu Park yang boleh dimasukkan kat sini..semua ada muka aku..aku bukannya retis, so x payah la nak interframe kan..

Huh..dah panjang bebenor dah entry aku kali ni..sambung dalam next episode boleh???

# Amazing!!!! Aku boleh ingat lagi hampir keseluruhan jalan cerita percutian ke Sabah ni walaupun percutian ni 2 setengah tahun yang lepas. Momen indah memang akan sentiasa lekat di minda;)

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah berikan;)

Percutian ke Sabah 2012 (part 2)

harrazshi’s blog