Roti Jala & Kari Daging Kisar

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Angin apa entah yang melanda aku sejak 2 3 hari ni..asyik moody memanjang..betul2 bad mood sampai terbawa2 ke tempat kerja..aku pulak memang jenis ‘open’. Awal2 lagi dah warning dengan rakan2 sekerja yang aku tengah bad mood (penting okkay untuk inform terlebih dahulu..takut2 ada yang terasa hati memandangkan mulut aku boleh tahan tahap puakanya..muahaha). Nak2 pulak bekerja dalam bidang yang tahap stressnya boleh tahan. STRESS + MOODY = KEBABOOMMMM!!! Sampai seorang staff lelaki kat tempat keje cakap ‘ko dah kena kawen tu’ (susah nak komen part ni memandangkan tu adalah rahsia Allah s.w.t..)

Hanya 2 benda je yang boleh menolong mengurangkan stress & moody aku..memasak & melancong. Melancong tu aku tolak tepi kejap coz sekarang rezeki cuma cukup2 makan. So balik dari kerja petang semalam terus singgah pasaraya & kemudia balik memasak. Tengah2 moody cam gini cita2 besar menggunung nak masak roti jala. Mula2 ingat nak buat kari daging. Tapi memandangkan malas nak potong2 daging bagai, so comes up dengan idea guna daging kisar brand ‘Ramly’ je..huhu..

Jom review resipinya. Ni kira resipi campak2 je la ye..aku bukannya pandai memasak pun..

Bahan2 roti jala:
• 3 cawan tepung gandum
• 3-4 cawan air
• 1 biji telur
• sedikit garam
• 1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan2 kari daging kisar:
• 500-750gm daging kisar (brand Ramly)
• 2 biji kentang (kupas & potong dadu)
• 1/2 biji bawang besar (mayang halus)
• 2 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1-2 inci halia
• 1 peket kecil serbuk kari daging/ayam
• 2 sudu kecil serbuk cili (optional)
• 1/2 cawan santan (aku pakai santan kotak je)
• 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang & 5 bunga cengkih.
• garam
• serbuk perasa

Cara membuat roti jala:
1. Campurkan tepung gandum, air, telur, serbuk kunyit & garam dalam 1 bekas.
2. Gaulkan hingga sebati (biar adunan sedikit cair supaya senang semasa nak ‘menjala’ nanti).
3. Masukkan adunan ke dalam botol pembuat roti jala.
3. Panaskan ‘non-stick pan’. ‘Menjala’ ler di atas pan tu sampai habis adunan.

Cara membuat kari daging kisar:
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih & halia dengan sedikit air. Masukkan ke dalam mangkuk & gaulkan dengan serbuk kari daging.
2. Panaskan anggaran 3 sudu besar minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang besar yang telah dimayang sehingga kekuningan & naik bau.
3. Masukkan campuran bahan kisar bersama rempah kari. Masukkan juga   kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih. Masak sehingga ‘pecah minyak’ (part ni kena masak lama sikit supaya rempah betul2 masak).
4. Masukkan daging kisar. Masak sehingga air daging kering.
5. Kemudian masukkan kentang & sedikit air. Reneh sehingga kentang separuh empuk.
6. Kemudian masukkan santan, garam & sedikit serbuk perasa (optional). Renehkan sehingga kentang betul2 empuk.
7. Sedia untuk dihidangkan.

image

Daripada balik kerja, pergi pasaraya & balik memasak, menjelang Maghrib aku dah siap boleh makan dah roti jala ni bersama2 kari daging kisar tu. Yang paling penting, memasak ni adalah terapi yang paling mujarab time aku stress..Nampak macam remeh kan nak buat roti jala & kari daging ni. Sebenarnya sangat senang & cepat. Mulakan dengan memasak kari daging dulu. Sambil2 tunggu kentang empuk bagai, time tu boleh la korang mula membuat adunan & ‘menjala’ roti jala tu. Means bila kari korang dah siap masak, at the same time roti jala korang pun dah siap. So boleh terus ‘ngapp’ je..hehehe.. Kira ni adalah antara skill2 yang diperlukan untuk memasak. Macamana cara korang nak bugdet masa untuk kurangkan masa memasak di dapur.

# skill untuk ‘menjala’ roti jala tu pun memerlukan sedikit masa untuk dipelajari. Practice make perfect okkay!! Even tahap kelikatan adunan tu pun sangat penting.. just agak2…lama2 korang expert la..
# serbuk cili tu optional untuk korang2 yang suka makan pedas.
# rasa kari menggunakan daging kisar ni  xde la sesedap bila korang buat kari menggunakan daging pejal. Tapi bolehlah untuk orang2 bujang macam aku ni yang semua benda nak yang instant je..hehe..

harrazshi’s blog

Advertisements

Jalan2 cari makan di Ipoh

Bismillah..
Assalamualaikum..

Selasa & Rabu minggu lepas, aku & seorang rakan sempat berkunjung ke Ipoh untuk bertemu seorang kawan lama. Xpernah betul2 menjelajah bandaraya Ipoh (kecuali pernah bawa anak2 buah mandi manda di Tambun Waterpark je). So kesempatan kali ni aku xnak lepaskan peluang untuk merasa keenakan makanan popular di Ipoh.

First menu yang aku nak cuba dah tentu la ‘nasi vanggey’ @ ‘nasi ganja’. Ni antara makanan famous kat Ipoh. Aku pun x berapa sure kedudukan restoren ni memandangkan kitaorang hanya follow kereta kawan kitaorang di hadapan (tapi yang pasti, lokasinya memang di tengah2 bandaraya Ipoh). Memandangkan time ni kitaorang baru sampai dari Shah Alam, so memang x hengat la nak ambil pic bagai..sangat lapar & letih hokey..hahaha..
‘Nasi vanggey’ ni pada pengamatan aku adalah sama species dengan nasi kandar. Menurut husband kawan aku, zaman dolu2, orang sanggup beratur panjang untuk beli ‘nasi vanggey’ ni. Time ni aku pilih kombinasi nasi putih, kari kambing (aku & kambing memang x dpt dipisahkan..hihihi..), sayur kubis & kuah campur. Then ada sejenis sambal (macam digaul dengan kelapa) yang aku xpernah jumpa kalau makan nasi kandar kat tempat lain.. sambal ni memang wajib diletakkan di dalam pinggan customer walaupun kita x mintak. So untuk merasai sendiri kehebatan ‘nasi vanggey’ ni, silalah berkunjung ke bandaraya Ipoh ye..

Tu menu lunch kitaorang..since malam tu kawan kitaorang yang kat Ipoh tu x dapat nak join kitaorang, so merayap la kitaorang berdua..konon2 nak makan kat gerai2 di Dataran Ipoh. Pusing2 ikut signboard akhirnya sampai la kat gerai2 di Dataran Ipoh ni. Best gak makan2 sambil lepak2 kat sini. Terdapat banyak pilihan makanan kat sini e.g masakan panas, char keow teow, yong tau fu dan lain2 lagi. Kitaorang just order char keow teow & nasi goreng cendawan je (tapi x terfikir pulak untuk mencuba nasi goreng ikan rebus..husband kawan aku cakap best..huhu). Selesai makan terus ingat nak balik hotel sebab dah letih sangat. Boleh pulak sesat dalam bandar Ipoh. Pusing punya pusing last2 jumpa jugak jalan ke hotel. Dalam sesat2 tu sempat pulak jumpa kedai ‘mee kicap Daud Mat Jasak’ yang famous tu. Tapi sebab baru lepas makan so terpaksa buat2 x nampak je la dengan kedai mee kicap tu..huhu..

Keesokkannya, bangun pagi2 dah whatsapp kawan aku tanya Medan Selera Dato Sagor. Pening gak la kawan aku tu & husband dia fikir kat mana sampai diaorang pun terpaksa google balik cari tempat tu. Bila cakap kitaorang nak makan roti goyang, terus je husband dia bagi guide untuk cari medan selera tu di belakang mahkamah.

image

image

Memang sangat marvelous la dapat breakfast pepagi dengan roti goyang bersama air kopi ni..

Memandangkan hari ni adalah hari terakhir kami di Ipoh so nak x nak kena jugak la cari mee kicap (sangat excited nak tau macamana rasanya mee kicap tu). Aku memang dah aimed kedai Daud Mat Jasak yang famous tu tapi memandangkan dah kesuntukkan masa & perlu hantar kawan aku ke Tambun, so kawan aku cadangkan 1 kedai makan kat area Tambun.

image

Ni je pic yang aku sempat snap sebab time ni excited sangat nak rasa mee kicap Ipoh. Pada pendapat aku, mee kicap ni banyak dipengaruhi oleh masakan chinese. Ye la kan..kita kan 1 Malaysia..so kalau setakat roti canai, capati, dim sum (halal) memang dah selalu kita makan. Mee nya dituang dengan kicap & ada sedikit rasa kari. Dihidangkan dengan semangkuk sup yang penuh dengan bebola. Memang terasa kelainannnya dari jenis mee2 yang lain.

Habis je makan terus berdesuppp balik ke Shah Alam. Kira tercapai jugak la cita2 untuk makan ‘nasi vanggey’, roti goyang & mee kicap Ipoh..alhamdulillah..

harrazshi’s blog