Quayside Hotel, Melaka

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai uols..nak share sikit pengalaman menginap di Quayside Hotel di Bandar Hilir, Melaka. Actually ini adalah percutian family selama 3 hari 2 malam. First night kami menginap di Gold Coast Morib, Selangor. Second night barulah kami menginap di Melaka.

Hotel ni biasa2 ja. Cuma aku agak berkenan dengan design dan lokasinya yang agak strategik. Kota A’Farmosa, Jonker’s Street, Melaka River Cruise & Menara Taming Sari..semuanya walk distance je dari hotel ni. So senang untuk kita yang datang melancong ke Melaka untuk ke tempat2 menarik ni.

Aku x tempah awal pun hotel ni. Just walk in je. Pilih bilik dengan river view. Rm220/night dengan breakfast untuk 2 orang. Bilik agak sempit. Yang bestnya sebab ada balcony yang mengadap Sungai Melaka. So petang2 dapat la lepak kat balcony sambil tengok pelancong & bot Melaka River Cruise lalu lalang..hihihi..
So untuk korang yang bercadang untuk bercuti di Melaka, boleh la try hotel ni..

image

image

Lobby hotel..very cozy..suka sangat dengan interior design & lighting..

image

image

image

View dari balcony..

image

View dalam bilik..dah comot2 katil tu sebab sampai2 je terus landing..muahaha

harrazshi

Advertisements

Percutian ke Hatyai, Thailand (part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hari ke-2 di Hatyai, awal2 lagi kami dah keluar dari bilik untuk breakfast. Pagi ni kami breakfast di Restoran Salma. Lepas breakfast, kami jalan2 di sekitar area hotel. Xbanyak benda yang menarik. Kami amik tuk-tuk dengan kadar bayaran
20 bath/person untuk pergi ke pasar. Actually, kami pun xtau nama pasar tu. Just cakap je “market” kat driver tuk-tuk tu..so dia bawak la kami ke pasar. Kat sini macam2 ada jual. Kalau yang kaki shopping tu memang akan rambang mata punya. Kasut, handbag, blouse..
nasib baik aku bukan yang jenis kaki shopping. Bangunan market yang kat seberang jalan tu pulak memang betul2 macam pasar basah kita. Ada jual pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan sebagainya. Aku tengok bilangan peniaga macam lebih ramai dari pembeli..huhu..

Balik je dari pasar, kitaorang beli pulut mangga di hadapan hotel, balik makan dalam bilik untuk alas perut.

image

Lewat petang tu cadangnya nak pergi “sky buffet dinner @ 33rd floor Lee Garden Plaza Hotel. Actually, aku pun xberapa nak yakin untuk makan kat sini memandangkan restoran ni berstatus “pork free”. Cuma kami ambil kesempatan ni untuk melihat view bandar Hatyai dari tingkat 33. Saja nak layan feel senja & malam bandar Hatyai. Bayaran untuk buffet dinner ni kalau x salah aku cuma berharga 190 bath je per person. Pilihan makanan xde la banyak & gempak sangat. Berbaloi la dengan harga. Kat sini aku cuma layan soft drink, coffee, ice cream, salad, kuih muih & buah. Makanan lain aku x berani nak makan walaupun hanya ayam goreng (haishh..buatnya ayam tu x disembelih mengikut syarak..mati la aku..huhu..).

image

(View dari tingkat 33, Lee Garden Plaza Hotel)

Selesai makan, kami jalan2 sekitar bandar Hatyai. Jalan kaki sekitar area hotel je sebab memang kat sini je yang biasa menjadi tumpuan peniaga2 & pelancong. Sempat la membeli sedikit ole-ole. Sebelum balik ke hotel, kami decide untuk buat body massage. Memang bersepah kedai2 yang menawarkan khidmat foot & body massage ni. Kami pilih secara random je. Mostly, tingkat bawah adalah tempat untuk foot massage. Untuk body massage, kami dibawa ke tingkat atas. Sampai2 je kat tingkat atas, aku & kawan aku terpaku seketika. Mak aii..sempoi nyer tempat massage dia. Atas lantai je beralaskan tilam nipis & hamparan. Hamparan tu pun aku query dia tukar ke x setiap kali selepas digunakan untuk setiap pelanggan. Sempat lagi kawan aku berbisik..macam rumah pelacuran je..hahaha…tobat aku x nak dah massage kat sini. Kat tingkat bawah (bahagian foot massage..nampak macam menarik). Tapi kat atas ni (tempat untuk body massage..sempoi habis). Dah la pompuan yang massage aku tu siap bawak anak kecik dia (anggaran umur setahun++)..x aman dan permai langsung aku nak rileks2 time massage. Bagi aku, servis massage kat Krabi lebih memuaskan hati. Padahal, harga lebih kurang je.

Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya..best kot..badan rasa ringan je lepas kena urut.

Keesokan harinya (hari ke-3), lepas breakfast, sempat la pusing2 area hotel. Lebih kurang jam 10.30am, kami check out dari hotel. Kami ambil transport service untuk pulang ke Bukit Kayu Hitam. Dia charge kira per car iaitu 600bath. Dia akan hantar sampai ke Duty free The Zone di Bukit Kayu Hitam.

Perjalanan pulang mengambil masa hampir sejam. Sampai di Bukit Kayu Hitam, terus ambil kereta & drive ke Sungai Petani untuk hantar kawan aku ke stesen keretapi. Train ETS kawan aku ke KL jam 5pm. So tamatlah percutian singkat kitaorang ke Hatyai.

Sekian..

harrazshi