Homestay di Kota Bharu, Kelantan

Bismillah..
Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri uols..
alhamdulillah..semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan & Syawal yang akan datang. Aku seperti biasa beraya di Kedah je. Tapi pada 7 Syawal yang lepas, kami sekeluarga ke Kelantan untuk menziarahi bapa saudara aku yang uzur..

Kelantan ni ada 2 benda yang aku suka..makanan & pantai nya..

Disebabkan cuti yang agak terhad. Kami ke sana untuk 1 malam je. Disebabkan kami berlima, so aku decided untuk mencari homestay berbanding hotel. Lebih jimat.

Akhirnya aku terjumpa dengan Siti Homestay ni. Bagi aku, homestay ni sangat strategik berada betul2 di bandar Kota Bharu. Aku just whatsup owner nya. Sebuah rumah dalam kawasan kampung betul2 di tengah bandar KB. Rate sebenar rm280 tapi owner bagi rm250 je. Disebabkan bilangan kami x ramai & kami datang pada weekday, dapat la diskaun sikit lagi dari owner.

Homestay ni sangat2 selesa. Yang penting bersih & kemas. Rumah pun kelihatannya masih baru.

*1 ruang tamu beserta ruang makan
*2 bilik tidur dengan kipas + aircond
*1 bilik tidur dengan kipas
*2 bilik air (1 bilik air di dalam bilik tidur utama)
*kawasan rumah boleh memuatkan sehingga 3 biji kereta (kawasan berpagar)

image

Ruang tamu yang selesa

image

Bilik tidur utama yang luas..ada attach bathroom

image

Bilik tidur ke-2..sorry..anak2 buah aku dah campak barang2 diaorang kat atas tu;)

image

Bilik tidur ke-3..xde aircond..just ada kipas..

image

Dapur yang luas..ada meja makan, dapur memasak, fridge, pinggan, cawan,
rice cooker, periuk, jug water heater..so kalau stay lama & nak jimat..boleh memasak sendiri

image

Sempat melawat Pantai Cahaya Bulan pada waktu petang..makan2 sambil ambil angin petang..

image

Pantai Senok yang menjadi viral..tempat penggambaran ala2 di Nami Island, Korea. Cantik kawasan ni cuma sampah sangat2 bersepah..huhu..di Malaysia ni..kat mana2 tempat pun masalah kebersihan adalah masalah utama..mentaliti rakyat kita kot..huhu

image

image

Menikmati breakfast kat Kopitiam Kita..roti titab, nasi gulai itik serati, nasi air dingin & nasi impit dengan sate..

image

Pantai Irama, Bachok

image

Cadangnya nak ke Wakaf Che Yeh pada sebelah malamnya..tapi semua dah tergolek keletihan..hahaha

harrazshi

Advertisements