Pulau Payar, Kedah

image

Bismillah..
Assalamualaikum..

Betapa terujanya aku pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Payar. Selama aku hidup ni, minda aku dah di set bahawa untuk menikmati kejernihan air laut yang menghijau, haruslah ke pulau2 di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Tak pernah tau pun, rupa-rupanya kat negeri Kedah ni pun terdapat pulau yang hampir setanding dengan pulau2 seperti Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Perhentian (walaupun aku akui pulau2 di pantai timur semenanjung lebih cantik). Tapi untuk tidak perlu menempuh perjalanan yang panjang bagi orang macam aku yang berada di utara semenanjung Malaysia, bagi aku Pulau Payar sudah dikira berbaloi.

Memandangkan aku x dapat cari operator feri/bot dari Kuala Kedah untuk direct ke Pulau Payar, lastly terpaksa jugak ke Pulau Langkawi.

So bermulalah episod percutian aku bersama 2 orang lagi rakan aku.

18/4/2016
Hari pertama tiba di Langkawi, sewa kereta Viva dengan harga rm50/day. Sempat pusing2 sekitar Langkawi. Singgah menaiki skycab, skyglide & skybridge. Sekadar memenuhi permintaan rakan aku dari Selangor yang first time datang ke Langkawi. Padahal aku dah x sabar2 nak pergi ke Pulau Payar pada keesokan harinya.

Pakej Pulau Payar kami beli secara direct dengan operator kat area Pantai Cenang. Rm120/person. Tu harga termurah yang boleh dapat untuk pakej ni. Pakej merangkumi bus shuttle dari depan tempat penginapan kami, menaiki feri berhawa dingin, peralatan untuk snorkeling, lunch di Pulau Payar sampai la dihantar semula di hadapan tempat penginapan kami. Kalau korang tanya berbaloi ke x untuk pakej yang bermula jam 8am hingga 5pm dengan harga rm120??? Pada aku, bergantung kepada diri masing2. Bagi aku yang sangat sukakan pulau & pantai..wang yang ‘terbang’ tu sangat berbaloi.

19/4/2016
Kami diminta untuk berkumpul di hadapan tempat penginapan pada jam 8am. Jam 8.40am, baru la nampak batang hidung basnya. Naik je bas, okkay aku faham kenapa bas lambat. Bas dah hampir penuh. Rupa-rupanya bas ni mengangkut pelancong mungkin dari sejauh Holiday Villa Hotel dan dia berhenti hampir di setiap penginapan mereka yang dah booking pakej ni..huhu..

Sampai di Jeti Kuah around 9am. Sempat lepak2 sebelum kami dibawa ke feri pada jam 9.30am. Jam 10am, feri  bergerak. Perjalanan dari Jeti Kuah ke Pulau Payar mengambil masa hampir sejam.

Sampai di Pulau Payar, kami di’transfer’ dari feri ke jeti dengan menggunakan bot. Seriously, aku teruja melihat kehijauan air laut & bayang2 coral di dasar laut.

Turun je di jeti, kami diberi sedikit taklimat tentang do’s & dont’s di Pulau Payar. Selesai taklimat, terus terjun tiruk la ke dalam air laut yang menghijau..muahaha.. Time ni dah hampir jam 11.30am. Bayangkan dengan cuaca panas akibat el nino..arghhhh..pedulikan semua tu..yang penting boleh mandi & snorkeling di dalam air yang “cristal clear” macam iklan SK II tu..hihihi..

Syok wooo..macam2 jenis ikan termasuk la ikan nemo & anak2 ikan yu tu bermain2 je kat gigi2 air. ‘Mesra alam’ sungguh ikan2 ni. X takut manusia langsung.

Cakap banyak pun x guna..jom aku belanja korang dengan view yang menarik di Pulau Payar..
Allahuakbar..betapa indahnya alam ciptaanNya..
g

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Jam 12.30 pm camtu, masa untuk lunch. Kalau ikutkan hati memang xnak keluar dari dalam air. Lapar punya pasal, terpaksa makan gak. Tu pun makan dengan ‘berdesup’ sebab mata duk asyik nampak air laut yang ‘cristal clear’ je.

Jam 2.30pm, kami dah siap tukar pakaian sebab feri akan bergerak pada jam 3pm. Lambat kalu, memang menangis la kena tinggal sebab setau aku Pulau Payar memang x berpenghuni. Oh ya..kat Pulau Payar ni terdapat kemudahan tandas & surau. Tandas ni x ada bekalan air bersih. Hanya menggunakan air laut (so faham2 la ye kalau bilas badan pakai air laut rasa melekitnya macam mana).
Sayangnya, kemudahan yang ada tidak dijaga dengan baik. Pintu tandas & bilik persalinan banyak yang dah hilang. Malu kot kat pelancong asing yang datang ke sini. Aku rasa kerajaan negeri Kedah kena pandang serius isu ni.

Jam 3pm, kami menaiki bot untuk ke feri. Sampai di Jeti Kuah jam 4pm, terus menaiki bas untuk ke tempat penginapan kami di Pantai Cenang.

Bila aku upload je gambar Pulau Payar kat Facebook, ramai kawan2 sekerja aku yang excited. Aku rasa depa pun macam aku gak kot. X aware dengan kewujudan pulau yang cantik kat negeri Kedah ni.

Sekarang ni, aku tengah plan untuk ke Pulau Payar sekali lagi. Mungkin selepas raya. Kalau korang ada info tentang direct feri/bot dari Jeti Kuala Kedah..please..please..please..tolong la inform kat aku..

# “Actual time” di Pulau Payar hanya
4 JAM. Selainnya, adalah masa perjalanan yang perlu diambil untuk sampai ke Pulau Payar.

# Pastikan membawa bekalan minuman & makanan yang secukupnya. Kat Pulau Payar ni setau aku xde sebarang kedai.

# Kalau rasa xnak badan melekit, boleh la bawa bekalan air paip. Aku bawa jugak sebotol air paip untuk bilas badan sebelum tukar pakaian.

Alhamdulillah..diberi satu lagi rezeki dari Allah untuk dapat menjejakkan kaki di pulau yang cukup indah ni;)

harrazshi

38 thoughts on “Pulau Payar, Kedah

  1. Salam… saya akan pergi ke Langkawi bulan depan dan memang target nak pergi pulau payar ni…
    Boleh sya dapatkan juga details contact number pakej pulau payar ni?
    dan mungkin boleh bagi suggestion hotel yang best kat sana, selain malibest?

    TQ 🙂

    diebaziz@gmail.com

    • Wslm..saya dah email contact number..
      Hotel pada saya semua yg berada berdekatan Pantai Cenang adalah berbaloi sebab situ memang happening menjelang petang dan malam. Mungkin boleh baca review dalam booking.com or agoda yang mana yg ok & ikut citarasa u:)

Leave a reply to sarah Cancel reply