From Kedah to Melaka..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Baru pulang dari bercuti di kampung halaman ter’chenta’ di Kedah. Dapat cuti selama 6 hari bermula 26/4/14-1/5/2014. Inilah masanya untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Time ni lah juga dapat berjumpa dengan kakak2, abang2 & anak2 buah aku seramai 9 orang (walaupun 3 orang xde time ni coz diaorang still ada kat ‘U’ masing2). Sampai2 je petang tu abang aku ajak g makan seafood kat Tg. Dawai. Sayangnya kakak aku x dapat join sebab ada tugas yang perlu disiapkan last minute.

image

(Pemandangan waktu senja di Tg. Dawai)

Memang dari sebelum bercuti lagi aku dah cakap2 kat mak aku nak bawak beliau jalan2 since percutian ke Sabah pada hujung Februari lepas terpaksa cancel disebabkan kesihatan mak yang kurang baik. Ada jugak cakap kat mak aku, nak bawak beliau lepak kat Morib Gold Coast Resort or jalan2 di Melaka. Tapi xde la cakap betul2 bila nak pergi since aku sendiri pun still letih drive balik Kedah (time ni dah harung 400km).

28/4/2014
Bangun pagi, rasa macam dah dapat recharged tenaga balik, terus suruh mak aku packing barang. Mak aku tanya nak ke mana, aku cakap x sure lagi..hehe.. Jam 8am kami dua beranak dah bergerak. Sampai je R&R Juru, berhenti breakfast kejap sebab dah x tahan lapar. Kemudian, terus sambung perjalanan. Aku jenis yang x suka berhenti lama2 di R&R. Biasanya berhenti sekejap untuk ke tandas, solat, makan & sejukkan enjin kereta sekejap then terus gerak semula. Alang2 dah lalu Rawang, saja singgah sekejap kat rumah mak sedara aku. Kasi chance la kat mak aku untuk jumpa adik beliau..hehe..

Perjalanan diteruskan melalui highway PLUS kemudian memasuki highway Guthrie untuk ke Shah Alam. Saja suka2 bawak mak aku ronda2 Shah Alam memandangkan aku sendiri pun x sure nak ke mana time ni. Lepas lunch kat Shah Alam, tanya mak aku nak ke mana. Bila bagi cadangan untuk lepak kat tepi pantai di Morib Gold Coast atau ke Melaka, mak aku cakap ok jugak kalau ke Melaka memandangkan beliau x pernah sampai di sana. Time ni dah jam 4.30pm. So apa lagi, terus masuk highway ELITE & memecut untuk ke Melaka. Sampai di bandar Melaka, hari dah nak hampir senja. Hampir seharian di dalam kereta, so haruslah cari hotel terlebih dahulu untuk mandi & berehat.

Memang aku dh aimed untuk cari hotel bajet je. Actually banyak je hotel bajet area bandar Melaka. Mula2 nampak & tertarik dengan Hotel Johan sebab nampak luaran hotel tu macam comel je & ada lift (satu keperluan bila berjalan dengan mak aku yang sakit lutut). Tapi dah full. Masuk lagi 2, 3 hotel tapi aku x berkenan coz mostly biliknya berbau. Lastly aku ternampak Hotel ND. Nampak hotelnya agak baru. Mula2 agak ragu2 memandangkan hotel ni xde lift. Tapi mak aku cakap kalau setakat tingkat 1, ok lagi. Sebab dah terlalu letih, so aku ambil je bilik kat hotel ni. Check in.. masuk bilik, mandi & rest sekejap, aku keluar semula untuk tapau makanan. Lepas makan, lepak2 tengok tv kejap terus tidur.

29/4/2014
Keesokkannya jam 10am, kami dah check out. Lepas beli sedikit ole2, bawak mak aku pusing2 bandar Melaka. Nak berjalan, mak aku bukan larat sangat. So pusing2 dengan kereta pun kira ok la untuk mak aku yang baru first time sampai Melaka. Memandangkan aku x mahir jalan kat Melaka, so redah je ikut signboard.

Setelah puas hati, kami menuju ke Masjid Tanah melalui Klebang. Masa lalu kat Klebang, teringat coconut shake yang famous kat Klebang. Masa sampai ni dalam jam 10.50am. Kat depan kedai still tulis “TUTUP” walaupun nampak pekerja2nya dah ada. X puas hati..aku turun jugak sampai ke depan kedai. Rupa2nya baru nak bukak. Waktu perniagaan dari jam 11am-6.30pm kalau x salah. Memang rezeki aku la.. so tunggu kejap untuk adik tu wat coconut shake. Kira hari tu aku antara first customer la bersama beberapa orang chinese..hehe..

image

(Coconut shake Klebang..slurrppp..)

Perjalanan diteruskan ke Masjid Tanah. Lokasi lebih tepat ialah Londang. Saja nak mengimbau kenangan lama. Nak tengok wajah terbaru Kolej Matrikulasi Melaka..tempat aku pernah menimba ilmu suatu masa dahulu..hehe..xmasuk pun..just tengok dari luar. X nampak sangat coz kedudukan kolej ni di atas bukit.

image

image

Sekejap je kat sini, pastu terus drive cari signboard untuk masuk highway. Next destination..Nilai 3. Ni pun as requested by mak. So layan je la.. sampai2 terus cari kedai makan untuk lunch dulu (lapar kot..kami breakfast pisang goreng yang dibeli di tepi jalan masa singgah isi petrol..so breakfast dalam kereta je la). Lepas lunch, singgah kedai jual carpet. Mak aku dah aimed nak beli carpet kat Nilai 3 ni. Dapat je carpet, terus bergegas untuk balik. Aku memang bajet untuk sampai Kedah sebelum tengah malam memandangkan kami berdua perempuan & aku agak x confident untuk drive di waktu malam (masalah silau..huhu). Lepas je Tg. Malim, aku dah rasa sakit kepala. Maklum la..percutian 2 hari 1 malam yang agak rushing..hehe.. Berhenti kat R&R, telan PCM & rehat kejap.. Pastu gigih drive sampai ke R&R Gunung Semanggol untuk berhenti rehat & makan. Lepas maghrib, sambung perjalanan & akhirnya sampai di rumah dalam jam 9pm.

Memang sangat memenatkan dengan jarak perjalanan hampir 1200km dalam masa 2 hari. Apa2 pun, tetap berpuas hati sebab dapat bawak mak jalan2 ke Melaka. Mak siap puji dodol melaka sedap. Mentang2 lah dapat beli sendiri kat Melaka..hehe;)

Aku sebagai driver x payah cakap la. Sakit badan kot drive sorang2 sejauh tu. Tapi bila fikir2 balik, apalah sangat drive 1200km tu berbanding dengan pengorbanan mak aku selama membesarkan kami adik-beradik. Yang penting Mak happy;) SELAMAT HARI IBU, Mak!!! Semoga Mak dirahmati Allah selalu..

# Korang yang still ada mak, gembirakanlah hati mereka sementara masih ada peluang. Jangan sampai mereka dah xde nanti..baru nak menyesal..

Semoga kita semua di dalam rahmat Allah sentiasa;)

harrazshi’s blog

Advertisements