Gertak Sanggul, Penang

Bismillah..
Assalamualaikum..

image

GERTAK SANGGUL..xtau kenapa..sejak 1st time aku dengar nama tempat ni..aku dah jatuh cinta dengan namanya yang unik..jatuh cinta pandang pertama agaknya..hahaha..

Mengetahui lokasi tempat ini berada di dalam kawasan pulau di Penang, tapi aku xsure di mana kedudukannya yang tepat. So Ahad lepas aku decide untuk try meredah mencari nama tempat yang unik ni. Plan asal aku Ahad lepas nak explore Pulau Aman di Penang. Bangun jam 5am, tetiba mulut laju pulak bertanya mak, nak ikut x p Penang? Opkos la mak nak. Alamak..dah memang rezeki mak kot untuk join aku aritu. So terpaksa la cancel plan ke Pulau Aman..hahaha..Mak iolss umuq dah 70-an okkay.. so rasa2 korang sesuai ke nak naik bot bagai nak ke Pulau Aman? Opkos la takkk kannn..

So lepas subuh, dalam jam 6.30am kami dah bergerak keluar dari rumah. Masuk highway dari tol Gurun, just rileks2 je bawak kereta. Aku memang suka spend time dengan mak aku dalam kereta sambil drive sebab time ni ja quality time yang ada untuk bersembang & bercakap hati ke hati (bohong sangattt) dengan mak. Kalau kat rumah, sambil sembang sambil tengok tv..sambil tgk handphone..so bagi aku xde kualiti kat situ..kadang2 mak aku terpaksa bertanya sampai 2 3 kali baru aku jawab..huhuhu..derhaka sungguh..

Okkay..berbalik kepada Gertak Sanggul..sebab x sure lokasi tempat ni..aku just guna maps je untuk tunjuk jalan. Aku main redah je memasuki jalan sampai ke hujung. Okkay..akhirnya aku berjumpa dengan perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya masyarakat Chinese. Aku x berapa sure apa nama pantai tersebut. Tapi tempatnya agak cantik dan mendamaikan. Aku sampai kat pantai tu around dalam jam 8am. Kebetulan pada hari tersebut cuaca agak mendung. Xde apa2 yang menarik pun di sini kecuali nampak 2 3 orang anak2 muda berbangsa Melayu dengan joran mereka sedang menunggu kawan2 mungkin untuk memancing. Selain itu, ada jugak masyarakat Chinese yang sedang beriadah sambil mengayuh basikal dan berjogging.

image

image

image

image

Lokasi secara kasar kedudukan Gertak Sanggul di Pulau Pinang ada kat atas tu ye. Kalau dari arah Bayan Lepas, korang akan melalui Lexis Suites Penang dulu sebelum ada simpang di sebelah kiri untuk memasuki Jalan Gertak Sanggul. Dari situ, aku meneruskan perjalanan sampai ke hujung jalan perkampungan nelayan.

Bagi aku xde apa2 pun yang menarik di sini..tapi bagi penggemar pantai dan laut macam aku..okkay la port ni untuk santai2.

Sebelum sampai ke kawasan perkampungan nelayan ni, kita akan melalui jalan yang di kiri kanannya hanya pokok2 dan semak samun je. Ada jugak ternampak signage di sebelah kiri jalan untuk chalet dan restoran makanan laut mungkin. Xdapat nak tengok betul2 sebab aku tengah drive. Lagipun laluan kecilnya adalah menuruni bukit kalau xsilap. Ada jugak aku google pasal Pantai Tanjung Asam yang berdekatan. Mungkin kat situ pantainya..aku pun xpasti. Maybe korang yang tau tentang tempat ni boleh menambah sedikit info untuk makluman semua.

Selesai pusing2 kat sini, kami bergerak pula ke Telok Tempoyak. Balik tu sengaja melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang dan pergi melawat kawasan Jeti Batu Musang (jeti untuk ke Pulau Aman). Next trip maybe. Huhu..

Selamat mengembara walaupun hanya di kawasan berdekatan rumah anda!!!
hahaha;)
Sa

image

kawa

image

image

image

image

ebut. ka

harrazshi

Advertisements

Jungle Trekking ke Monkey Beach

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai guys..just nak share sikit experience aku dengan aktiviti jungle trekking ke Monkey Beach. Monkey Beach ni terletak di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang iaitu di Teluk Bahang. Actually, ini adalah 2nd time aku trekking ke Monkey Beach dalam tempoh 2 minggu. X tau la kenapa aku suka sangat dengan trek Monkey Beach ni. Sanggup bersusah payah drive dari Kedah ke Teluk Bahang, Penang semata2 nak trekking kat sini. Padahal rumah aku lagi dekat dengan Gunung Jerai kot untuk aktiviti sebegini. Firstly, mungkin sebab aku peminat tegar untuk pantai & laut.

Pada pendapat aku, trek kat sini sangat sesuai untuk beginner seperti aku. Laluannya agak landai. Paling best, dapat berjalan di atas denai yang redup dilitupi dengan pokok2 dan korang tidak akan merasa bosan sebab trek nya berada di sepanjang pantai. So korang boleh  mendengar bunyi deruan ombak di sepanjang laluan ni.

image

image

image

image

image

image

(View di sepanjang trek..bersatu dengan alam..cewahhhhh;p)

Paling best, selepas berpeluh2 merentasi trek sejauh lebih kurang 4km, korang akan sampai ke Monkey Beach. Boleh terus terjun tiruk la di dalam air laut..hahaha.. Di sepanjang pantai ni pun terdapat banyak gerai2 yang menjual makanan & minuman. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, boleh mencuba sukan ATV, menaiki jet ski ataupun menunggang kuda.

Estimate time untuk trekking ke Monkey Beach ni ialah 1 jam 15 minit. Tapi aku sendiri ambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai. Kalau korang lebih fit, selain melepak di Monkey Beach, korang boleh meneruskan trekking sehingga ke Muka Head Lighthouse. Macam aku ni memang x terdaya la nak panjat sampai lighthouse. Menurut kata kawan aku, laluannya agak mencabar.

1st time aku pergi siap mandi2 kat pantai ni..2nd time pergi, sampai2 je terus landing di atas hammock dengan kawan aku (landing la kat atas mana2 hammock pun..xde sapa nak marah & tiada sebarang bayaran dikenakan). Bayangkan dari jam 10.30am kami sampai di Monkey Beach sehingga jam 2pm kitaorang just baring atas hammock tu tanpa sebarang aktiviti lain. Memang layan habis..dengan angin laut yang sepoi2 bahasa. Just lunch dengan bekalan nasi lemak yang dah dibeli awal2 lagi di market (pasar) berdekatan Teluk Bahang. Lepas makan, sambung layan perasaan lagi di atas hammock..hahaha..
sedar2 dah dekat jam 2pm..memang feel habis…lepas kawan aku siap solat..terus kitaorang memulakan trekking untuk balik ke car park. Ingat time petang ni xramai la yang trekking ke Monkey Beach. Ternyata salah. Dala perjalanan pulang, kami berselisih dengan ramai orang yang baru nak ke Monkey Beach. Maybe diaorang nak tengok sunset kot.

u

image

image

image

image

image

Jangan risau jika korang x cukup fit untuk trekking sejauh 4km ke Monkey Beach & 4km lagi untuk perjalanan pulang. Selain dari melalui trek/denai ini untuk ke Monkey Beach, korang jugak boleh menyewa bot untuk ke sini. Rate yang aku tanya aritu, rm40 per way untuk 1 bot. So xkisah la, ko sorang je ke or maximum 10 orang..tetap kena bayar rm40.

Aku still dalam planning untuk ke Monkey Beach & Kerachut Beach lagi ni. Still cannot move on dengan tempat ni. Sangat mendamaikan jiwa dan rasa;)

harrazshi