Hasil ‘shopping’an di Medan..

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Entry selingan sebelum masuk ke entry percutian ke Medan. Actually tujuan asal ke Medan hanya untuk aktiviti ‘sightseeing’. Kebetulan beberapa hari sebelum berangkat, company dah umumkan bonus secara rasmi. Alhamdulillah..rezeki dari Allah s.w.t. So daripada niat ‘sightseeing’ je..dah bertukar menjadi aktiviti shopping sekali. Tu pun x banyak yang aku beli. Just sedikit ole2 untuk family ‘terchenta’..

Just nak share harga barang2 yang aku beli. Macam aku cakap dari awal..tujuan blog aku ni adalah untuk memberi informasi. So sekurang-kurangnya, korang ada la base line harga untuk ditawar kalau ke sana nanti. Tu pun aku x pasti la dah murah ke x harga yang aku dapat memandangkan aku bukan kaki shopping. Dan katanya, harga barangan di Medan xde la semurah harga barang di Bandung. Part ni memang aku x boleh nak komen lebih2 memandangkan aku bukan expertise dalam hal shopping2 ni.

image

Kain pasang sulam ni aku beli dari sebuah kedai di Jalan Perdana, Medan. Menurut pak supir, ni direct dari kilang. So harga jauh lebih murah dari kedai2 di Pajak Ikan (aku pun x berapa sure dengan statement pak supir memandangkan ni kedai wajib singgah..confirm2 dia akan promote..sure dapat komisen punya kannn???) . Kain ni dijual pada harga Rp550000 (~RM157) sepasang. Tapi lepas tawar-menawar, aku dapat pada harga Rp500000 (~RM143) sepasang. Actually, untuk kain pasang bersulam ni, harga termurah boleh dapat ialah Rp150000
(~ RM43), sulamannya cantik..tapi seriously kainnya memang x berkualiti (kain jenis cepat kedut & panas).

image

Kain pasang corak batik ni pulak berharga Rp250000 (~ RM71) sepasang. Tapi lepas tawar-menawar, aku dapat Rp200000 (RM57) sepasang. Kualiti kain agak memuaskan. Ye la..nama pun beli untuk family..x kan aku nak bagi yang ‘cap ayam’ kan???

image

Kain pelikat..yang 2 dari kiri tu jenis 10000 benang (lebih berkualiti). Aku dengar customer sebelum tu dapat pada harga Rp 130000 (~ RM37) sehelai. Aku try tawar & dapat pada harga Rp 120000 (~ RM34) sehelai. Yang 2 dari kanan tu pulak jenis 8000 benang (kurang sikit la kualitinya). Yang tu aku dapat pada harga Rp 60000 (RM 17) sehelai.

image

Dompet comel corak batik..yang ni aku beli dengan penjaja jalanan je. 1 pack tu ada 10 (ni dah kurang 1..dah bagi 1 kat kawan aku..hehehe). Harga dia letak Rp200000 (~ RM57). Aku tawar dapat pada harga Rp 150000 (~ RM 42). Ok la tu..means setiap satu dompet tu berharga RM4.20. Tapi selepas aku beli tu, ada penjaja lain tawarkan aku Rp 130000 je. Xpe la..dah memang rezeki dia, aku terbeli dengan harga Rp150000.

Key-chain Medan yang kat tengah2 pic tu pun aku beli dengan penjaja dompet tu jugak. Lepas tawar, dapat harga Rp60000 (~ RM 17) untuk 10 biji. Fridge magnet (FM) kawan aku dapat pada harga Rp95000 (RM 27) untuk 10 biji. Aku just beli FM kat Samosir Island je. Dapat pada harga Rp80000 (~ RM 23) untuk 10 biji.

image

FM yang aku beli di Samosir Island..tapi ngeri kot shopping kat Samosir Island tu..nanti aku cerita dalam next entry..

image

image

image

Kek bika ambon & kek lapis legit brand ‘Rika’. Sekotak berharga Rp100000 (~ RM28). Aku x sure harga asalnya since supir kitaorang yang tolong orderkan (ni pun confirm2 dia dapat komisen). Tapi aku rasa brand yang lebih famous ialah kek bika ambon ‘Zulaikha’.

Tu je la hasil ‘shopping’an aku beserta harga yang aku dapat selepas sesi tawar menawar. Harap dapat la dijadikan base line untuk korang2 yang nak bercuti di Medan;)

harrazshi’s blog

Advertisements

Percutian ke Medan (Intro)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Bercuti ke Medan??? Gamaknya ramai yang akan menjuihkan bibir kalau diajak bercuti ke Medan. Mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang.Aku pulak memang sangat teringin ke Medan untuk melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah ~ Danau Toba. Bagi aku, untuk jalan2 ke Medan tidak memerlukan kos yang banyak. Lagipun, tempoh penerbangan hanya mengambil masa 1 jam sahaja dari KL.

Percutian selama 4 hari 3 malam ni terpaksa menggunakan pakej dari travel agent memandangkan aku dan 2 orang rakan travel lagi ingin melakukan ‘sightseeing’ di Danau Toba & Berastagi di mana jarak di antara tempat2 ni sangat jauh.

Tiket flight dah ditempah seawal bulan September 2014 untuk percutian pada 19/1/2015-22/1/2015. Time ni ada promo dari company ‘now everyone can fly’. Pada mulanya, plan hanya 2 orang. So kami dapat rate RM105/person untuk return tiket flight. Tetiba ada seorang lagi kawan nak join. Sebab lambat sikit tempah untuk dia, so dia just dapat rate around RM160. Macam biasa, untuk berjimat, kami xde ambil inflight meal, pilih seat, even ambil insurance pun (tawakal je la..huhu..)

Pemilihan travel agent pun dibuat atas dasar ‘yang boleh bagi rate termurah’..hahaha (memang dasar kedekut). Letih jugak mencari. Riki2 dengan travel agent Malaysia, mostly rate adalah RM700++/person. Ada jugak yang sampai RM800++/person. Sangat dasyat..padahal kawan aku pergi pada bulan Mei 2014, rate dia dapat baru RM480 (aku try email travel agent yang sama tapi rate terkini RM700++..huhu). Siap wassap pada seorang pemandu pelancong @ supir kat Medan, Pak ‘R’. Dia ni sangat famous dalam kalangan rakyat Malaysia yang pernah ke Medan. Rate dia pun dasyat..RM700++. Last2 aku jumpa dengan 1 company travel agent Medan ni melalui pencarian di blog2. Direct email & dapat rate RM595/person. Tipping untuk tour guide ialah RM7/person/day. So untuk 4 hari jumlahnya ialah RM28. So total harga pakej ni ialah RM623/person. 

Percutian kali ni agak mencabar sebab 2 kawan aku ni baru 1st time akan keluar dari Malaysia. So dari awal lagi memang kebanyakkannya aku yang uruskan. Tempah flight..cari travel agent & berurusan dengan travel agent melalui email..travel agent yang aku ambil ni pun 1 hal..cakap dah ada experience more than 10 years. Tapi bila berurusan macam hampeh..aku bank-in deposit dah seminggu, boleh dia buat diam x reply balik kat aku. Pastu aku ada request untuk tukar itinerary 3 minggu sebelum tarikh. Itinerary asal ialah Medan-Berastagi-Danau Toba. Aku request Medan-Danau Toba-Berastagi & dia cakap ok. Tapi 3 hari sebelum pergi boleh pulak dia cakap stick to original itinerary..haaaaaa…..start dari situ mula la aku bagi tazkirah panjang melalui email. Memang aku bagi ‘kaw2’ la. X sampai 5 minit send balik email kat aku kata boleh pulak ikut itinerary aku.

Percutian bersama 2 orang kawan aku ni merupakan percutian kitaorang bersama untuk kali ke-2 . 1st time dulu masa bercuti di Pulau Pangkor. Diaorang ni memang baru 1st time nak bercuti di luar Malaysia. So diaorang nampak agak rileks & menyerahkan bulat2 kat aku. So aku la yang terpaksa buat plan B bagai, risau gak..in case plan asal xjadi. Contohnya, aku dah siap check harga teksi & tren dari airport Kuala Namu ke bandar Medan in case tour guide kami x muncul pada hari ditetapkan. Alamat hotel bajet pun aku dah senaraikan awal2 lagi…Maklum la. Berurusan dengan travel agent kat sana. Aku pun xtau betul2 wujud ke x travel agent tu. Mau nya kena tipu ke apa ke, x ke terkontang-kanting kitaorang kat sana bila sampai nanti..huhu..salah seorang housemate aku ni pun agak terbatas kalau nak buat apa2 aktiviti dengan dia. Dia takutkan air (ni pengalaman masa kat Pangkor tempoh hari..pergi bercuti di pulau tapi dia x mandi pantai langsung..huhu..). So pilihlah rakan travel yang sesuai dengan korang. Tapi dalam kes aku ni, aku dah memang tau dari awal, so senang aku nak adjust keadaan..so pandai2 la korang cari rakan travel korang yang best..sehati & sejiwa..

Bagi aku, perancangan awal tu sangat la penting. Biarpun percutian kali ni hanya ke Medan, aku dah siap google hotel tempat kami menginap mengikut apa yang telah diberi oleh travel agent..nak jugak tau tahap ‘kecantikan’ or ‘keburukan’ hotel yang akan kita menginap. Jangan harapkan travel agent 100% sebab dia hanya menjalankan perniagaan tapi kita yang keluarkan duit untuk percutian yang akan dapat dikenang sampai bila2..

Aku pun xtau kenapa aku nak kena ada intro untuk entry percutian kali ni..hehehe..Mungkin sedikit luahan perasaan terhadap perancangan yang telah aku buat kot..hehehe..intro aku pun more kepada benda2 negatif je kan? X la..actually percutian ke Medan ni sangat awesome bagi aku setelah faktor2 di atas tu dirancang dengan betul..so nantikan next entry untuk ceritera lengkap aku di Medan..

Alhamdulillah sebab diberikan peluang oleh yang Maha Esa untuk melihat keindahan Danau Toba yang terbentang luas;)

harrazshi’s blog

Prosedur membuat pasport antarabangsa..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya berjaya jugak untuk renew pasport antarabangsa aku setelah kali ke-3 mencuba nasib di Jabatan Imigresen Selangor, Shah Alam. Kali pertama pergi pada hari Ahad (sepatutnya buka dari jam 8 pagi hingga 1 petang), tapi tutup sempena sambutan Maulidur Rasul. Percubaan kali ke-2 gagal sebab nombor giliran dah habis. Percubaan kali ke-3 akhirnya menemukan kejayaan..hehehe..

Aku pergi ke Jabatan Imigresen ni pada hari Isnin lepas (12/01/2015). Keluar dari rumah pun dah jam 7.15 pagi (konon berlagak rumah sekangkang kera je dengan kompleks PKNS Shah Alam). Sampai kat depan pintu Jabatan Imigresen tu memang sharp2 jam 7.30 pagi iaitu time nombor giliran mula boleh diambil kat kaunter (ni pun hasil risikan kat staff Jabatan Imigresen masa datang sebelum tu). Rupa-rupanya, pengambilan nombor giliran dah pun bermula. Nak tau nombor giliran aku? 4042..so aku orang yang ke-42. So ‘tercongok’ la aku sorang2 menunggu nombor aku dipanggil.

Actually, untuk membuat pasport @ renew pasport, prosedurnya adalah sama. Perlu datang sendiri (x boleh hantar wakil ye) & ambil nombor giliran di kaunter. Perlu isi borang kecil berkaitan maklumat diri. Tunggu sehingga nombor giliran korang dipanggil. Bila nombor giliran dipanggil, pergi ke kaunter berkenaan & serahkan borang beserta kad pengenalan & pasport lama (jika nak renew pasport). Kat sini, identiti korang akan disahkan menggunakan scan cap jari korang. Lepas tu, barulah staff kat kaunter tu akan snap gambar korang (prosedur sebelum ni, perlu ambil gambar ukuran pasport di kedai gambar & perlu bawa 2 keping..aku pun x pasti sejak bila ada prosedur baru yang memerlukan gambar diambil di Jabatan Imigresen). Time nak snap gambar ni, bagi yang memakai cermin mata, perlu dibuka. Rambut x boleh menutupi dahi & telinga. Bagi yang bertudung, pastikan korang pakai tudung yang berwarna gelap. Selesai snap gambar ni, korang akan diminta menunggu sebentar nama korang (nama ye..bukan nombor giliran) dipanggil untuk ke kaunter berdekatan bagi tujuan pembayaran (x lama pun tunggu..dalam masa 15 minit je). Macam aku hari tu, aku apply untuk tempoh 2 tahun. So bayaran yang dikenakan adalah rm100. Selepas membuat pembayaran, korang akan diberi 1 resit. Dari masa korang membuat pembayaran ni, masa menunggu selama 1 jam diperlukan untuk collect pasport korang yang dah siap. Macam aku hari tu, aku membuat pembayaran around jam 9.30 pagi. Lepas tu aku pergi breakfast dulu & datang balik around jam 10.40 pagi, pasport aku dah siap. Just tunjukkan resit kat kaunter pengambilan pasport & pasport korang dah ready untuk diambil. 

Berita gembira untuk mereka yang ingin ke luar negara, berkuatkuasa hari ni (15/01/2015), tempoh sah laku pasport telah diselaraskan kepada 5 tahun dengan kadar bayaran rm200 sahaja berbanding rm300 sebelum ni. Nasib aku la datang awal 3 hari..huhu..

harrazshi’s blog

Penyelarasan tempoh 5 tahun bagi pasport antarabangsa

Bismillah..
Assalamualaikum..

Baru je renew passport 3 hari lepas (12/01/2015) untuk tempoh 2 tahun (rm100), tup tup hari ni (15/01/2015) tengok berita kat tv, pembuatan pasport untuk tempoh 2 tahun telah dimansuhkan berkuatkuasa hari ni. Jabatan Imigresen Malaysia telah menyelaraskan tempoh pasport kepada 5 tahun dengan bayaran rm200 je berbanding sebelum ni rm300..huh..rugi2..

harrazshi’s blog

Kompas penunjuk arah Kiblat @ Kaabah..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai uols..aku baru pulang dari Kompleks PKNS Shah Alam ni. Konon nak renew passport antarabangsa. Tengok website Jabatan Imigresen Malaysia, waktu operasi adalah dari jam 8am sampai 5.30pm. Punya la lurus bendul macam Mr. Bean. Pergi dalam pukul 3pm, sampai je kat kaunter, dah ada notis yang menyatakan nombor angka giliran dah habis. Tanya kat kaunter, rupa2nya dari jam 10.30am lagi nombor angka giliran dah habis. Redha je la..mana nak tau..huhu..so sempat la interview staff kat situ. Setiap hari, kaunter pengambilan angka giliran dibuka jam 7.30am. Tapi kata staff tersebut, kadang2, dari jam 7am dah ramai yang beratur tunggu, semata-mata nak dapatkan nombor giliran yang paling awal. Kalau datang hari Ahad (dibuka dari jam 8am-1pm) katanya, lagi la berduyun-duyun manusia. So moral of the story kat sini, sesiapa yang nak buat passport or nak renew passport, sila datang awal pagi ok..lepas Subuh lagi afdhal..inshaa Allah..orang yang beriman ni Allah akan permudahkan urusan;)

Setelah kecewa dengan niat untuk renew passport, pusing2 la dulu dalam Kompleks PKNS tu. Tetiba teringat untuk cari kompas penunjuk arah kiblat untuk next travel. Teringat masa 1st time pergi Krabi dulu. Kitaorang solat main agak2 je arah kiblat. Kat Malaysia boleh la setiap bilik hotel ada arrow tunjuk arah kiblat. Kalau travel tempat lain???

So tadi, aku & kawan aku pergi la tanya kat kedai yang jual barang kelengkapan umrah & haji. Abang tu cakap, try cari kat satu kedai jam ni. So pusing2 cari & jumpa la dengan kedai pakcik ni (lupa pulak nak snap pic kedai jam pakcik tu). Harga kompas ni RM20 je.

image

image

                (Bahagian luar kotak)

image

(Bahagian dalam..kompas beserta buku manual)

image

(Ni la rupa bentuk kompas penunjuk arah kiblat..simple je)

Actually sebelum ni aku dah penah cari info pasal cara nak baca kompas ni. Tapi aku kurang faham dengan penjelasan yang diberikan. So kat sini, aku nak berkongsi ilmu cara2 untuk reading kompas ni mengikut ‘teaching method’ aku (terima kasih kepada pakcik kedai jam yang telah memberi ilmu bermanfaat kat aku). Kalau salah, tolong betulkan ye kawan2..

image

Cuba korang study (tenung & renung) betul2 dulu pic kat atas ni. Korang ada nampak anak panah berwarna putih? Anak panah tu akan menunjukkan arah kiblat (yang dia tulis “directon of Kaaba” tu). Nampak x jarum  penunjuk berwarna hijau & kekuningan yang saling bertentangan tu. Jarum yang berwarna hijau tu sangat penting. Kalau kita kat Malaysia, penunjuk hijau tu mesti dihalakan ke nombor 8 (nombor 8 ni kiranya macam code standard la untuk Malaysia).

image

(Korang nampak x code kat atas ni..code untuk Malaysia ialah 8, code untuk Sarawak & north borneo ialah 10, Hong Kong & Taiwan juga ialah 8)

Cara2 membaca kompas arah kiblat:
1) Letakkan kompas di atas permukaan yang rata. Elakkan dari sebarang alatan yang bermagnet/besi.
2) Jika kita di Malaysia, pusing2kan kompas sehingga jarum hijau tu mengarah ke nombor 8.

image

(Perhatikan betul2..penunjuk hijau tu sekarang mengarah ke nombor 8 setelah aku pusing2 kompas tersebut)

3) Apabila jarum hijau dah mengarah ke nombor 8, so time ni bolehlah korang tengok arah kiblat kat mana sebenarnya. Kalau ikut pic kat atas, arah kiblat (arrow berwarna putih), tunjukan arah kiblat ke arah kiri.
* kalau korang berada di Sarawak, pusing2kan kompas korang sampai jarum hijau mengarah ke nombor 10, then boleh la korang tengok arah kiblat yang betul.

Aku cuba bagi cara yang paling mudah untuk korang faham. Bagi aku, kompas ni bukan saja berguna bila kita nak ke luar negara, even kat rumah sendiri pun kita boleh guna untuk check arah kiblat kita. Mana la tau kot2 selama ni salah ke arah kiblat untuk kita solat. Aku dah try kat rumah aku ni..Alhamdulillah, betul arah kiblat aku selama ni. Ingat balik kampung nanti, aku nak try check arah kiblat kat rumah mak, abang & kakak aku pulak. Nampak je benda ni remeh dan berharga 20 ‘hengget’..tapi mungkin boleh membantu korang untuk menambah pahala. Tolong la check arah kiblat untuk rumah family, sedara or kawan2 korang.

Aku harap sedikit sebanyak dapat la membantu korang yang nak tau cara untuk baca arah kiblat dari kompas penunjuk arah kiblat ni.. aku pun baru belajar dengan pakcik kedai jam kat PKNS tu beberapa jam yang lepas. So x salah kalau ilmu yang baik kita kongsi bersama;)
Wallahualam..

harrazshi’s blog