Percutian Bajet ke Kuching, Sarawak (Part 2)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Day 2 (13/5/2015)
X pernah lagi dalam sejarah hidup aku, tidur di hotel kat Malaysia ni tanpa kemudahan aircond (kecuali kat Cameron la). Segalanya mungkin apabila tuan tanah sendiri rela, demi untuk cut off bajet..hahaha..ni bukan salah Tune Hotel okkay. Ni adalah atas kerelaan kitaorang sendiri untuk tempah bilik yang paling basic. Bilik dengan 2 buah katil single, hanya menggunakan kipas. Tanpa aircond & tv. Yang penting toiletnya bersih. Tu benda 1st yang aku ambil kira kalau nak booking hotel. Tapi yang x bestnya malam tu aku x boleh nak tidur dengan nyenyak. Xde la panas sangat pun walaupun xde aircond. Tapi aku asyik tersedar-sedar & berpeluh-peluh. Aku suspek aku mengalami simptom PMS.huhu..

image
(Bilik kitaorang..pakai kipas jerr..ada tv tapi kitaorang x ambil pakej untuk siaran tv)
image

Pagi tu, jam 5.15am aku dah bangun (actually time ni dah masuk waktu Subuh dah kat Sarawak). Mandi, solat & terus bersiap. Terus ke “Warong Nusantara” untuk breakfast. Seperti yang dijangka, mood aku pagi tu memang dah “ke laut”. Xtau punca tapi memang rasa serba x kena. Menyampah betul kalau datang mood gila ni. Selesai breakfast, terus menapak semula ke Tune Hotel. Pagi ni kami akan dijemput untuk ke Sarawak Cultural Villlage (SCV). Oh ya..actually kami ambil pakej je untuk ke SVC & Semenggoh Wildlife Centre (SWC). Malas nak fikir panjang. Kalau sewa kereta, nak kena drive sendiri..nak cari jalan lagi. Masa dah la terhad. Kalau tersesat, mau aku jadi hulk kang. Rm134/person merangkumi transportation ke SVC & SWC + tiket masuk. Pakej ni aku deal dengan 360 Express Hotel. Just email then diaorang tolong booking kan. Aku deal dengan this guy..namanya Henryson. Suka sangat dengan cara dia buat kerja. Pantas & dia akan remindkan aku melalui whatsapp, time untuk bertolak ke SCV & SWC.

Van yang akan membawa kami untuk ke Sarawak Cultural Village datang tepat pada waktunya iaitu jam 9.15am. Sampai di SCV hampir jam 10.15am. Sebelum tu, sempat singgah di Damai Beach Resort (dekat je dengan SCV ni) untuk hantar 1 couple mat saleh ni. Elok memasuki area SCV, hujan dah mula renyai2. Turun je dari van, hujan dah semakin lebat. Tunjuk je resit dari travel agent kat kaunter masuk, kitaorang diberikan sticker nama untuk dilekatkan pada baju. Dia akan bagi jugak “passport SCV” untuk korang cop kat setiap checkpoint di rumah2 tradisional tu nanti. Terpaksa sewa sekaki payung dengan harga rm5. Hujan yang semakin lebat menyebabkan kitaorang terpaksa berteduh di bawah sebuah pondok. Jam 10.45am, hujan masih belum reda..akhirnya terpaksa ambil keputusan untuk redah je. Masa sangat terhad. Sempat menjengah ke rumah Melanau & rumah Iban sebelum terpaksa berpatah balik ke theatre untuk menyaksikan persembahan kebudayaan. One word je untuk persembahan kat SCV ni..AWESOME..
Selesai je persembahan around jam 12.15 noon, terus je kitaorang bergegas untuk menghabiskan “tawaf” kat SCV ni. Memang agak kelam kabut sebab kami mengejar trip jam 1.15pm untuk pulang ke Kuching. Jam 12.45 noon, kami dah terpacak kat depan pintu masuk. Tujuan keluar awal dari SCV semata2 nak bergambar kat burung Kenyalang kat tepi Damai beach tu..punya la poyos..

image
(Pintu masuk “Sarawak Cultural Village”)
image

image

image

Jam 1.15pm, kami dah siap terpacak depan SCV untuk tunggu van. Van agak lambat sampai..around 1.30pm. Time ni sekali lagi masuki kawasan Damai Beach Resort untuk hantar tourist. Bukan setakat tourist je naik van ni, chef kat Damai Beach Resort tu pun ulang-alik menaiki van ni. Comel bila tengok chef sorang ni yang tersenyum2 malu bila kena usik dengan driver van. Walaupun chef ni agak malu2 kucing tapi dia agak friendly..siap ajar kitaorang lagi cara2 nak masak manok pansoh. Dengar je boleh la chef..kitaorang ni species pemalas tahap cipan..hihihi.. Dalam van, sempat pakcik driver tu tanya lepas ni nak ke mana. Kitaorang jawab la kalau boleh nak pergi melawat Medan Niaga Satok (kebetulan, untuk ke SCV memang melalui Medan Niaga Satok ni). Siap driver offer untuk berentikan kami kat bus stop bertentang dengan Medan Niaga Satok ni. So apa lagi..just lintas jalan & jalan sikit je la untuk sampai ke situ. Terima kasih pakcik yang sporting;)

Sempat la jalan2 cuci mata kat Medan Niaga Satok & Kubah Ria. Agak lengang..mungkin sebab weekday kot. Sempat gak la late lunch kat medan selera Medan Niaga Satok. Time ni kitaorang saja je nak rasa makan nasi goreng buah dabai. Orang cakap sedap. Maaf la..memang x kena langsung dengan tekak aku. Xpe la..yang penting dah rasa. Rugi la datang Sarawak kalau x rasa makanan special kat sini.

image
(Medan Niaga Satok)
image

image

image
(Nasi goreng Dabai)
image
(Kubah Ria)

Selesai makan, cari teksi untuk balik ke Tune Hotel. Tapi langsung x nampak sebuah teksi pun. Terpaksa tanya pada pakcik guard. Last2 pakcik guard bagi contact number teksi. Balik ke hotel dengan bayaran rm25. Sampai je kat hotel..mandi, solat jamak & rehat jap. Jam 4.45pm..keluar balik untuk next mission. Hari sebelumnya masa jalan2 kat waterfront, nampak banner “Signature Sunset Cruise” yang akan menyusuri Sungai Sarawak pada waktu petang dengan kadar bayaran rm60. Nampak banner kat Tune Hotel plak ada diskaun 50%. Gila kot kalau x rembat peluang keemasaan ni. Murah kot dapat naik cruise tu dengan harga rm30 je. Siap ada free flow orange juice & kek lapis sarawak lagi yang dihidangkan.
Cruise ni parking betul2 kat waterfront berhadapan dengan main bazaar. Just tunjukkan voucher yang dikeluarkan oleh Tune Hotel, terus bayar rm30 dan pengembaraan pun bermula..yeayy!!

Memang best menaiki cruise ni menyusuri Sungai Sarawak. Xde la jauh sangat pun. Tapi dia akan melalui checkpoint2 yang telah ditetapkan seperti bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, masjid, Kg. Boyan & kediaman Ketua Menteri Sarawak (kalau x silap aku la). Pemandangan pada lewat petang memang mengasyikkan ditambah dengan angin yang sepoi2 bahasa. Pada akhir2 pelayaran, siap ada mini persembahan kebudayaan tarian etnik Sarawak. Cruise ni berlabuh ngam2 selesai habis azan Maghrib.
image

image

image

Terus je kitaorang ke main bazaar. Saja survey barang2 yang boleh dijadikan ole2 (kitaorang plan untuk last minute shopping keesokan harinya). Selesai window shopping, naik sampan untuk ke seberang. Malam ni kami plan nak dinner kat “My Village Barok”. Sebabnya..nak try menu masakan Sarawak iaitu manok pansoh & umai. Ni memang dah termasuk dalam senarai itinerary percutian kami kat Sarawak. Kami nak cuba semua makanan Sarawak.
Kat restoran ni, bila order manok pansoh, diaorang akan bawak sekali dengan buluh2 sampai ke meja & akan tuang isinya ke dalam pinggan di hadapan mata kita..umai ikan kat sini memang terbaik (Nora bagi 5 bintang..hihihi). Selesai makan, kitaorang beralih port ke medan selera di depan sungai pulak. Saja nak lepak2 sambil minum & sembang2. Siap order air yang spesial di Sarawak iaitu “white lady”.

image
(My Village Barok)
image
(Manok pansoh..panas lagi ni..baru dituang dari dalam buluh)
image
(Umai ikan)

Around jam 10.30pm, dah mengantuk sangat, naik sampan then balik bilik untuk krohhhhhhh krohhhh..bersambung next entry ye;)

# punya la panjang entry kali ni..xpe la..yang penting aku ada catatan untuk kenang-kenangan..

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..

Advertisements

Daun kesum..

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Arrrgggghhh..tension!!! Berjam-jam aku mengadap phone aku ni untuk buat 2nd entry untuk percutian ke Sarawak. Tetiba bila nak upload, semua hilang. So biarkan dulu dengan entry Sarawak yang masih tergantung tu. Meh sini aku nak cerita tentang aktiviti terbaru aku. Aku dah mula berjinak-jinak untuk menjadi petani berjaya..muahaha.. So tanaman pertama yang aku nak try tanam ialah daun kesum..kihkihkih..apa kelasss tanam daun kesum je..okkay..actually aku nk test tengok samada tangan aku ni “tangan sejuk” or “tangan panas” dalam bab bercucuk tanam ni. Inshaa Allah..kalau berjaya dengan daun kesum ni, boleh la aku mengorak langkah kepada tanaman yang lebih adventure sikit..contohnya..tanam daun bawang ke..hihihi..

Sebab xde pasu or bekas yang cantik, aku tanam je dalam bekas macam kat bawah ni. Just buat lubang menggunakan garpu kat keliling bekas tu..daun kesum memerlukan tanah yang lembap & agak bertakung airnya. So lubang x boleh ditebuk di bahagian bawah. Just pada bahagian tepi je searas dengan aras tanah yang hendak dimasukkan. Aku beli tanah bakar kat nursery dengan harga rm5/sekampit kecil. Daun kesum tu pulak aku beli kat pasar (xperlu ada akar pun xpe). Balik rumah aku rendam dalam air selama 2 hari. Bila dah keluar akar2 putih pada batang daun kesum, terus je aku cucuk2 dalam bekas berisi tanah bakar tu. Then kena la siram setiap pagi & petang. Harap2 hidup la daun kesum aku ni..senang nak masak kuah laksa, pindang (masakan orang utara) & asam pedas nanti..hihihi..

image

(Proses merendam batang daun kesum selama 2 hari sampai akar2 putih keluar)

image

(Bekas yang ditebuk menggunakan garpu jer pada bahagian tepi bekas..searas dengan tanah)

image

(Harap2 daun kesum ni tumbuh subur la)

harrazshi’s blog

Polish lampu kereta secara percuma

Bismillah..
Assalamualaikum..

Korang yang pakai kereta2 lama ni ada x mengalami masalah macam aku. Sebab kereta aku pun kereta lama kan.. Lampu depan kereta yang sepatutnya ‘cristal clear’ macam SKII tu, lama-kelamaan lampu depan kereta akan menjadi kabur & kekuning-kuningan menyebabkan lampu menjadi malap. Aku pernah suruh kedai aksesori polish balik lampu depan kereta aku tu tau..dia buat x sampai 15 minit, dia caj aku rm35. Tapi hasilnya memang lampu depan kereta aku bersinar-sinar kembali la..heee.. aku agak berpuas hati la dengan resultnya walaupun terpaksa mengeluarkan 35 hengget. Haaa.. ni aku nak kabau cara paling mudah & jimat nak dapatkan hasil yang sama tanpa perlu keluarkan modal sampai 35 hengget.

Actually..korang boleh dapat hasil yang sama macam kat kedai tu dengan hanya menggunakan sedikit ubat gigi Colgate (sorry..aku x try plak brand lain memandangkan sifu aku cakap Colgate je..hihi) & sehelai kain.

Caranya..picitkan sedikit ubat gigi Colgate ke atas kain & sentalkan secara membulat pada permukaan lampu kereta anda. Selepas berpuas hati, boleh la bilas dengan air. Percayalah..hasilnya adalah tidak mengecewakan. Lampu kereta anda akan kembali jernih. Aku baru je buat kat kereta buruk kesayangan aku tu pagi tadi..hihihi.. (mati la kalau dia merajuk..nanti mesti x boleh start). Tapi lupa pulak nak snap picture..huhu..

Selamat mencuba!! 35 hengget tu boleh la simpan beli ikan & sayur..zaman2 GST ni kena pandai-pandai berjimat ye uols;)

harrazshi’s blog

Percutian Bajet ke Kuching, Sarawak (Part 1)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Entah kenapa sejak beberapa minggu lepas aku sangat “gediks” untuk pergi bercuti ke Sarawak. Mungkin sebab Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang aku belum pernah jejakkan kaki lagi. Dari awal lagi aku dah ‘usha’ harga tiket yang agak murah pada bulan Mei. Pada mulanya aku dah nekad untuk pergi seorang diri memandangkan semua kawan2 x available pada tarikh tersebut. Tapi entah macamana entah..last minute, rakan travel aku boleh pulak dapat cuti. Alhamdulillah..ada kawan untuk jalan2 pusing2 bandaraya Kuching..

Day 1 (12/05/2015)
Ke KLIA2 pun dihantar oleh kawan (fuhh..jimat duit aku..hahaha). Flight Airasia yang dijadualkan pada jam 11.45am hanya take off tepat jam 12 noon. Time booked tiket ni harga xde la murah sangat. Untuk aku & rakan travel aku, dapat around rm390 untuk return ticket. Itu pun nak jimat punya pasal, sanggup x pilih seat, x tambah luggage, x ambil inflight meals & xde ambil insurance (memang dasar haji bakhil betul..hihihi). Penerbangan ke Kuching mengambil masa hampir 1 jam 30 minit. Kami touch down kat Kuching International Airport (KIA) tepat jam 1.30pm.

image

(View sebelum mendarat di KIA)

Keluar je dari “Arrival Hall” terus terjah kaunter Golden System Sdn. Bhd kat dalam airport tu utk dapatkan transport kami ke Tune Hotel. Actually, kami dah tempah bilik di Tune Hotel secara online sekali dengan return shuttle service. Murah je uols..return shuttle service dari airport ke Tune Hotel & dari Tune Hotel ke airport hanya rm15/person. One way cuma rm7.50..

image

(Harga 1 way kalau korang nak ambil shuttle service ni on the spot..kat bawah tu adalah time perjalanan..tapi x punctual pun..still base on kalau ada customer baru dia datang ambil dari Tune Hotel)

Sampai je di Tune Hotel, terus check in bilik. Sama macam percutian ke Bandung tempoh hari, percutian kali ini pun terpaksa melalui itinerary yang padat. So memang kena rushing. Maklum la..bercuti pun 3 hari 2 malam je.
Selesai mandi & solat, turun semula ke lobi hotel. Tanya dekat adik receptionist direction untuk ke “Cat Statue” & “Top Spot”. Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya walaupun kitaorang x sempat study betul2 pasal Kuching sebab kami berdua tersangatlah busy dengan kerja masing2. Memang lokasi hotel ni “walking distance” je dengan semua2 tempat ni. First kitaorang nak cari “Cat Statue” untuk sesi bergambar. Dari pintu depan Tune Hotel, turuni je bukit ke arah waterfront, belok kanan, jalan depan sikit..dah boleh nampak “Cat Statue”. Kalau korang nak bergambar kat sini, dinasihatkan datang pada waktu pagi @ lewat petang. Sebabnya??? Kalau datang petang time matahari tengah terik, memang x boleh lansung nak buka  mata untuk bergambar. Memang betul2 mengadap matahari uolss..dah x dapat bergambar kat situ, kitaorang jalan kaki menuju waterfront. Melepak kat tepi waterfront sambil makan2 ais krim & snap2 gambar sikit. Dah tu sempat pulak cuci2 mata dekat “main bazar” yang terletak berhadapan dengan waterfront ni. Agak dah menghampiri senja, terus kitaorang bergerak ke “Top Spot”. Kalau tadi menuruni bukit untuk ke arah waterfront, untuk ke “Top Spot”, dari pintu utama Tune Hotel, kena menaiki bukit sampai jumpa ‘trafic light’ (kat depan ni dah memang tersergam indah dah Hotel Pullman yang aku x mampu nak duduk tu..huhu..) Dari trafic light ni, belok ke kiri, jalan depan sikit, korang dah boleh nampak bangunan UTC kat sebelah kanan. Haaaaa..actually, tempat makanan laut yang sangat famous di Kuching iaitu “Top Spot” ni berada di toproof UTC ni. Naik je lif untuk ke tingkat 6. Time kami sampai ni around jam 6 pm camtu. Masih cerah & orang pun x ramai sangat. Selepas je waktu maghrib, meja makan dah mula dipenuhi oleh manusia..base on researh..kedai no. 6 & no. 25 adalah yang paling famous. Kami pilih kedai no. 25.

image

(Ni pandangan dari arah trafic light hotel Pullman..menuruni jalan ni..kat bawah tu ialah waterfront..sebelah kiri tu adalah hotel Hilton. Di sebelah kanan, dalam deretan rumah kedai tu & bertentangan dengan hotel Hilton adalah Tune Hotel).

image

(Time ni..orang dah mulai ramai..memang happenning kot tempat ni..hari biasa pun orang tetap ramai)

image

(Menu kami untuk dinner di “Top Spot”. Sayur midin tu memang sedap tahap gaban. Rindunya nak makan sayur midin lagi)

Malam tu, kami habiskan masa melepak kat “Top Spot” sambil memerhatikan gelagat orang yang sedang makan2..puas melepak kat situ, kitaorang menapak ke waterfront. Tujuan utama ialah nak menaiki sampan untuk ke seberang sungai ke Kg. Boyan. Saja nak pergi jalan2 ke seberang sana sambil nak survey2 kedai kek lapis “Mira Cake House” & “Kek Lapis Dayang Salhah” yang famous tu. Mira Cake House memang boleh dilihat dari jauh. Tapi kedai Kek Lapis Dayang Salhah memang agak tersembunyi di belakang sebuah masjid berkubah emas. Aku rasa..aku & rakan travel aku memang jenis manusia yang xde perasaan kot. Boleh kitaorang xtau kedai kek mana yang lebih sedap. Padahal orang lain boleh bagi details lagi kek kedai ni lebih moist dari kek kedai tu..ntahhh…kitaorang rasa semua jenis kek sama je rasanya..hahaha;p

Selesai membuat lawatan sosial kat kedua-dua kedai tu, kami lepak kat medan selera dulu sambil minum2 & sembang2. Memang best lepak kat sini. Dengan angin yang sepoi2 bahasa. Kawasan ni memang meriah. Happening kot. Budak2 muda kat kampung ni pun ramai yang melepak kat tepi2 sungai. Kat area medan selera tu pun ada sebuah surau berkubah hijau. Paling best waktu nak masuk maghrib, dengan pemandangan matahari terbenam di tepi sungai dan alunan azan..owhhh..sangat mengasyikkan..rindu kot suasana tu..
huhu..
Selesai minum, terus je menaiki sampan untuk balik ke hotel..perut kenyang so mata pun dah layu la..hihihi..balik terus je tidur x sedar diri..

Aku pun dah ngantuk nak tidur ni..esok je la sambung story okkay..gud nite;)

Terima kasih ya Allah..

harrazshi’s blog

Umai Udang Sarawak..

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Abaikan gambar umai yang agak kabur tu..yang penting rasanya yang dah agak2 sama dengan rasa umai kat restoran Barok Village..ewahhh..perasan..hahaha..

Sebelum aku update pasal percutian ke Sarawak, jom cerita sikit pasal umai yang sangat glamer kat Sarawak ni. Masa pergi Sarawak aritu, sempat try kat 2 tempat berbeza. So balik ke Semenanjung, aku try la buat ikut versi aku sendiri..actually aku nak buat eksperimen berkaitan cuka, halia & perahan jus limau yang boleh “memasakkan” ikan @ udang tu..hihi..eksperimen berjaya & aku memang KAGUM..

Bahan-bahan:
10 ekor udang saiz kecil (buang kulit)
Sedikit garam
5 biji limau kasturi (ambil perahan jus)
1 sudu makan cuka
2 biji cili padi (ikut citarasa) (dipotong nipis)
1 1/2 inci halia (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 batang serai (dihiris nipis)
Sedikit gula
Cara membuatnya:
1. Udang yang telah dibuang kulit dibelah dua.
2. Gaulkan udang bersama sedikit garam, perahan limau, cuka, bawang besar, halia, cili padi, serai & gula.
3. Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang sejam.
4. Selepas sejam, warna udang akan bertukar menjadi putih menandakan udang dah masak & dah boleh dimakan.

Pastikan korang pandai untuk balance kan rasa masin, masam & manis umai ni. Ni resepi aku yang mostly semua potong2 je sebab aku pemalas..hahaha..kalau korang google, kebanyakkan resepi memerlukan korang menumbuk cili padi bersama halia.

# amaran dari aku..ni resepi yang aku hentam2 sendiri ye..orang Sarawak jangan marah iolls kalau resepi ni x authentic..heeeee…

harrazshi’s blog